Kek Sifon Oren Squeezy

Ramuan

Cara-cara

  1. Masukkan putih telur ke dalam mangkuk pengadun. Sejukkan di dalam peti sejuk.
  2. Ayak tepung kek ke dalam bekas lain.
  3. Pukul kuning telur sehingga berwarna pucat dan pekat. Tambah minyak jagung sedikit demi sedikit, diikuti Squeezy dan susu segar sambil kacau rata.
  4. Kaup balik tepung yang telah diayak dengan adunan sehingga sebati. Ketepikan sebentar.
  5. Pukul putih telur bersama Homsweet sehingga kembang dan bertanduk.
  6. Kaup balik campuran putih telur dan Homsweet ke dalam adunan.
  7. Tuangkan adunan ke dalam acuan kek sifon.
  8. Masukkan ke dalam ketuhar yang dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 150°C, dan bakar selama 55-60 minit atau sehingga lidi yang dicucuk adalah bersih ketika dikeluarkan.
  9. Terbalikkan acuan kek sifon serta-merta dan biarkan sejuk selama 4-5 jam.