Adakah anda memerlukan pelindung tilam?
  • 4478
  • 0
  • 0

Jika anda memiliki tilam yang mahal, anda harus melindungi 'pelaburan' anda ini.

 

Lindungi sebelum terkena

Fikir sekarang sebelum terjadi…Bagaimanakah sekiranya anda tertumpahkan sesuatu di atas tilam anda? Bagaimanakah sekiranya anda berpeluh dengan banyaknya ketika tidur? Bagaimanakah sekiranya lampin bayi atau anak kecil anda bocor dan membasahi tilam anda? Apabila hal-hal sebegini terjadi di atas tilam anda, kesan kotoran tersebut mungkin kekal (atau sukar dibersihkan kembali).

 

Sudah terlambat apabila kesan kotoran nampak jelas…

Melainkan anda bertindak pantas untuk mengeringkan tilam anda sebaik sahaja terdapat tumpahan, bagaimana pula jika tumpahan cecair telah meresap ke dalam tilam? Sedikit sebanyak, cecair tersebut pasti meninggalkan kesan yang lambat laun akan membentuk kulapuk akibat kelembapan.

 

Masalahnya, anda tidak memeriksa permukaan tilam setiap hari kerana ia telah dilitupi kain cadar. Lazimnya, anda akan hanya menyedari kehadiran kulapuk pada permukaan tilam semasa menukar cadar. Lantas masalah kulapuk hanya akan diketahui setelah beberapa hari atau beberapa minggu. Ketika itu, sudah terlambat untuk anda membersihkannya.

 

Kerisauan kesihatan…

Apa yang lebih merisaukan adalah hama wujud dalam keadaan lembap dan bergantung hidup pada sel kulit mati manusia. Mereka sukakan tempat seperti katil anda yang memerangkap lembapan apabila anda berpeluh.

 

Menurut Melanie Carver, naib presiden kesihatan masyarakat di Asthma and Allergy Foundation of America (AAFA), “Bahan buangan hama boleh menyebabkan alahan dan asma". Manakala menurut American Lung Association, simptom-simptomnya merangkumi gatal mata dan hidung berair sehingga tindak balas alahan yang teruk seperti kesukaran bernafas dan tidur.

 

Anda menghabiskan kira-kira satu per tiga daripada kehidupan anda dengan tidur. Oleh yang demikian, anda perlu melindungi diri daripada ancaman kesihatan dengan pelindung tilam.

 

Tidakkah cadar memberikan perlindungan yang sama? Apakah perbezaannya?

Serupa tetapi tak sama – kedua-duanya dipasang kemas pada katil anda tetapi dengan tujuan yang berbeza.

 

Cadar anda hanyalah pengalas yang mungkin melindungi tilam anda daripada habuk tetapi ia sekadar selapis fabrik yang serap air.

 

Pelindung tilam bukan sekadar pengalas. Ia bertindak melindungi tilam anda daripada tumpahan dan cecair tubuh bagi mengekalkan tilam yang kering dan bersih. Pelindung tilam berkualiti premium mampu menawarkan penghadang untuk melindungi daripada alahan yang dicetuskan oleh alahan biasa seperti hama – Sesuai buat individu yang mempunyai kulit sensitif atau alahan.

 

 

Bertindak sekarang, demi ketenangan minda…

Dengan menambahkan selapis pelindungan kepada tilam, anda memperolehi permukaan untuk tidur yang bersih tanpa kerisauan. Pelindung tilam tidak hanya bagus untuk kesejahteraan jangka panjang, bahkan ia juga memastikan tilam anda kekal elok seperti baru untuk jangka masa lebih lama.

 

Perlukan pelindung tilam yang kalis air, telap udara, tahan lasak serta berupaya menghalang hama dan alergen? Sila klik http://bit.ly/WillorraM untuk butiran lanjut mengenai Pelindung Tilam Premium WILLORRA.

 

 

Comments (0)