10 Langkah Mudah Melatih Diri Agar Kekal Positif
  • 1465
  • 1
  • 0

Menganjak perspektif dan menukar penetapan minda akan menolong anda merasai kehidupan yang lebih menggembirakan, lebih berjaya dan lebih bermakna.

Kita kini sedang mengharungi kehidupan yang serba mencabar dengan pelbagai ketidakpastian. Kita mungkin dibayangi pemikiran negatif ketika berada di dalam kecelaruan sebegini. Sebagai Usahawan ZHULIAN, menguasai cabaran dan kegagalan adalah asas penting bagi kejayaan perniagaan anda. Anda boleh belajar memupuk daya tahan diri dengan melatih minda agar kekal positif meskipun di waktu-waktu sukar.



#1. Tukar cara anda respond kepada situasi negatif

Jangan biarkan orang atau perkara negatif menghantui minda anda dan menjadikan anda negatif seperti mereka.

Anda tidak dapat mengawal apa yang terjadi kepada diri anda tetapi anda dapat mengawal bagaimana anda respon kepada apa yang berlaku. Luangkan sedikit masa untuk menarik nafas, bertenang dan berfikir sebelum bertindak kepada sesuatu perkara.

 

#2. Sentiasa bersyukur

Berterima kasih ke atas apa yang anda miliki, kelak anda akan memperolehi lebih lagi.

Tidak mungkin anda rasa tertekan di dalam kehidupan sekiranya anda memiliki banyak perkara untuk disyukuri. Anda perlu sedar bahawa anda memiliki pelbagai perkara di dalam kehidupan ini untuk dinikmati dan dihargai. Sejurus anda mengalihkan minda kepada perkara-perkara yang membuatkan anda gembira dengan kehidupan, anda mampu melihat kebaikan di sebalik cabaran, kegagalan, kekecewaan, kerisauan, dll.

 


 

#3. Pupuk dan berada di dalam persekitaran positif

Luangkan masa dan tenaga anda terhadap orang atau perkara yang boleh menginspirasi dan membakar semangat anda.

Pemikiran positif boleh berjangkit-jangkit. Oleh itu, penting untuk ada berada di lingkungan orang-orang positif yang akan menolong anda kekal positif meskipun di dalam situasi yang negatif. Kelak, anda akan berubah seperti mereka, fokus terhadap kebaikan, mencari penyelesaian terbaik. Anda juga boleh meluangkan masa dengan membaca buku-buku / filem-filem motivasi atau mendengar lagu dan muzik yang menaikkan semangat. 


 

#4. Lebihkan senaman

Bersenam secara kerap dapat melegakan tekanan dan menyingkirkan emosi negatif.

Bersenam memberikan manfaat fizikal dan mental. Melalui penyelidikan, The University of Toronto mendapati aktiviti fizikal menolong untuk melawan kemurungan. Kajian menunjukkan bahawa bersenam setiap hari melegakan tekanan dan membebaskan hormon "bahagia" endorfin, yang memulihkan mood dan memberikan tenaga positif.

 

#5. Hargai pengalaman berbanding harta-benda

Anda seharusnya menghargai setiap pengalaman hidup, sama ada baik ataupun tidak, untuk menjadikan diri anda yang lebih baik berbanding hanya fokus terhadap ganjaran kebendaan.

Kehidupan tidak sentiasa membahagiakan, namun kita masih mampu mengharunginya. Apabila menghadapi cabaran, kita dapat melihatnya sebagai pengalaman berharga untuk kita memperbaiki diri dan menjadi insan yang lebih baik. Mengejar harta-benda dan membandingkannya dengan orang-orang lain akan hanya melemahkan semangat kita.

 

 

#6. Bantu orang lain

Jika anda membantu orang lain dan membuat kebaikan, anda akan memancarkan aura positif dan menarik hasil yang positif.

Menolong insan lain akan merangsang kesihatan rohani dan menyuntik ketenangan dan kebahagiaan kepada diri anda. Memberi manfaat kepada orang lain juga akan membuatkan anda lebih berterima kasih tehadap apa yang anda miliki. Dengan melibatkan diri di dalam perniagaan MLM ZHULIAN, anda membuka peluang kepada orang lain untuk memperbaiki kehidupan serta menikmati kesihatan yang lebih baik. Sambil anda menolong orang lain, anda juga memenuhi matlamat sendiri.

 

 

#7. Dapatkan tidur secukupnya

Sebuah kajian Norway melaporkan bahawa kekurangan tidur mengurangkan perasaan positif – kurang kegembiraan, semangat, perhatian dan kepuasan.

Dalam penyelidikan, didapati hipokampus ~ satu bahagian otak, memproses pemikiran positif dan gembira. Apabila kita tidak cukup tidur, minda akan dipenuhi pemikiran negatif. Tubuh perlu pulih kembali selepas menghadapi tekanan sehari-hari. Mereka yang mendapat tidur yang baik merasai kurang tekanan dan lebih tenang.

 

 

#8. Luahkan perasaan anda

Apabila sesuatu perkara mengganggu minda anda, besar kemungkinan anda rasa lebih lega apabila diluahkan.

Pelbagai perkara yang berulang-kali terjadi di dalam kehidupan yang kita pendam di dalam diri. Namun, apabila kita meluahkan perasaan ini, kita akan merasa lebih lega. Daripada terus berselindung atau memaksa diri untuk memendam perasaan seorang diri ketika rasa terganggu, pilihlah untuk bercakap dengan seseorang. Jika anda tidak mempunyai orang yang sesuai untuk berbual, anda boleh membuat catatan mengenainya. Keluarkan dan luahkan!



#9. Hentikan rasa bimbang

Kerisauan hanya melumpuhkan kekuatan anda dan menjadikan keadaan semakin teruk berbanding keadaan sebenar.

Tabiat mudah risau akan merosakkan kesihatan minda anda. Seringkali, perkara-perkara yang anda risaukan tidak terjadi. Ia hanya sekadar mimpi ngeri yang memenuhi fikiran anda. Jangan bazirkan masa anda kerana ia hanya membuatkan anda resah tanpa sebab.



#10. Terima situasi dan cari penyelesaian

Menerima bahawa sesuatu itu tidak boleh diubah dan mengetahui bagaimana mendapatkan yang terbaik daripada sesuatu yang telah anda miliki adalah apa yang anda perlukan untuk menikmati kehidupan sepenuhnya.

Kebanyakan orang menolak perubahan dan tidak dapat menerima perubahan di dalam kehidupan mereka. Belajar untuk menerima hakikat bahawa perubahan akan berlaku dan ia adalah sebahagian daripada kehidupan. Apabila anda mendidik minda untuk sentiasa berfikiran positif dalam apa jua situasi, keadaan akan menjadi lebih baik dan anda mampu mengatasi apa pun dan menerima perubahan secara positif.


 

PERCAYA DIRI dan FIKIR POSITIF terhadap peluang kejayaan!

Kita berkuasa untuk merubah negatif kepada positif.





Comments (0)