10 SEBAB UNTUK MENGAMBIL SPIRULINA SETIAP HARI
  • 8732
  • 2
  • 1

Salah satu makanan ‘super’ yang perlu anda ambil setiap hari untuk kesihatan ialah spirulina iaitu sejenis alga biru-hijau yang sarat dengan klorofil dan pelbagai nutrien menakjubkan.  Pengambilan hariannya akan membantu tubuh anda menerima nutrien penting yang tubuh perlukan bagi melindungi, merangsang dan menstimulasi fungsi tubuh dan sistem imun lantas memperbaiki kecerdasan, keremajaan dan kesejahteraan. 

 

1.   Ia kaya protein penentang jangkitan

Memandangkan spirulina terdiri daripada hampir 70 peratus protein, iaitu jumlah tertinggi berbanding makanan lain, ia amat berkesan merangsang penghasilan makrofaj - sejenis sel darah putih yang menentang dan mencegah jangkitan.(http://www.inspiredliving.com/greenfoods/a~spirulina-immunity.htm) 

 

2.   Ia merencatkan tindakbalas alahan 

Terutamanya di kalangan mereka yang menderitai alahan rhinitis.

(Sebuah kajian tahun 2005 yang diterbitkan di dalam Journal of Medicinal Food)  

 

3.   Ia menolong bagi rawatan anaemia 

Berbilang bentuk lain mikroalga berkesan merangsang penghasilan sel darah merah. 

(“Healing with Whole Foods: Asian Traditions and Modern Nutrition”, pengarang Paul Pitchford ) 

 

                 
       
       
       
       
       
       
       
                   
                   
                   
                   
                   
                   
                   
                   
                 
       
       
       
       
 

4.   Ia menulenkan darah 

Kaya dengan fikosianin dan klorofil, spirulina menggalakkan pertumbuhan sel serta merangsang bekalan darah sedia ada.  Klorofil terutamanya, seakan sama dengan hemoglobin iaitu molekul yang bertanggungjawab mencuci darah dan membawa oksigen kepada sel tubuh.  

(http://www.drmirkin.com/nutrition/N246.html

 

   

 

 

 

5.   Ia merangsang sistem imun 

Ia mengandungi kesemua 8 asid amino penting dan 10 asid amino tidak penting lain, antioksidan seperti beta karoten dan zeaxanthin, vitamin B kompleks; berdozen-dozen mineral surih, asid lemak penting seperti asid linokenik gamma, protein penentang patogen, dan bakteria probiotik berfaedah.  

(http://www.umm.edu/altmed/articles/spirulina-000327.htm) 

6.   Ia menyahtoksik sel dan tubuh daripada logam berat dan toksin lain 

Sebagai agen pengkelat yang berkuasa, spirulina cenderung untuk sampai sehingga ke dalan tisu tubuh dan membasmi toksin seperti raksa, radiasi, arsenik, cadmium, racun serangga, bahan kimia makanan sintetik, dan karsinogen persekitaran.  

(http://www.supremeorganicdetox.com/formula7.html)  

 

7.   Ia merendahkan tahap kolesterol 

Menambahkan spirulina setiap hari dengan berkesan dapat mengurangkan tahap serum kolesterol darah, bermakna kolesterol dienapkan ke seluruh tubuh di tempat-tempat ia diperlukan, berbanding dinding arteri di mana ia boleh menyebabkan masalah kardiovaskular.  

(Sebuah kajian tahun 1988 di Jepun dan Negara-negara lain) 

8.   Ia menggalakkan penurunan berat 

Bukan sahaja pengambilan spirulina menolong anda mengurangkan berat berlebihan, bahkan ia juga dapat menolong pertumbuhan dan perkembangan otot tanpa lemak, terutamanya disebabkan oleh kadar kandungan protein bioketersediaan yang amat tinggi. 

 

9.   Ia pengimbang kimia di otak 

Kerana ia mengandungi tahap L-triptofan yang amat tinggi iaitu sejenis asid amino yang menghasilkan melatonin dan serotonin pemancar-neuro otak.  Spirulina adalah pengimbang kimia di otak yang tiada sepertinya yang dapat menolong meningkatkan mood, merangsang memori dan menggalakkan rasa tenaga dan gembira.  

(http://bodyecology.com/articles/boost-mood.php#.UEZDakRpyKw)

10.   Ia memupuk kulit dan rambut yang sihat

Dengan menyasarkan faktor-faktor kemerosotan yang disebabkan oleh keguguran rambut, kulit mengendur, dan kesan sampingan penuaan seoerti radikal bebas, toksin di dalam tubuh, spirulina dapat membantu merangsang kulit anda dari dalam. 

 

Pengambilan spirulina sebagai tambahan pemakanan dapat membantu anda memperolehi khasiat pemakanan yang seimbang.  Dapatkan suplemen Spirulina ~ GREENLEX Organic Spirulina daripada ZHULIAN di: 

http://www.zhulian.com.my/greenlex-organic-spirulina-1200-tablet-kunyah dan http://www.zhulian.com.my/greenlex-organic-spirulina

 

 

Comments (1)
Anak2 umi  tak gemar makan sayur. umi gantikan dgn pengambilan 5-10 biji spirulina sehari. umi tidak beri mereka pilihan,, paksa rela gitu. hihihi
4/2/2020 12:16 PM