Memulakan Perniagaan

 

Peluang Yang Tidak Ingin Anda Lepaskan

Dengan modal permulaan yang rendah, ZHULIAN menawarkan kepada anda peluang perniagaan yang benar-benar berisiko rendah dengan pendapatan tanpa had serta kemungkinan-kemungkinan tanpa batasan. Dari produk berkualiti tinggi yang popular hingga ke Pelan Pemasaran dinamik yang memupuk kejayaan dan memberikan ganjaran ke atas setiap kecemerlangan, anda akan menemui potensi diri sebenar serta mengorak langkah bagi mencapai kejayaan menakjubkan yang tidak pernah difikirkan. Anda juga berupaya mewariskan perniagaan ini kepada generasi berikutnya yang pasti berterima kasih kepada anda.

 

Insentif dan Ganjaran Yang Mudah Digapai

Kami percaya ganjaran setimpal adalah milik mereka yang layak. Kami menawarkan Pelan Pemasaran praktikal yang direka dengan baik untuk memberikan anda insentif tunai, pelancongan, pengiktirafan dan macam-macam lagi, bukan sekadar atas penjualan produk tetapi atas usaha anda mengembangkan rangkaian. Semakin anda berkembang di dalam perniagaan ini, anda berpeluang menikmati lebih banyak insentif dan ganjaran. Segalanya tanpa had kerana semuanya bergantung kepada anda untuk meraih seberapa yang diinginkan.

Percutian Luar Negara Yang Membuka Mata

Pelancongan ke luar negara adalah layanan mewah daripada kami buat mereka yang telah berusaha gigih. Semestinya anda tidak ingin ketinggalan mana-mana percutian daripada program insentif pelancongan kami yang akan menerbangkan anda ke destinasi-destinasi pelancongan menakjubkan untuk sebuah pengalaman menakjubkan yang tidak mungkin dilupakan!

Sebuah Gaya Hidup Yang Lebih Memberangsangkan

Sambil anda meluaskan perniagaan anda dan membantu insan-insan lain memenuhi impian mereka, kehidupan anda akan semakin meningkat, memuaskan dan berganjaran. Memiliki pacuan mewah, kediaman indah dan mengikuti percutian idaman bukan lagi satu mimpi buat anda.

Kesejahteraan Buat Keluarga Anda

Model perniagaan kami menawarkan lebih kawalan dalam kehidupan sehari-hari anda, lantas membenarkan anda merancang jadual aktiviti harian sendiri. Anda berpeluang memperuntukkan lebih banyak masa berharga bersama keluarga, terutamanya sebagai ibu bapa di mana anda berupaya menyediakan penjagaan yang lebih baik buat anak-anak anda. Dengan pendapatan tambahan yang diperolehi, anda boleh menyediakan kehidupan yang lebih baik buat keluarga serta perancangan pendidikan lebih baik buat anak-anak anda.

Jadilah Bos Anda Sendiri

Bebaskan diri anda daripada belenggu pekerjaan konvensional dengan memulakan perniagaan anda sendiri. Pasti anda menikmati keanjalan masa untuk menjalankan aktiviti perniagaan anda sendiri. Anda bekerja untuk diri sendiri dan anda mengawal sepenuhnya apa jua yang anda lakukan dan sejauh mana anda ingin mengatur langkah. Bacalah Kisah Kejayaan untuk mendapatkan lebih inspirasi mengenai kisah kehidupan mereka yang telah menikmati kejayaan bersama kami.

Menyokong Anda Melalui Aneka Cara

Kami menawarkan pelbagai sokongan yang anda perlukan agar anda sentiasa bergerak menuju matlamat yang dicitakan. Kami menganjurkan pelbagai program latihan, webinar, sesi informasi produk, kempen jualan dan promosi agar anda mampu mengasah keterampilan dan/atau ilmu perniagaan, memastikan perniagaan sentiasa bergerak maju serta kekal bermotivasi. Tambahan lagi, anda berpeluang untuk belajar daripada para upline anda dan para Pemimpin berjaya yang telah terbukti cemerlang. Lihat Menyokong Laluan Kejayaan Anda untuk mengetahui lagi bagaimana kami menyokong anda di sepanjang laluan kejayaan anda. 

Sekiranya anda bersedia merebut peluang ini atau ingin mengetahui lebih lanjut, hubungi kami segera! Sila hubungi Ejen/Pusat Bertauliah atau Daftar Online .