Soalan-soalan Lazim

SOALAN-SOALAN LAZIM

  • Soalan Umum
  • Akaun Anda
  • Terma Perjanjian Pengedar
  • Membeli-belah Online
  • Pengiriman & Penghantaran
  • Pembayaran & Pengebilan
  • Polisi

 

Soalan Umum

Apakah yang membezakan ZHULIAN daripada pesaing?

Jenama ZHULIAN yang eksklusif tampil berbeza dengan model perniagaan yang menyeluruh serta produk-produk berkualiti tinggi yang tiada tandingannya. Kami menginspirasikan insan untuk mengejar impian dengan menawarkan peluang perniagaan yang berganjaran.

Saya menghadapi masalah untuk melihat keseluruhan laman web

Untuk menggunakan laman ini, anda perlu membenarkan "cookies" pada komputer anda. Bagi tujuan ini, sila ke "Tools" pada pelayar internet anda, dan pilih "Internet Options". Pilih penetapan keselamatan atau privasi bagi membenarkan penggunakan semua "cookies". Laman web ini TIDAK DAPAT berjalan lancar sekiranya anda tidak melakukan penetapan ini. Pengguna Apple Macs, sila rujuk pihak teknikal yang berkenaan.

Sekiranya anda menggunakan pelayar Firefox, paparan amaran “The connection is untrusted” akan muncul ketika kunjungan kali pertama ke laman web ini. Untuk meneruskan, klik pada pilihan “I understand the technical risks”. Anda akan menemui paparan ini satu kali sahaja dan tiada lagi paparan ini pada kunjungan anda yang berikutnya.

Di manakah saya boleh membeli produk-produk ZHULIAN?

Produk-produk ZHULIAN tersedia di Zhulian Online atau Zhulian.com.my (Kiriman bagi Malaysia Barat sahaja) dan juga di Agensi-agensi ZHULIAN Bertauliah di bandaraya-bandaraya dan bandar-bandar utama di Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila klik pada Direktori Agensi ZHULIAN Bertauliah.

Adakah laman web anda terjamin?

Laman web ZHULIAN mematuhi amalan terbaik langkah keselamatan website eComm.

 

 

Akaun Anda

Anda perlu menjadi ahli/Pengedar ZHULIAN untuk membeli-belah di Zhulian Online atau Zhulian.com.my. Anda hanya memerlukan TRN (Temporary Registration No.)/No. ZBO (ZHULIAN Business Owner No.) anda serta kata laluan, dan anda bolehlah membeli produk-produk dengan memilih dan menyimpan di dalam troli, menyemak status pesanan, dan bermacam-macam lagi!

Saya mahu membeli produk-produk ZHULIAN melalui Zhulian Online atau Zhulian.com.my, apakah yang perlu saya lakukan?

 

ZBO Sedia Ada

Laman web ZHULIAN: Zhulian.com.my menyediakan kemudahan untuk anda log masuk ke dalam sistem dengan menggunakan TRN/No. ZBO anda yang sedia ada. Namun, anda perlu mengaktifkan akaun anda pada login kali pertama, dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Klik ‘Login’ yang terletak di bahagian kanan atas halaman utama Zhulian Online atau Zhulian.com.my.
  2. Di petak ‘Member Login’, klik pada ‘First Time Login’.
  3. Masukkan No. ZBO/TRN, No Kad Pengenalan/No. Pasport dan Alamat Emel anda yang sah.
  4. Log masuk ke akaun emel anda dan klik pada butang ‘Activate Account’ di dalam emel yang dihantar oleh [email protected] bagi mengesahkan alamat emel anda.
  5. Sahkah semua butiran peribadi anda dan tetapkan kata laluan anda. Seterusnya, klik ‘Submit’ untuk terus membeli-belah.

Nota: Bagi ZBO sedia ada yang mempunyai akaun web di laman web kami yang terdahulu, anda akan menerima emel daripada [email protected] yang menyediakan kata laluan untuk anda log masuk. Bagi mereka yang tidak menerima emel tersebut, sila ikuti 5 langkah-langkah di atas untuk mengaktifkan akaun anda.

Sekiranya anda mengalami masalah untuk log masuk, sila hubungi Team Perkhidmatan Pelanggan kami melalui [email protected].

 

Bukan-ZBO

Hanya ahli/Pengedar ZHULIAN dapat menikmati kemudahan membeli-belah secara online dan juga menerima maklumat terkini mengenai rangkaian produk baru, tawaran eksklusif atau sebarang kempen promosi melalui emel. Untuk menyertai sebagai ahli/ZBO, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Klik ‘Join Now’ yang terletak di bahagian kanan atas halaman utama laman web ZHULIAN; atau klik pautan ini: Sertai Sekarang
  2. Masukkan semua butiran yang diperlukan di halaman ‘Register’ dan klik pada ‘Submit’.
  3. Log masuk ke akaun emel anda dan klik pada butang ‘Validate Email’ di dalam emel yang dihantar oleh [email protected] bagi mengesahkan alamat emel anda.
  4. Pilih untuk “Checkout” atau “Proceed to Shopping”.

Permohonan mestilah dibuat atas nama individu, bukan atas nama syarikat atau organisasi. Permohonan menggunakan nama syarikat atau nama selain nama peribadi tidak akan diproses. ZHULIAN berhak untuk meluluskan atau menolak sebarang permohonan.


Sekiranya anda ingin keterangan lanjut bagaimana untuk mendaftar, sila hubungi Team Perkhidmatan Pelanggan kami melalui [email protected].

 

Saya tidak mengenali sesiapa yang menjalankan perniagaan ZHULIAN dan tidak memiliki mana-mana butiran penaja, adakah saya masih boleh menjadi ZBO?

Ya, anda boleh.

Saya masih lagi belum menerima pengesahan emel bagi melengkapkan pengaktifan pendaftaran bagi akaun saya. Apakah yang perlu saya lakukan?

Sila semak folder mel junk/spam anda. Sekiranya anda masih tidak menerima emel tersebut, mungkin anda telah memasukkan alamat emel yang salah. Sekiranya demikian, sila ulangi proses pendaftaran sekali lagi. Anda akan diminta menyemak alamat emel anda di mana emel pengesahan akan dihantar secara automatik. Sejurus anda mengklik pada butang ‘Validate email’ pada emel pengesahan yang diterima, akaun anda akan diaktifkan sepenuhnya.

Saya terlupa kata laluan, apakah yang perlu saya lakukan?

Laman web ZHULIAN: Zhulian.com.my menggunakan TRN/DRN dan kata laluan untuk anda log masuk ke dalam akaun anda. Sekiranya anda terlupa kata laluan, anda boleh mendapatkannya semula atau menetapkan semula kata laluan menggunakan ciri "Forgot password" pada petak ‘Member Login’ dan lengkapkan langkah-langkah bagi menetapkan semula kata laluan anda. Peringatan! Ruang kata laluan adalah sensitif huruf.

Nota: Untuk melindungi anda daripada berlakunya pembelian menggunakan kad kredit anda tanpa kebenaran, jangan dedahkan kata laluan anda kepada sesiapa pun.

Di manakah saya dapat melihat status pesanan online saya dan rekod pembelian online saya?

Anda boleh mengakses maklumat tersebut di menu “My Account” apabila anda log masuk ke:

  • “Order History” - untuk melihat status pesanan anda.
  • “Purchase Record” - untuk melihat transaksi online yang telah berjaya atau lengkap sebelum ini.


Bagaimanakah cara untuk menyemak baucar promo saya?

Anda boleh mendapatkan maklumat baucar hadiah anda melalui kaedah berikut:

  • Log masuk ke Zhulian.com.my dan lihat maklumat baucar hadiah anda pada “Vouchers” di bawah menu “My Account”.

Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan maklumat perniagaan seperti rekod prestasi jualan, bilangan Downline langsung atau bilangan Garisan Layak di dalam rangkaian saya?

Anda boleh mendapatkan semua butiran tersebut dengan mengklik pada “Business Information” di bawah menu “My Account”.

Dimanakah boleh saya mengakses e-penyata bulanan atau tahunan yang lalu?

Anda boleh mengakses e-penyata anda dengan mengklik pada “Business Info” di bawah menu “My Account” untuk melihat atau memuat turun e-penyata bulanan atau tahunan anda.

 

 

 

Terma Perjanjian ZBO

Apakah Terma dan Syarat yang perlu saya patuhi sebagai seorang ZBO?

  1. Pemohon mestilah berusia 18 tahun dan ke atas.
  2. Apabila diluluskan sebagai ZBO, pemohon tersebut akan secara automatik diiktiraf sebagai seorang Pengedar ZHULIAN dan hak pengedarannya sah selama 12 bulan.
  3. Seorang ZBO mesti mematuhi dan menurut Syarat Perilaku ZHULIAN seperti yang termaktub di dalam Manual Perniagaan ZHULIAN.

<p*Syarat Perilaku ZHULIAN seperti yang sedia ada dan yang dipinda dari masa ke semasa oleh Syarikat adalah sebahagian penting bagi e-pendaftaran Pengedar dan merupakan sebahagian daripada kontrak antara Syarikat dan Pengedar.

Adakah saya perlu memperbaharui Hak Pengedaran saya?

Ya, hak pengedaran anda sah selama 12 bulan sahaja. Sila rujuk tarikh tamat tempoh hak pengedaran anda di halaman ‘My Profile’.  Untuk melanjutkan tempoh sah Hak ZBO, anda mempunyai dua pilihan untuk membuat pembaharuan:

 

  •           Pembaharuan dengan yuran pemprosesan:  Anda boleh memilih untuk memperbaharui Hak ZBO anda dengan menyerahkan yuran pemprosesan sebanyak RM24.00 kepada Syarikat melalui mana-mana Agensi Bertauliah ZHULIAN.  Dengan membayar yuran pemprosesan, Hak ZBO anda akan diperbaharui untuk DUA BELAS (12)bulan lagi.

 

  •           Pilihan lain adalah pembaharuan secara automatik berdasarkan PS:  Jika anda mencapai PS minimum 600 PV atau lebih dalam tempoh sah 12 bulan Hak ZBO anda, maka Hak ZBO anda akan diperbaharui secara automatik untuk DUA BELAS (12)bulan lagi.  Bermakna, selagi anda memenuhi keperluan PS minimum sepanjang tempoh sah Hak ZBO anda, maka anda tidak perlu membuat pembaharuan secara manual.

 

 

Membeli-belah Online

Zhulian Online atau Zhulian.com.my menawarkan pilihan produk yang meluas bagi kemudahan membeli-belah secara online buat anda. Sekiranya anda tidak menemui produk-produk yang anda inginkan pada laman web kami, anda boleh menggunakan Direktori Agensi Bertauliah kami untuk mencari Agensi Bertauliah ZHULIAN berhampiran anda.

Bagaimanakah cara untuk membuat pesanan melalui ZHULIAN online?

Pilih produk-produk yang ingin dipesan dan masukkan ke dalam troli membeli-belah anda. Di bahagian kanan atas halaman, anda akan dapat melihat perkataan ‘Cart’ dengan jumlah produk terpapar di tepinya. Klik pada ‘Cart’ untuk melihat butirannya. Sekiranya anda telah memiliki akaun ZHULIAN, sila log masuk ke akaun anda atau sekiranya tidak, sila buat akaun sebelum meneruskan bagi proses ‘Checkout’.

Sekiranya anda berpuas hati dengan kandungan ‘Cart’ membeli-belah anda, sila klik butang ‘Checkout’ untuk memasukkan alamat pengebilan, alamat pengiriman dan kod promo (jika ada) anda. Kemudian, klik butang ‘Continue’ untuk meneruskan pembayaran. Sila ambil perhatian, JANGAN log keluar atau tekan butang kembali (return atau go back)) semasa kami sedang mengesahkan Kad Kredit/Kad Debit anda kerana ia akan menyebabkan duplikasi pesanan. Sejurus sistem selesai proses ‘Checkout’, anda akan menerima emel dengan butiran pesanan anda.

Adakah boleh saya membatalkan atau menukar pesanan saya?

Setelah anda membuat pesanan, anda TIDAK dibenarkan untuk membatal atau menukar pesanan anda.

Adakah terdapat sebarang had bagi pesanan secara online?

Tiada had minimum membuat pesanan.

Apakah polisi pemulangan anda?

ZHULIAN menawarkan produk-produk berkualiti antarabangsa kepada setiap pelanggan/Pengedar. Kami menjamin penggantian sekiranya produk (produk-produk) yang anda beli berkeadaan seperti berikut:

- Ia telah rosak atau cacat ketika diterima oleh anda.

- Terdapat kepincangan antara pesanan dan penghantaran.

Namun begitu, jaminan tersebut tidak meliputi kerosakan atau pencemaran disebabkan tamat tempoh, kecuaian atau tindakan yang disengajakan. Kami mungkin akan menawarkan pertukaran mengikut budi bicara kami yang bersesuaian menurut Polisi Pemulangan kami dalam tempoh 7 hari daripada tarikh kami menerima pulangan produk daripada anda.

Produk-produk (yang tersalah hantar) perlu dihantar semula kepada kami dalam bungkusan asal ~ dalam keadaan tidak rosak, boleh digunakan, boleh dijual, boleh distok kembali, tidak dibuka dan tidak diubahsuai.

Anda perlu memaklumkan kepada kami pemulangan produk anda dengan memasukkan maklumat yang berkenaan di laman “Return Merchandise Authorisation” pada “Return” di bawah menu “My Account”.

Semasa memulangkan produk, anda perlu kepilkan salinan Cash Sale bagi pemulangan produk.

Kos pengiriman asal tidak akan dibayar balik dan anda perlu menanggung kos kiriman pemulangan produk kepada kami. Anda bertanggungjawab ke atas semua produk sehingga ia selamat sampai kepada kami

 

 

Pengiriman & Penghantaran

Adakah pesanan saya boleh dihantar ke alamat selain alamat kediaman saya?

Untuk memudahkan, anda boleh memilih untuk menghantar pesanan anda ke alamat tempat kerja anda. Sekiranya anda memilih sebegini, sila sertakan nama perniagaan anda bersama alamat tersebut semasa membuat pesanan online. Sila ambil perhatian, sekiranya anda memilih sebegini, produk mungkin akan ditinggalkan di Reception atau Bilik Surat-menyurat di tempat kerja anda.

Penghantaran ke Peti Surat Persendirian (P.O. Box) adalah TIDAK DIBENARKAN atas sebab-sebab keselamatan.

Tandatangan bagi penghantaran

Sekiranya anda tidak dapat berada di rumah untuk menerima penghantaran pesanan, sila pastikan kiriman anda dialamatkan kepada seseorang yang anda percayai untuk menandatangani penghantaran tersebut bagi pihak anda.

Saya perlu menukar alamat kiriman saya

Anda tidak dibenarkan menukar alamat kiriman setelah pesanan anda dihantar. Sila pastikan anda memasukkan alamat penghantaran yang betul ketika membuat pesanan melalui Zhulian Online atau Zhulian.com.my.

Apakah berlaku sekiranya pesanan saya hilang atau mengalami kerosakan?

Sekiranya timbul sebarang masalah penghantaran pesanan anda, sila laporkan kepada team Perkhidmatan Pelanggan kami dan kami akan menghubungi syarikat penghantaran bagi menyelesaikan permasalahan tersebut secepat mungkin dan semudah mungkin buat anda.

Sekiranya anda telah menerima pesanan anda dan mendapatinya dalam keadaan rosak, sila rujuk Polisi Pemulangan kami atau hubungi Team Perkhidmatan Pelanggan kami untuk bantuan melalui Tel: 604-6162083/6162084 (Waktu Urusan: 9:00 am - 5:00 pm, Isnin - Jumaat).

Bagaimanakah pesanan saya akan dikirimkan?

Pesanan anda akan dikirimkan melalui perkhidmatan penghantaran.

Berapakah caj pengiriman yang dikenakan?

Kiriman PERCUMA tertakluk kepada pesanan melebihi RM300.

Bagi kiriman kurang daripada RM300, caj kiriman akan dikenakan berdasarkan berat produk dipesan serta destinasi kiriman anda:

1 kg atau kurang = RM4.50, 1-2 kg = RM9.50, 2-3 kg = RM13.50 dan RM4.00 per kg bagi setiap kg berikutnya.

Caj kiriman di atas tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis, mengikut budi bicara kami.

Berapa pantas pesanan saya akan diproses?

Pesanan yang dibuat sebelum 12 tengah hari akan diproses pada hari bekerja yang sama.

Pesanan yang dibuat selepas 12 tengah hari akan diproses pada hari bekerja berikutnya.

Bilakah saya akan menerima pesanan saya?

Sebaik sahaja pesanan anda diserahkan kepada syarikat perkhidmatan penghantaran untuk penghantaran, anda akan menerima notifikasi emel berserta maklumat syarikat perkhidmatan penghantaran (courier service provider) dan maklumat jejak (tracking). Penghantaran akan mengambil masa 1-5 hari bekerja setelah ia dikirimkan. Sila ambil maklum bahawa masa penghantaran adalah anggaran sahaja.

 

Pembayaran & Pengebilan

Kaedah pembayaran

Zhulian Online atau Zhulian.com.my menerima pembayaran menggunakan pemindahan online, kad kredit Visa dan MasterCard, dan kad debit yang tertera logo Visa atau MasterCard sahaja.

Terma dan Syarat Pembayaran secara Online

  1. Hanya bagi bank-bank terpilih – Maybank, Public Bank, Bank Islam, Hong Leong Bank, RHB Bank, CIMB Bank, Ambank, Bank Rakyat dan UOB Bank.
  2. ZHULIAN tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang keadaan yang timbul sama ada secara langsung atau tidak langsung akibat penggunaan kaedah pembayaran online atau lain kaedah pembayaran yang dibuat susulan daripada kontrak ini atau masa-masa selepasnya.
  3. Sila pastikan nombor akaun bank anda betul. ZHULIAN tidak bertanggungjawab bagi sebarang kerugian atau kerosakan dan/atau kos dan perbelanjaan yang ditanggung akibat kesalahan maklumat yang diberi.

Pengesahan Akaun Kad Kredit

Sila pastikan alamat pengebilan bagi pesanan anda adalah sama dengan malumat pada akaun/penyata kredit kad anda bagi mengelakkan kelewatan yang tidak sepatutnya dalam memproses pesanan anda. Anda boleh menghubungi bank pengeluar kad anda dengan menggunakan nombor di belakang kad kredit anda bagi menyemak dan mengesahkan butiran.

Kod Keselamatan

Kod keselamatan bagi kad kredit anda adalah nombor 3-digit unik yang tercetak di belakang kad kredit (MasterCard/Visa) anda.

MasterCard/Visa:

Penyelesaian Masalah (Troubleshooting) Kesilapan Pembayaran Melalui Kad Kredit:

Sila ikuti langkah-langkah berikut sekiranya anda menghadapi ralat pembayaran:

- Sekiranya kad kredit anda adalah baru atau baru dikeluarkan, pastikan ia telah diaktifkan.

- Semak semula jenis kad anda (misalnya, Visa, dll), nombor akaun dan tarikh tamat.

- Masukkan nombor akaun tanpa tanda sengkang atau ruang.

- Rujuk bank untuk menyemak sama ada anda mempunyai had kredit yang mencukupi.

- Sekiranya semuanya betul, sila hubungi nombor perkhidmatan pelanggan bagi bank pengeluar kad anda yang tertera di belakang kad anda. Syarikat kad kredit mungkin perlu bercakap dengan anda sebelum memberi kelulusan pembelian anda.

Bolehkah saya menukar kaedah pembayaran saya?

Buat pilihan bagi kaedah pembayaran pada ‘Payment method’ setiap kali anda membeli-belah di Zhulian Online atau Zhulian.com.my, sama ada menggunakan kad kredit/kad debit, pembayaran online mahupun akaun PayPal.

Mengapakah pembayaran melalui kad kredit saya tidak diproses/tidak berjaya?

Syarikat kad kredit anda mungkin menolak kebenaran untuk mendebit kad anda disebabkan oleh mana-mana sebab berikut:

- Jumlah pembayaran anda melebihi had kredit anda.

- Tersalah jenis kad, nombor akaun dan tarikh akhir semasa melengkapkan butiran bagi membuat pesanan .

- Bank anda memerlukan pengesahan daripada anda sebelum memberi kelulusan pembelian anda.

- Kad anda mungkin baru dikeluarkan dan belum diaktifkan lagi.

Polisi
Polisi Privasi

Kami berkomitmen melindungi maklumat peribadi anda. Sila baca butiran Polisi Privasikami.

Terma & Syarat

Sila baca butiran Terma Penggunaan kami.