20 PANDUAN BERGUNA BUAT AHLI BARU PERNIAGAAN MLM
  • 2479
  • 0
  • 0

Ingin memastikan penjelajahan anda yang baru sahaja melangkah ke dalam perniagaan MLM ini bermula dengan cemerlang?  Di sini disediakan 20 panduan yang praktikal dan berguna untuk membimbing anda menjayakan perniagaan MLM anda.


 

#1. Miliki Perspektif Yang Jelas

Pastikan anda faham mengenai apa yang diperlukan untuk membina dan menjayakan perniagaan!

Anda tidak perlu risau kerana ZHULIAN adalah platform terbaik untuk anda membina perniagaan MLM anda.  Kami mempunyai sejarah membanggakan selama 30 tahun di dalam industri ini dan kami memiliki pelbagai produk menakjubkan dengan manfaat terbukti.

 

 

 

#2. Kendali Mereka Yang Sangsi Secara Positif

Jangan biarkan pendapat orang lain menghalang anda untuk terus maju! 

Bersedialah kerana peluang perniagaan anda mungkin menemui mereka yang sangsi terutama di kalangan keluarga dan rakan-rakan.  Cara terbaik untuk membuatkan mereka berminat adalah dengan sentiasa konsisten, tidak mudah mengalah, sebaliknya anda perlu buktikan bahawa anda mampu lakukannya.

 


#3 Tetapkan "KENAPA"

Sebuah “KENAPA” adalah penyebab utama untuk anda idamkan kejayaan!

KENAPA adalah pendorong utama kejayaan anda. Ia mungkin adalah keluarga, kebebasan perniagaan mahupun kebebasan masa. "KENAPA" sebenar akan menyebabkan anda kekal fokus dan komited meskipun anda berdepan dengan halangan di dalam perjalanan tersebut.

 

 


#4 Tetapkan Jangka Masa bagi Komitmen

“Motivasi adalah apa yang membuatkan anda bermula. Komitmen adalah apa yang membuatkan anda meneruskannya.” ~ Jim Rohn

Wujudkan komitmen dengan tarikh akhir yang akan anda laksanakan dengan memberikan 100% usaha. Jangka masa komitmen adalah kayu pengukur yang boleh dipercayai bagi mengukur kejayaan perniagaan hanya sekiranya anda melaburkan usaha yang tidak berbelah bahagi ke dalamnya.

 

 


#5 Wujudkan Rutin Harian

Buat perancangan dan senarai tugasan harian, dan bertindak secara konsisten.

Kenalpasti ruang masa sepanjang minggu anda bagi membina perniagaan ini. Berfikir realistik, rancang jadual yang sesuai, laksanakan dan lihatlah hasilnya.

 

 


#6 Fahami Pelan Pemasaran

Anda perlu memahami bagaimana anda boleh bertindak menurut perancangan dan memperolehi yang terbaik daripadanya!

Sebagai Pengedar, anda perlu mempelajari dan memahami Pelan Pemasaran ZHULIAN dengan baik, agar anda dapat membantu kumpulan anda untuk memahaminya.

 

 


#7 Kenalpasti "Khalayak Sasaran" Anda

Mengenalpasti khalayak sasaran anda yang tepat akan meningkatkan peluang kejayaan anda.

Khalayak sasaran adalah kumpulan spesifik atau segmen khalayak yang anda ingin dekati melalui peluang perniagaan anda. Kenalpasti kumpulan usia, jantina, pendapatan, dll. Tukar pendekatan anda kepada cara yang asli dan boleh dihubungkaitkan, agar anda berjaya di dalam usaha anda melibatkan mereka ke dalam rangkaian anda.

 

 


#8 Ketahui Bagaimana Menghadapi "TIDAK"

Bagaimana anda memilih untuk respon kepada "TIDAK" dalam perniagaan anda adalah penentu berapa jauh anda akan pergi di dalam perniagaan ini.

Anda perlu meningkatkan 'benteng' semangat anda. Tafsirkan "TIDAK" sebagai "bukan buat sementara waktu". Mungkin kelak mereka akan katakan "YA" kepada anda.

 

 


#9 Cari "Model Teladan" (Mentor)

Mengikut cara Pemimpin berjaya bertindak atau berfikir akan memberikan kadar kejayaan yang lebih tinggi.

Carilah seorang mentor teladan yang melihat potensi anda dan menolong untuk menggalinya. Belajar seberapa banyak yang boleh daripadanya, berlandaskan rasa hormat dan penghargaan. Sesungguhnya belajar daripada seorang mentor akan meninggalkan kesan yang lebih mendalam.

 

 


#10 Gunakan Media Sosial Sebagai Alat Perniagaan

Media sosial berupaya membantu untuk menyebarkan maklumat mengenai perniagaan anda, pada bila-bila masa dan di mana-mana jua!

Alat sosial, sumber dan strategi perlu digunakan serentak dan selalu untuk memahami apakah yang terbaik buat anda.

 

 


#11 Kerap Menghubungi Upline / Penaja Yang Berjaya

Ikuti jejak langkah yang cemerlang.

Belajar tentang kebijaksanaan dengan meniru tindakan yang bijaksana adalah langkah paling mudah. Upline memiliki pengalaman, agar anda boleh belajar daripada mereka dengan mengelak kesilapan-kesilapan awal.

 

 


#12 Tetapkan Jangkauan Yang Realistik

Kejayaan memerlukan kerja keras dan ketabahan.

Lihatlah para pemimpin yang mempunyai pendapatan yang lumayan hari ini…mereka juga bekerja keras untuk mencapai apa yang mereka nikmati hari ini. Hanya yang berusaha dan bertahan akan menjadikan impian sebuah kenyataan!

 

 


#13 Sentiasa Memperbaiki Diri

Jika anda mahukan pertumbuhan perniagaan, anda harus sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan!

Anda perlu memperbaiki keterampilan perniagaan anda, sama ada ilmu produk, komunikasi atau kemahiran menjual. Pelajari sesuatu yang baru setiap hari. Anda boleh belajar daripada upline, menyertai sesi-sesi webinar atau anda boleh ‘LIKE’ dan ‘FOLLOW’ halaman FB rasmi ZHULIAN untuk mendapatkan pelbagai inspirasi dan ilmu perniagaan.

 

 


#14 Pancarkan Aura Positif

Sebaik sahaja anda mengalih pemikiran negatif ke positif, anda akan mula menarik orang-orang yang positif serta menjana hasil yang positif.

Pemikiran positif menghasilkan perasaan positif; perasaan positif menghasilkan tindakan positif; dan Tindakan positif menjana hasil positif. Kita boleh menarik apa jua yang diinginike dalam kehidupan dengan membayangkan hasil yang diingini, menggunakan kata-kata positif, mengharapkan yang baik-baik sahaja, menghargai, dan melakukan tindakan yang menginspirasi.

 

 


#15 Bentukkan Sebuah Pasukan Petugas

Hasilkan sinergi di kalangan kumpulan anda untuk membantu anda, kumpulan anda dan perniagaan anda agar lebih maju.

Dengan berkembangnya rangkaian, anda perlu membentuk sebuah pasukan petugas yang terdiri daripada ahli-ahli yang komited, yang berkongsi wawasan dan matlamat yang sama, yang berhubung antara satu sama lain bagi bertukar-tukar ilmu produk, panduan jualan, mesej bersifat dorongan atau menginspirasi.

 

 


#16 Cipta Kisah Kejayaan Sendiri

Bertekad untuk mencipta episod baru di dalam kehidupan anda yang dipenuhi kejayaan.

Setelah anda menyertai ZHULIAN, anda tidak dapat lari daripada mendengar kisah-kisah kejayaan para Pemimpin cemerlang. Tetapkan sasaran yang anda inginkan…walaupun jika anda tidak mencapainya, kemungkinan besar anda masih akan merasai kejayaan dengan lebih pantas.

 

 


#17 Letakkan Jiwa Ke Dalam Perniagaan Anda

Keinginan yang tinggi memberikan anda kekuatan, keberanian dan kesabaran untuk mencapai matlamat anda.

Benar-benar ingin dan yakin anda dapat menyumbangkan nilai terhadap kehidupan insan lain akan membantu anda menghadapi waktu-waktu yang sukar.

 

 


#18 Cipta Gaya Tersendiri – Penjenamaan Peribadi

Jenama peribadi anda adalah reputasi anda, dan ia membezakan antara anda dengan mereka yang lain.

Beri perhatian terhadap gaya dan cara upline atau mentor anda menyampaikan mesej yang sama berulang-kali dengan baraan semangat yang tetap sama. Perbaiki kelemahan diri anda membuat pembentangan dengan memberikan perhatian terhadap pergerakan tangan, nada suara, kekerapan membuat tatapan mata atau kekerapan pergerakan anda ketika berdiri, dll.

 

 


#19 Tetapkan Matlamat dan Capainya

Matlamat yang anda tetapkan haruslah mencabar tetapi masih boleh dilaksanakan, bukan sesuatu yang sukar dicapai.

Jangan terburu-buru menetapkan matlamat yang besar. Mulakan dengan menetapkan matlamat yang kecil, yang mudah dicapai. Hamparkan semua matlamat yang anda ingin capai, yang berupaya merangsang minda anda dengan hebat jika anda mencapainya.

 

 


#20 Berikan yang Terbaik Buat Anda & Kumpulan Anda

Masa yang dilaburkan ke dalam perkembangan peribadi dan membina kumpulan dengan membimbing dan pementoran akan menentukan kejayaan anda.

Ikatan di kalangan ahli kumpulan diperkukuhkan apabila mereka mempunyai seorang pemimpin yang bersedia meluangkan masa, tenaga dan sumber demi perkembangan mereka.


Semoga panduan yang diberikan dapat dimanfaatkan sebaiknya bagi membantu anda dan rakan anda yang baru berjinak-jinak di dalam perniagaan MLM ini untuk menerokai perniagaan bersama ZHULIAN dengan lebih cemerlang. Jika tidak semua, setidak-tidaknya pasti ada sebahagian daripada 20 panduan yang diberikan dapat diaplikasikan bersama usaha anda menterbilangkan kerjaya anda bersama ZHULIAN! Jumpa kalian di Puncak Jaya!

Comments (0)