5 Kunci Tindakan Bagi Merangkul Kejayaan Di Dalam MLM ZHULIAN
  • 3258
  • 0
  • 0

Perniagaan MLM dibina berasaskan sinergi insan. Rangkaian yang mantap perlu untuk menjana ganjaran yang dikira bukan sahaja berlandaskan jumlah jualan. Ia juga bergantung kepada jumlah garisan jaringan layak dan bilangan tingkat jaringan yang dimiliki. Justeru, anda perlu berusaha memperkukuhkan rangkaian agar ia tidak sahaja berkembang secara meluas (wide) tetapi juga mendalam (deep). Ini juga bermakna anda perlu belajar untuk menjadi seorang Pemimpin yang menerajui rangkaian ke arah mercu kejayaan.

Jika anda ingin menjejaki langkah para Pemimpin ZHULIAN yang cemerlang, anda perlulah jadikan mereka sebagai mentor anda IaIu teladanilah cara, teknik dan strategi mereka untuk memperkasakan diri anda! Di samping itu, gilapkan kemahiran menjual dan menaja, sentiasa mengembangkan rangkaian demi menterbilangkan perniagaan serta menjulang kedudukan anda sebagai seorang Usahawan yang berwibawa.

Di sini disarankan 5 KUNCI TINDAKAN yang boleh anda manfaatkan:  

 

 

1.  KEMBANGKAN SENARAI ANDA (GROW THE LIST)

Usaha penajaan adalah satu tindakan wajib yang berterusan. Oleh itu, senarai prospek anda seharusnya kian bertambah bilangannya. Sementara aktif menaja ahli baru, anda juga perlu menjalinkan hubungan erat dengan pelanggan dan anak rangkaian sedia ada supaya asas pelanggan (customer base) dan rangkaian anda kekal kukuh.

 

 

 

2.  TETAPKAN SASARAN DENGAN TINDAKAN (ACTION PLAN)

Sasaran jualan yang ditetapkan harus disusuli dengan pelan tindakan untuk membimbing anak-anak rangkaian anda bagi mencapai sasaran tersebut. Berikan panduan dan bimbingan (coaching & mentoring) untuk mengasuh (nurture) anak-anak rangkaian dengan mengadakan kelas perkongsian ilmu dan pengalaman. Adakan strategi yang praktikal serta pupuklah semangat berpasukan (team spirit) dan setiakawan (camaraderie) sesama anak rangkaian agar saling mendorong dan membantu untuk mencapai sasaran yang ditetapkan.

 

 

 

3.  LAKUKAN SUSULAN SECARA KONSISTEN (FOLLOW UP)

Selain daripada menyemak progress anak-anak rangkaian serta sentiasa menghulurkan bantuan dan nasihat, seorang Pemimpin juga perlu prihatin dan peka kepada keperluan rangkaian, serta kelebihan atau kekurangan setiap anak buah. Apabila masalah dikesan di kalangan anak rangkaian, anda perlu pantas mengambil langkah pembetulan yang wajar dengan mengubah cara atau strategi.

 

 

 

4.  TINGKATKAN JUALAN MELALUI PERKONGSIAN KISAH PENGALAMAN (SELL MORE USING STORIES)

Lengkapi diri anda dengan kemahiran menjual produk. llmu produk berserta pengalaman anda menggunakan produk merupakan iklan dan testimoni yang paling berkesan untuk meyakinkan prospek anda untuk membeli daripada anda. Selain itu, anda juga boleh mengumpulkan kisah-kisah pengalaman rakan-rakan lain sebagai senjata paling ampuh untuk ‘close sales’. Prestasi jualan yang konsisten akan menjadi pemangkin untuk anda memperkembangkan dan mengukuhkan lagi rangkaian anda.

 

 

 

5.  KUASAI KEMAHIRAN PEMASARAN MEDIA SOSIAL (MASTERING SOCIAL MEDIA MARKETING)

Tren masa kini yang tidak dapat disangkal lagi adalah menggunapakai platform media sosial sebagai cara paling mudah dan pantas untuk berhubung dan melibatkan (‘connect & engage’) anak-anak rangkaian anda, prospek dan ‘suspect’. Ini juga saluran terbaik untuk anda mempertingkatkan ‘Personal Branding’ anda agar memudahkan anda menyebarkan idea-idea, inspirasi serta aspirasi anda.  Kuasailah kemahiran untuk memanfaatkan Facebook Live, ZOOM untuk mengendalikan promosi, demo produk, mesyuarat dan sebagainya demi melipat-gandakan prestasi bisnes anda.

 

 

 

Kejayaan keusahawanan memerlukan komitmen untuk terus belajar dan berusaha serta merasai cinta yang mendalam ~ cinta ZHULIAN, cinta produknya, cinta pada rakan-rakan seperjuangan dan pelanggan anda, lalu menyuntik kecintaan dalam setiap tindakan kita ketika mengusahakan bisnes ZHULIAN. Pahatkan azam berasaskan cinta dan kasih sayang, bersatu padu, bersatu hati, bersatu usaha agar kita semua terus bangkit cemerlang dan terus maju ke hadapan!

 

 

Comments (0)