Air Hidup Semula Jadi Beyond Water ~ Keperluan Kehidupan Yang Sihat
  • 1535
  • 0
  • 0

 

Air memainkan peranan penting bagi mengekalkan kehidupan dan menyelenggarakan kesihatan dan kecergasan kita. Seperti yang kita semua tahu, air memainkan peranan utama bagi mengangkut nutrien ke dalam dan ke luar sel serta menyingkirkan toksin dan bahan buangan metabolisme dari tubuh kita. Air membantu untuk membawa isyarat otak dan impuls saraf ke seluruh tubuh. Air Hidup Semula Jadi pastinya adalah air terbaik yang ada bagi melaksanakan tugas-tugas tersebut secara optimum kerana sebab-sebab berikut:

 

 

Air Hidup Semula Jadi adalah tulen dan bersih…

Rekaan inovatif dan medium penapisan handalan yang digunakan di dalam Beyond Water seperti Penapis Seramik 3 Peringkat dengan Perak Tersteril, Medium Memproses KDF 55® yang dipatenkan, Karbon Teraktif Tinggi Bergranul dengan Perak dan Blok Karbon Teraktif Berketumpatan Tinggi amatlah berkesan menapis dan menanggalkan spektrum meluas mikroorganisma, logam berat, sista bakteria, klorin, VOC, THM, alga, bahan kimia dan pencemar yang mungkin ditemui di dalam air paip kita selain menyingkirkan rasa dan bau yang kurang menyenangkan. Ia turut menyatukan Bebola Anti-Bakteria Nano Perak ke dalam Penapis Ultra I demi prestasi yang lebih baik.

 

 

 

 

Air Hidup Semula Jadi bertenaga dan teraktif…

Sistem Pemulihan Bio-Aktif Beyond Water menyebabkan resonan berfaedah yang berkesan pada molekul air dan ia membantu untuk memecahkan gugusan molekul air yang besar (10-12 molekul setiap gugusan) kepada gugusan kecil (4-5 molekul setiap gugusan) melalui penggunaan Bebola-Bio Inframerah Jauh Berkecekapan Tinggi (Merah, Coklat, Putih dan Tormalin). Di peringkat akhir penapisan, ia menggunakan Radas Pemagnetan Tetap Neodimium Berkuasa Tinggi yang mengaktifkan proses pemagnetan bagi menstabilkan gugusan air. Ia menghasilkan Air Hidup Semula Jadi yang mempunyai keupayaan yang lebih cemerlang untuk membantu penyerapan nutrien dan penyingkiran toksin dari tubuh.

 

 

 

 

Air Hidup Semula Jadi hampir menyamai cecair tubuh kita…

Tubuh kita beroperasi secara terbaik apabila darah dan cecair tubuh kita yang lain dalam keadaan sedikit beralkali. Jika pH cecair tubuh kita kekal pada lingkungan berasid untuk tempoh yang lama, penyakit dan kesakitan akan lebih mudah tercetus. Beyond Water melaras dan menstabilkan pH air sekitar 7.3 dengan adanya Batuan Mineral Kalsit Bergranul dan Bebola Seramik Alkali Kalsium. Air Hidup Semula Jadi mempunyai pH terhampir dengan pH cecair tubuh kita, dan ia membolehkan penyerapan dan penghidratan sel yang lebih pantas dan lebih mudah.

 

 

 

 

Air Hidup Semula Jadi mengandungi mineral berfaedah…

Mineral adalah pendorong kehidupan kerana ia adalah pemangkin setiap tindakbalas metabolisme. Mineral penting yang seimbang memberikan air yang hidup dan rasa lebih lembut. Batuan Mineral Kalsit Bergranul dan Bebola Seramik Alkali Kalsium yang terkandung pada Sistem Pemulihan Bio-Aktif Beyond Water membekalkan kalsium dan magnesium yang bermanfaat kepada kesihatan kita.

 

Hasilkan semula Air Hidup Semula Jadi yang lebih tulen, lebih bertenaga dan mengandungi lebih banyak mineral berfaedah dengan Beyond Water!

 

 

 

 

Comments (0)