ALIRAN HAID DAN TUALA WANITA
  • 1728
  • 0
  • 0

Datang bulan, juga dikenali sebagai ‘period’, haid atau darah bulanan, dialami oleh golongan wanita pada usia biak (15-44 tahun). Secara puratanya, seorang wanita melalui 450 datang bulan sepanjang hayatnya dan menghabiskan 50% jangka hayatnya untuk mengendalikan rutin bulanan ini.

Kajian saintifik yang telah dijalankan oleh para penyelidik antara tahun 2010 sehingga 2013 mendapati bahawa sehingga 70% wanita mendapat jangkitan disebabkan oleh tuala wanita tidak bermutu.

Tuala wanita biasa didapati mengandungi sehingga 110 bakteria penyebab jangkitan yang boleh tumbuh dan membiak di dalam ruang sekecil 1 mm dalam tempoh 2 jam dengan kelembapan berterusan. 

Semasa datang bulan, ramai wanita mengalami keadaan-keadaan seperti jangkitan sehinggalah penyakit ginekologi seperti candidiasis, jangkitan yis, penyakit keradangan pelvik, bakteria vaginitis dan trikomoniasis. Tuala wanita tidak berkualiti berkemungkinan membawa bakteria dan dioksin berbahaya yang boleh menyebabkan jangkitan terhadap lapisan dinding rahim.


BARAH & TUALA WANITA – KAITAN BAHAYANYA

Barah servik adalah penyakit barah kedua paling kerap dihidapi wanita di seluruh dunia. Setiap tahun lebih 300,000 wanita di seluruh dunia meninggal disebabkan oleh barah servik.

  

Tahukah anda?

• Wanita kebiasaannya akan menggunakan purata sehingga 15,000 keping tuala wanita sepanjang tempoh 30 hingga 40 tahun jangka hayatnya.

• 83% wanita dewasa mempunyai organ pembiakan yang terjangkit.

 

 

• 62% daripadanya disebabkan oleh penggunaan tuala wanita dan tampon yang menyebabkan toksik.

• Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation – WHO) melaporkan bahawa pada tahun 2002 sekitar 500,000 pengidap barah servik yang baru telah direkodkan dan 274,000 daripada pengidapnya menemui ajal.

• Sejak daripada itu terdapat lebih 1,300 kes baru dilaporkan setiap hari dengan lebih 750 kes kematian setiap hari.

 

APAKAH YANG PERLU DICARI DALAM TUALA WANITA SUPERIOR

Antara ciri-ciri penting bagi tuala wanita yang baik adalah keupayaan menyerap sejumlah besar darah haid. Darah yang diserap perlu diperangkap di teras tengah, mencegah berlakunya aliran balik atau kebocoran apabila tekanan dikenakan pada tuala wanita tersebut seperti ketika duduk.

 

Faktor-faktor lain yang mungkin mempengaruhi secara langsung kualiti tuala wanita termasuklah rekaan yang melekap sempurna pada tubuh, lapisan bahan-bahan berkualiti tinggi, pelekat yang selamat, sayap keselamatan bagi mencegah kebocoran tepi serta lapisan-lapisan boleh bernafas yang tidak memerangkap lembapan yang menyebabkan ketidakselesaan dan jangkitan.

 

Tuala Wanita Ultra Nipis WANISA (Siang, Malam & Pelapik)

 

Tuala Wanita Ultra Nipis WANISA (Siang & Malam) mempunyai ciri-ciri terbaik yang perlu ada pada tuala wanita hebat. Ia terdiri daripada 6 lapisan termaju bahan-bahan berkualiti tinggi yang direka khas untuk keselesaan optimum, fungsi berkesan dan kebaikan peningkat kesihatan. Ia menawar 5 kali lebih banyak kapasiti penyerapan berbanding jenama konvensional terkemuka lain! Dan yang lebih penting, ia disediakan dengan 4 ciri peningkat kesihatan unik yang menjadikan tuala wanita ini sangat selesa, berkesan dan ideal untuk digunakan!

 

Dengan Tuala Wanita Ultra Nipis WANISA – anda disediakan dengan tuala wanita yang bebas masalah dan segar selesa serta yakin sepenuhnya untuk memilih tuala wanita paling berkesan lagi termaju pada hari ini.

 

Pelapik Ultra Nipis WANISA

Pelapik yang berkualiti tinggi, menyenangkan dan selesa ini membantu melindungi seluar dalam daripada kesan kotoran, sesuai digunakan bagi lendiran faraj harian yang biasa, aliran haid yang ringan, tompokan darah sedikit dan kencing yang sedikit tidak terkawal.  Ia adalah pelapik terbaik bagi keperluan anda!

 

Alami keselesaan dan keyakinan sentiasa bersama rangkaian Tuala Wanita Ultra Nipis WANISA.  Dapatkan maklumat lanjut mengenai Wanisa di: https://www.zhulian.com.my/feminine-care

Comments (0)