Anda sukakan kemanisan? Fikir semula!
Kita adalah apa yang kita makan. Makanan yang kita berikan kepada tubuh adalah antara dua, menyihatkan atau tidak. Terdapat pelbagai kajian saintifik yang menunjukkan pengambilan makanan bergula secara sederhana adalah selamat. Namun, ia bukan bermakna menyihatkan buat anda.
Pengambilan purata gula adalah kira-kira 50 g sehari tetapi rakyat Malaysia mengambil sehingga 125 g sehari. Jumlah ini adalah 2 setengah kali ganda lebih banyak daripada biasa. Sumber gula tersembunyi yang menjadi kebiasaan terkandung pada makanan yang sarat-karbohidrat. Dan rakyat Malaysia juga bukan sahaja mengambil nasi pada waktu makan tengah hari atau makan malam, bahkan mereka gemar bersarapan makanan sarat-karbohidrat seperti roti canai dan mee goreng.
“50.1% rakyat Malaysia mempunyai berat berlebihan di mana 19.7% menghadapi obesiti…Kira-kira satu di antara lima rakyat Malaysia dewasa menghidap kencing manis pada tahun 2022.”
Purata pengambilan gula harian bagi dewasa telah meningkat dari 7 sudu teh pada tahun 2012 ke 10 sudu teh pada tahun 2017 – melebihi had yang disarankan untuk dewasa. Pengambilan gula yang tinggi boleh menjurus kepada penambahan berat badan, yang akhirnya akan menyebabkan obesiti. Statistik tahun 2019 mendapati 50.1% rakyat Malaysia mempunyai berat berlebihan di mana 19.7% menghadapi obesiti. Bermakna seorang di antara dua orang mengalami berat berlebihan.
Terlalu banyak gula tidak 'manis' untuk kesihatan kita
“Seorang di antara lima orang dewasa di Malaysia menghidap kencing manis jenis 2."
Menurut World Health Organization (WHO), pengambilan kalori harian daripada gula tidak seharusnya melebih 25 g bagi dewasa. Pengambilan gula berlebihan adalah berbahaya bagi tubuh manusia kerana ia menyebabkan penyakit, rasa tidak kenyang, ketagihan, tekanan darah tinggi serta meningkatkan risiko tekanan darah tinggi dan kerintangan insulin.
Menurut National Health and Morbidity Survey 2019 (NHMS 2019), pengambilan gula berlebihan membawa implikasi kepada kesihatan tubuh:
“Satu di antara lima dewasa di Malaysia menghidapi kencing manis jenis 2, dengan anggaran 3.9 juta dewasa Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas didiagnos dengan kencing manis pada tahun 2009, berbanding 3.5 juta pada tahun 2015."
Sindrom metabolik
Glukosa darah tinggi
Tekanan darah tinggi
Profil lipid tinggi
Ukur llilit pinggang besar
Tahap HDL rendah
Permulaan Sindrom Metabolik
Kajian saintifik menunjukkan bahawa pengambilan satu makanan manis sehari selama sebulan boleh mencetuskan sindrom metabolik pada seorang individu yang sihat. Sindrom metabolik adalah sekumpulan faktor yang boleh menjurus kepada penyakit berisiko tinggi seperti penyakit koronari dan kencing manis. Faktor risiko ini termasuklah tekanan darah tinggi, tahap gula darah tinggi, obesiti dan tahap tinggi trigliserida. Sindrom metabolik boleh menjurus kepada strok atau serangan jantung, yang menunjukkan lama-kelamaan gula sememangnya membawa bahaya yang serius. Sindrom metabolik juga dikaitkan dengan kekerapan sakit serta penyakit hati.
Berikut adalah beberapa kesan bahaya gula yang perlu diketahui:
1. Penambahan Berat Badan
Pengambilan gula menjurus kepada peningkatan berat badan. Penyelidikan telah berulang-kali menunjukkan kesan berbahaya gula melalui pengambilan minuman kola, soda, jus dan minuman manis lain. Mereka yang makan makanan ringan atau terproses bagi membendung rasa lapar akan lebih berat berbanding mereka yang bergantung pada pemakanan yang sihat.
2. Penyakit Jantung
Pengambilan gula yang tinggi telah dihubungkaitkan dengan peningkatan keradangan, peningkatan tahap trigliserida dan peningkatan tahap tekanan darah yang menyebabkan peningkatan risiko penyakit jantung. Juga, peningkatan pengambilan gula boleh menyebabkan pemendapan lemak pada arteri lalu menyebabkan artherosclerosis.
3. Risiko Penyakit Kencing Manis Jenis 2
Terdapat hubungan yang jelas antara pengambilan gula berlebihan dengan penyakit kencing manis. Gula yang tinggi di dalam darah menyebabkan kerintangan insulin yang menyebabkan kencing manis.
4. Kemurungan
Pemakanan yang menyihatkan dapat menolong untuk memperbaiki mood, sebaliknya pemakanan yang tinggi gula tambahan akan meningkatkan risiko berlakunya kemurungan. Pengambilan snek manisan menstimulasi pembebasan hormon dopamine, sejenis bahan kimia yang mencetuskan rasa gembira pada tubuh. Apabila lonjakan gula ini berkurangan, otak akan mengisyaratkan untuk mengidamkan semula lonjakan yang sama.
5. Masalah Kulit
Gula meningkatkan penghasilan akne. Lonjakan gula darah dan tahap insulin meningkatkan penghasilan minyak, rembesan androgen dan keradangan, di mana semuanya memainkan peranan bagi pembentukan akne.
6. Kulit Mengendur & Berkedut
Pemakanan tinggi kandungan gula menjurus kepada pemesatan penuaan kulit. Mereka yang mengambil banyak gula mempunyai lebih banyak kulit berkedut dan mengendur berbanding mereka yang tidak. Pengambilan gula menyebabkan pembentukan AGEs (Advanced Glycation Endproducts ~ Produk Akhir Glycation Termaju) yang mengancam kolagen dan elastin kulit, lalu menyebabkan penuaan kulit pramatang.
7. Gigi Berlubang
Doktor gigi mendakwa bahawa gula adalah penyebab utama terjadinya gigi berlubang. Meskipun memberus gigi setiap kali selepas makan makanan manis, masih lagi berisiko kerosakan gigi.
8. Sakit Sendi
Individu yang mengalami sakit sendi dan mengurangkan pengambilan gula berkemungkinan merasai pengurangan kesakitan. Gula adalah salah satu faktor risiko yang dikaitkan dengan peningkatan risiko rheumatoid arthritis.
9. Hati Berlemak
Hati bertanggungjawab untuk menguraikan gula kepada glikogen dan menyimpan lemak berlebihan. Jumlah gula yang banyak menyebabkan penyakit hati berlemak tanpa pengaruh alkohol (non-alcoholic fatty liver disease - NAFLD), kondisi yang dicirikan oleh pembentukan lemak berlebihan pada hati.
10. Ketagihan Gula
Gula mengaktifkan reseptor opiate pada otak dan mempengaruhi pusat keseronokan, yang memacu kelakuan kompulsif. Setiap kali kita mengambil manisan, kita mengukuhkan laluan saraf dan menyebabkan otak semakin inginkan gula, lalu membina ketahanan seperti mana-mana ubat.
Beralih kepada alternatif gula yang lebih menyihatkan – HomsweetPlus!
HomsweetPlus adalah alternatif untuk anda menikmati kemanisan dengan lebih menyihatkan tanpa risaukan kesan berbahaya gula terhadap tubuh anda. Ia diformulasi dengan Eritritol, serta Fruktosa Kristal dan Sukralosa. Pemanis ini adalah 4 kali lebih manis berbanding gula biasa. Maknanya jika anda mengambil HomsweetPlus maka anda akan merasai kemanisan yang sama dengan hanya ¼ jumlah gula biasa. Tambahan lagi, pemanis unik ini juga mempunyai indeks glisemik rendah dan tidak akan menyebabkan lonjakan gula darah mahupun kerosakan gigi. Ia ideal bagi pengambilan harian seisi keluarga untuk menambahkan kemanisan kepada minuman dan masakan anda.
Jika anda mementingkan kesihatan anda, anda wajib beralih kepada HomsweetPlus!