Bagi setiap ibu dan bapa, melihat anak-anak mereka membesar merupakan detik-detik yang ingin dikenang sepanjang hayat. Semua ibu bapa mahukan hanya yang terbaik buat anak-anak mereka.
Kini, ibu bapa menghadapi lebih banyak cabaran dengan anak-anak yang kurang aktif dan lebih banyak menghabiskan masa bermain ’online game’, menonton televisyen, melayari internet dan media sosial, dan tidak beraktiviti di luar. Situasi semakin parah apabila anak-anak ini pula menggemari makanan segera, minuman berkarbonat dan snek yang tinggi kandungan gula, garam dan kalori, serta tidak mengambil makanan sihat dan berkhasiat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Tabiat ini menjurus kepada pelbagai masalah lain seperti pertumbuhan fizikal dan mental yang terganggu dan obes.
Makan secara sihat adalah kunci pertumbuhan yang sihat
Telitilah pemakanan harian anak-anak anda. Pupuk tabiat makan secara sihat pada anak-anak anda. Galakkan mereka mengambil makanan bijirin penuh, hasil tenusu, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya protein dan vitamin serta pastikan mereka minum air secukupnya. Berikan anak anda jenis makanan berbeza-beza yang mengandungi pelbagai jenis nutrisi. Selalulah beringat untuk mengawasi pengambilan karbohidrat dan gula anak-anak anda bagi mencegah obesiti dan kerosakan gigi.
Saranan ZHULIAN buat kanak-kanak
Rangsangkan perkembangan fizikal dan mental anak-anak anda dengan rangkaian produk Pertumbuhan dan Perkembangan (G&D) ZHULIAN, agar anda dapat menangani masalah-masalah tersebut lantas lebih tenang melihat anak-anak anda lebih sihat dan ceria!
Minuman soya kaya kalsium yang tinggi lesitin untuk kesihatan tulang dan perkembangan otak - ROYALLMIX BD COMPLEX!
Formulasi seimbang berkhasiat berasaskan soya untuk kanak-kanak yang diperkayakan dengan lesitin soya dan kalsium dapat menolong meningkatkan keupayaan otak anak-anak untuk mengingati sesuatu, memberikan tumpuan dan fokus kepada pembelajaran yang baru selain menggalakkan tulang dan gigi yang sihat.
Tingkatkan kecergasan dan sistem pertahanan tubuh dengan NUTRILEX VITAMIN C!
Vitamin C adalah antioksidan berkesan dan antihistamin semula jadi serta menolong mempercepatkan penyembuhan luka. Ia penting bagi mencegah jangkitan. Ia juga dapat membantu tubuh menyerap zat besi yang penting bagi perkembangan otak.
Rangsangkan imun anak anda dengan Campuran Susu Skim dan Kolostrum COLOSKIM
COLOSKIM mengandungi pelbagai faktor imun dan faktor pertumbuhan, terutamanya Polipeptida Kaya- Prolin (Proline-Rich Polypetides - PRP) yang bertindak sebagai modulator imun bagi mengawalatur sistem imun sambil menjadi pengantara tindak balas alahan, menggalakkan penyembuhan dan pembaikan luka dan tisu. Ia juga diperkayakan dengan vitamin D, kalsium dan magnesium yang dapat menolong menggalakkan kesihatan tulang dan gigi.
Lengkapkan pemakanan anak-anak anda dengan makanan super - GREENLEX ORGANIC SPIRULINA!
Sesuai bagi kanak-kanak yang tidak gemarkan sayur-sayuran! Menurut U.S. Food and Drug Administration (FDA), spirulina mengandungi sejumlah besar kalsium, niasin, kalium, magnesium, vitamin-vitamin B dan zat besi. Ia memiliki sifat antioksidan dan anti-keradangan berkuasa serta ia adalah perangsang imun dan agen detoks yang efektif bagi logam berat.
Dengan panduan ringkas ini, anda dapat merasai kegembiraan tidak terkata melihat anak-anak membesar kuat dan sihat kerana ZHULIAN sentiasa mementingkan kesejahteraan anak anda!