Bukan mudah memilih kelengkapan memasak yang tepat apabila terdapat bermacam-macam jenama kelengkapan memasak di dalam pasaran hari ini. Terdapat perkara-perkara tertentu yang perlu dipertimbangkan apabila anda memilih kelengkapan memasak yang ideal. Di sini adalah beberapa faktor yang perlu anda tahu:
KETAHANAN
Salah satu ciri yang paling penting dan sangat perlu apabila memikirkan keperluan kelengkapan memasak anda adalah ketahanan. Kelengkapan memasak aluminium yang paling biasa digunakan adalah lebih murah tetapi lembut dan mudah kemek walaupun terkena sedikit hentakan mahupun terkena peralatan memasak keluli. Kelengkapan memasak tembaga juga adalah lembik, tidak tahan lama dan tidak begitu digemari.
Keluli tahan karat mempunyai ketahanan yang terbaik. Kelengkapan memasak keluli tahan karat akan tahan sepanjang hayat walaupun sering digunakan di dalam dapur. Ia akan kekal elok, bersinar dan berkilat – kelihatan seakan baru dengan penjagaan yang betul – walaupun selepas berpuluh tahun digunakan.
KEKONDUKSIAN HABA
Sebahagian logam adalah konduktor haba yang lebih baik berbanding sebahagiannya. Tembaga merupakan konduktor haba yang bagus tetapi mempunyai kekurangan dari segi lain lantas menjadikannya tidak sesuai untuk masakan ideal. Kelengkapan memasak aluminium mempunyai kekonduksian haba yang bagus tetapi akan mudah haus dan tidak tahan lama.
Kelengkapan memasak yang menggunakan teknologi penyalutan keluli termaju di mana keluli tahan karat jenis pembedahan berkualiti terbaik digunakan untuk melitupi selapis aluminium bagi memberikan ketahanan dan pengkonduksian haba yang sangat cekap yang diterjemahkan kepada tindak balas perubahan haba yang lebih pantas apabila anda mengalihkan tombol dapur memasak lebih tinggi atau lebih rendah, menjadikan makanan anda dimasak sepertimana anda ingini.
KEREAKTIFAN
Sesetengah permukaan logam bertindak balas dengan makanan tertentu. Aluminium mempunyai kecenderungan untuk bertindak balas dengan tomato dan makanan berasid lain, dan ia bermakna logam tersebut dapat meresap masuk ke dalam makanan yang kita makan tanpa menyedari bahawa ia menjurus kepada keracunan logam berat. Penyelidikan menunjukkan bahawa termakan aluminium boleh menjurus kepada penyakit Alzheimer. Tambahan lagi, tindak balas ini turut merosakkan kelengkapan memasak dengan menyebabkan lekuk pada permukaan memasak, lantas menjejaskan rasa makanan.
Kelengkapan memasak keluli tahan karat adalah bebas daripada masalah kereaktifan sedemikian. Permukaannya adalah lengai kepada semua jenis makanan dan tidak bertindak dengan keasidan atau bahan kimia pencuci, menjadikannya salah satu keluli yang paling selamat digunakan untuk memasak.
MENJIMATKAN KOS
Kelengkapan memasak tembaga memberikan kekonduksian haba yang cekap tetapi ia bertindakbalas dengan makanan berasid dan perlu kerap dicuci. Masalah kehausan dan kerosakan yang cepat pada kelengkapan memasak aluminium bermakna ia bukanlah pilihan yang digemari bagi pejimatan kos.
Kelengkapan memasak keluli tahan karat menawarkan penjimatan terbaik kerana ianya sangat tahan lasak, boleh bertahan sepanjang hayat walaupun kerap digunakan, mudah dicuci dan dijaga, namun menawarkan pelbagai kebaikan memasak makanan yang tiada tandingan.
PENYELENGGARAAN
t
Kelengkapan memasak jenis tembaga, aluminium dan besi tuang secara amnya memerlukan lebih perhatian agar ia kekal seperti baru dan bersih. Ia perlu kerap dicuci dan walaupun demikian, ianya mahal dan menyusahkan untuk dijaga.
Kelengkapan memasak keluli tahan karat adalah salah satu kelengkapan memasak yang paling mudah untuk dijaga dan diselenggarakan. Dengan hanya dibilas dengan air dan digosok dengan sehelai kain dapat menanggalkan saki baki makanan. Pencuci keluli tahan karat berkualiti yang disyorkan akan lebih menjadikan tugas mencuci bertambah mudah.
Teman Anda Di Dapur untuk 20 Tahun Lagi!
Temui keseronokan memasak melalui COOKLINE X!