Bagi tahun-tahun kebelakangan ini, penjagaan kebersihan yang baik adalah amat penting demi melindungi kesihatan anda selain bagi memenuhi tahap sosial bagi kebersihan dan penampilan peribadi. Ia meliputi pengekalan kebersihan dan kesihatan bahagian luaran tubuh anda, dan ia adalah salah satu cara terbaik untuk melindungi diri daripada penyakit berjangkit serta virus bawaan udara seperti COVID-19, selesema, dll. Tiada syarat tertentu bagi mengekalkan kebersihan tubuh anda atau seberapa kerap anda perlu mandi. Namun, membersihkan tubuh anda akan membantu penyingkiran kotoran, alergen, sel kulit mati, bakteria dan pelbagai perengsa yang terkumpul pada kulit ketika anda ke sana sini saban hari, yang mungkin menyebabkan bermacam-macam masalah kulit.
Bilakah masa terbaik untuk mandi?
Masa yang betul untuk membersihkan diri telah menjadi topik perdebatan sejak sekian lama. Mungkin ada yang gemarkan kesegaran yang dirasai dengan mandian pancuran hujan di pagi hari bagi memulakan hari. Sebahagian yang lain mungkin memilih untuk berendam di dalam tab mandi pada malam hari untuk melegakan tubuh selepas kepenatan bekerja seharian, selain menolong untuk menghilangkan kotoran, kuman dan bakteria yang terkumpul ketika di luar!
Meskipun pakar tidur mengatakan bahawa terdapat bukti yang mendapati mandi dengan suhu air yang tepat di waktu malam boleh menolong seseorang itu tidur dengan lebih nyenyak, sementara mandi di waktu pagi boleh menolong untuk menyegarkan anggota tubuh, namun pakar dermatologi pula berpendapat bahawa kebersihan kulit bergantung kepada BILA anda mandi. Akhirnya, sebenarnya ia lebih bergantung kepada pilihan peribadi anda sendiri berbanding kajian saintifik.
Panduan "BAGAIMANA untuk Mandi" demi Kulit Yang Sihat
Kurangkan haba
Air yang panas terasa selesa di kulit pada hari yang dingin, tetapi ia boleh menyebabkan kulit anda menjadi kering dan gatal. Bagi golongan tertentu, terutamanya mereka yang mengalami kondisi kulit seperti ekzema, pendedahan jangka panjang kepada air yang panas boleh memudaratkan kulit.
Jangan berlama-lama
Terlalu lama mandi pancuran atau berendam boleh mengeringkan kulit anda. Dan jika anda mandi menggunakan pancuran hujan dengan pantas maka anda akan menolong bumi untuk menjimatkan penggunaan air dan tenaga dengan tempoh mandian yang singkat.
Elakkan wangian
Haruman boleh menarik lembapan daripada kulit. Sama ada kulit anda mudah terengsa ataupun tidak, penggunaan produk dengan "pencuci lembut" atau "kulit sensitif" pada label adalah pilihan yang lebih baik.
Fokus pada bahagian yang berbau dan kotor
Secara umummnya, bahagian penting yang perlu dibersihkan adalah muka, celah lengan, celah paha dan kaki.
Jangan abaikan penjagaan selepas mandi
Selepas mandi, keringkan tubuh anda dan jangan lupa untuk melembapkan kulit anda dengan sapuan, losyen atau krim ketika kulit anda masih lagi lembap bagi mengekalkan pelindung tubuh yang sihat.
Apakah yang Anda Gunakan Untuk Membersihkan Tubuh Anda? Gunakanlah PurelyZ!
Bagaimana anda membersihkan tubuh sama pentingnya dengan apakah produk yang anda aplikasikan untuk membersihkan tubuh. Mandi membantu untuk membersihkan kulit, menanggalkan sel kulit mati, membersihkan pori-pori, dll, tidak kira malam atau siang. Namun, jika anda menggunakan produk yang salah, ia mungkin akan mengganggu kulit anda serta mensia-siakan tujuan membersihkan diri tersebut!
Sepertimana yang tertera pada namanya, PurelyZ Antibacterial Body Wash diformulasi istimewa bagi membasmi 99.99% kuman dan bakteria berbahaya, serta melindungi kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Walaupun ia kejam terhadap bakteria, namun ia lembut pada kulit dengan formulasi mesra kulitnya. Ia diperkayakan dengan ekstrak halia bagi menolong pengekalkan kulit yang anjal, muda dan sihat. Ia turut mengandungi ekstrak aloe vera dan vitamin E bagi menolong untuk melegakan dan melembapkan kulit serta menawarkan penghidratan mendalam kepada kulit dengan pelembap semula jadi daripada bijian jagung. Gunakanlah setiap hari untuk sesi mandian yang menyenangkan!