Tiada yang lebih mengganggu berbanding situasi sebegini… Ketika anda sedang melegakan keletihan tubuh seharian dengan mandian hujan, tiba-tiba anda dapati kaki anda telah terendam di dalam beberapa inci air yang bertakung atau sinki anda bukan lagi dipenuhi air, tetapi sisa makanan. Mungkin juga berlaku, sisa air sabun daripada mesin cuci anda tidak dapat mengalir masuk ke dalam lubang saluran lantai. Apa jua situasi, yang pasti: sumbatan saluran adalah masalah yang amat besar.
Tetapi ia bukan bermakna anda perlu segera menghubungi tukang paip. Di sini dikongsikan beberapa panduan untuk mengatasi masalah tersebut secara DIY (Do-It-Yourself ~ Lakukan Sendiri) tanpa bantuan si tukang paip.
Apakah Penyebab Sumbatan?
Mula-mula sekali, anda perlu mengenalpasti penyebab masalah sumbatan. Saluran lantai mandian hujan seringkali tersumbat disebabkan oleh gumpalan rambut, kotoran, gris dan/atau sabun. Selain menyekat kotoran, rambut juga akan membaluti bahagian-bahagian di dalam saluran lalu menyebabkan sumbatan sukar mengalir bersama air. Jika ahli keluarga anda memiliki rambut panjang, besar kemungkinan rambut akan berakhir di dalam sistem saluran.
Penyebab Biasa Saluran & Sinki Tersumbat di Rumah
Sinki Bilik Mandi
Sumbatan sebegini boleh disebabkan oleh pelbagai punca seperti rambut, ubat gigi mengeras atau guguran cukuran janggut.
Saluran Tab Mandi dan Mandian Hujan
Punca utama penyebab sumbatan adalah rambut. Rambut cenderung tersangkut pada penutup saluran air dan juga menyusup masuk ke dalam saluran lalu terperangkap jauh di dalam saluran paip.
Sinki Dapur / Pelupus Sampah
Penyebab sumbatan pada sinki dapur adalah gris dan sisa makanan. Oleh itu, penting sekali untuk mengikis sisa makanan pada pinggan mangkuk ke dalam tong sampah sebelum dicuci.
Cara-cara Membersihkan Sumbatan
Terdapat pelbagai cara untuk mengatasi masalah sumbatan namun bukan semuanya sama berkesan.
1. Tuang air mendidih ke dalam saluran.
Cara ini mungkin tidak berhasil, terutama sekali jika anda menghadapi masalah sumbatan yang teruk dengan gumpalan ketulan rambut dan ia telah termendap lama.
2. Guna pelocok.
Cara ini baik untuk sumbatan yang sedikit. Mungkin memerlukan penggunaan gerakan otot yang bersungguh-sungguh.
3. Guna soda penaik dan cuka.
Walaupun cara ini dipilih kerana mesra alam dan tidak merosakkan paip plastik, ia tidak begitu berkesan untuk mengurai sumbatan yang degil.
4. Guna cangkuk.
Ia adalah cara hebat untuk masalah sumbatan yang disebabkan oleh sesuatu objek atau rambut, tetapi tidak berkesan bagi sumbatan yang disebabkan oleh gumpalan enap cemar.
5. Guna bahan kimia.
Jangan mudah memilih untuk menggunakan bahan kimia kerana ia akan merosakkan paip saluran, terutamanya jika cara ini dilakukan berulang-kali.
GobblerZ – Penyelesaian terbaik bagi menangani masalah saluran / sinki tersumbat
Daripada mencuba ini dan itu, di sini disediakan penyelesaian terbaik untuk membersihkan sebarang sumbatan. Simpanlah satu atau dua kotak GobblerZ – setiap kotak mengandungi 3 pek individu 200 g setiap satu sacet untuk keperluan kecemasan. Ia mudah digunakan dan ia sungguh efektif.
GobblerZ diperbuat daripada formulasi mesra alam. Produk yang lebih selamat berbanding bahan kimia cecair yang bertoksik dan berbahaya untuk saluran. Ia juga tidak akan menjejaskan paip anda. Selamat pada semua jenis sistem paip. Produk yang bertindak pantas ini berupaya mengatasi paip tersumbat anda dan bertindak dengan berkesan untuk membersih dan mengurai sumbatan rambut yang degil. Diperbuat daripada serbuk, GobblerZ bagus untuk menyingkirkan gris dan minyak yang menyelaputi paip yang cenderung memerangkap rambut.
Dapatkan satu pada hari ini, bersiap sedia bagi menghadapi masalah sumbatan yang tiba-tiba berlaku tanpa perlu memeningkan kepala anda.