Bagaimana Mahu Berjaya di dalam Norma Baharu MLM
  • 3363
  • 0
  • 0

Menjual bukanlah tugas yang mudah.  Inikan pula ketika pandemik melanda, menjual menjadi semakin mencabar.  Namun, masih ramai usahawan MLM yang berterusan mempersembahkan prestasi yang cemerlang serta menikmati pendapatan lumayan meskipun ketika krisis pandemik.  Apakah agaknya rahsia kejayaan mereka?  Mari kita terokai… 

 

 

 

Sesuaikan situasi dengan model perniagaan kita

Akibat kemerosotan ekonomi yang disebabkan oleh pandemik, ramai telah kehilangan punca pendapatan atau terpaksa redha untuk bekerja dengan potongan gaji. Dengan kesedaran terhadap keperluan pendapatan tambahan, maka ramai yang memilih untuk menjalankan perniagaan MLM. Industri ini memberi sinar harapan buat ramai sebagai satu platform dan pilihan bagi mereka yang terjejas kewangannya akibat pandemik. Kini masanya untuk anda memperkenalkan peluang perniagaan ZHULIAN. Para usahawan MLM yang berupaya memulakan langkah dengan pantas untuk meningkatkan penajaan ahli-ahli baru akan berpeluang untuk terus maju dalam kerjaya ini.

 

Gunapakai alat perniagaan digital

Para usahawan MLM yang luar biasa bijak memanfaatkan teknologi untuk menjangkau lebih ramai prospek.  Pada masa yang penuh dugaan kini, penganjuran program ‘home party’ atau kunjungan rumah ke rumah untuk berinteraksi secara bersemuka adalah satu cabaran.  Dengan digitalisasi, maka kuranglah keperluan terhadap perhubungan sesama individu.  Jika dahulu anda hanya berupaya mengunjungi beberapa orang prospek atau pelanggan sehari, kini anda boleh menjangkau sehingga ratusan orang di dalam jaringan melalui alat media sosial online.  Apa yang anda perlu buat adalah meningkatkan pengetahuan produk anda, kemahiran menjual serta pengetahuan digital bagi menjalankan sesi FB Live, perjumpaan ZOOM atau webinar.

 

 

Rebut peluang daripada situasi semasa

Senarai keutamaan para pelanggan atau prospek anda mungkin berubah sepanjang 2 tahun kebelakangan ini dengan adanya ancaman pandemik. Keperluan para pelanggan anda sebelum pandemik berlaku mungkin tidak lagi menjadi keutamaan mereka sekarang. Kesan positif daripada pandemik ini membuatkan ramai menyedari pentingnya kesihatan. Anda boleh merebut peluang keemasan ini untuk mewar-warkan konsep ‘mencegah lebih baik daripada mengubati’ melalui pelbagai pilihan produk suplemen kesihatan dan nutrisi kami.

 

Tambahkan satu lagi saluran perniagaan dengan menggunakan platform e-dagang

Selain membuat pembelian melalui Ejen, menjual produk-produk ZHULIAN melalui platform e-dagang ZHULIAN menjadikan urusan lebih mudah kerana anda boleh membina perniagaan dan menjana pendapatan di rumah, tanpa perlu memikirkan urusan penghantaran pesanan kepada downline anda. Seterusnya, anda juga tidak perlu menyimpan stok kerana para downline anda dapat membeli secara langsung dari zhulian.com.my dan pada masa  yang sama, anda masih lagi dapat menikmati komisyen. Sungguh mudah!

 

Kekalkan jalinan hubungan sesama para downline, pelanggan dan prospek

Sekiranya anda tidak biasa menghubungi downline dan pelanggan melalui emel atau mesej telefon, lakukan sekarang. Matlamat anda seharusnya adalah mengekalkan hubungan yang baik dengan mereka serta menyediakan maklumat yang berkenaan buat mereka, dan juga untuk mengingatkan mereka bahawa anda masih lagi aktif menjalankan perniagaan ini. Anda boleh memberikan maklumat mengenai promosi terkini, tawaran istimewa atau produk baru. Anda juga boleh berkongsi dengan mereka 'post' mengenai aktiviti perniagaan anda atau 'post' produk daripada laman Facebook ZHULIAN. Gambar produk-produk terbaru anda, gambar-gambar kegigihan kumpulan anda, atau gambar-gambar Pengedar yang bersemangat atau testimoni produk mungkin dapat membantu untuk mempromosikan perniagaan anda dan melonjakkan lagi jualan anda.

 

Penjualan secara maya adalah tren terkini!

Anda perlu menggilap kemahiran anda untuk menjual secara maya. Jadikan sebahagian daripada rutin anda untuk bercakap mengenai produk anda atau mungkin juga melakukan demo produk secara penstriman langsung (live streaming). Kemahiran sebegini bukan sahaja memberi manfaat pada masa sekarang, tetapi ia juga akan memberi manfaat jangka panjang kerana situasi kini akan berlanjutan menjadi situasi norma baharu di masa depan.

 

Menerima perubahan demi mengembangkan perniagaan

Norma baharu ini telah menyedarkan ramai bahawa kita perlu melakukan perubahan dan menyesuaikan diri dengan pantas untuk tampil lebih kuat dari sebelumnya. Sekarang adalah masanya untuk semua usahawan berubah serta mendefinisikan semula tujuan dan matlamat demi memacu ke arah kecemerlangan. Tiada formula ajaib untuk menjadi seorang usahawan berjaya. Tetapi, kejayaan perniagaan di dalam norma baharu ini memerlukan kerja keras dan bergantung kepada kesanggupan dan keupayaan anda untuk terus belajar dan menyesuaikan diri terhadap perubahan baru.

 

 “Perubahan seharusnya menjadi sesuatu yang perlu kita budayakan sebagai norma baharu kehidupan.”

 

Comments (0)