Bagaimana Meningkatkan Kualiti Udara Dalaman Di Kediaman Anda?
  • 2268
  • 0
  • 0

Kualiti Udara Dalaman / Indoor Air Quality (IAQ) merujuk kepada kualiti udara di dalam dan di sekeliling bangunan dan strukturnya, terutamanya yang berkaitan kesihatan dan keselesaan penghuni bangunan tersebut. Pada masa ini, ia amat memberikan impak terhadap kesihatan dan keselesaan anda dan seisi keluarga yang sering menghabiskan sebahagian besar masa di rumah.

 

Apabila berada lama di dalam rumah dengan kualiti udara yang tidak baik, lama-kelamaan kesihatan anda sekeluarga akan mulai terjejas, bahkan produktiviti kerja atau aktiviti harian akan turut merosot. Kesan yang lebih teruk akan dialami oleh mereka yang lebih berusia, wanita hamil, bayi/kanak-kanak serta mereka yang mempunyai tahap kesihatan yang lemah…

 

Ikutilah antara panduan berikut demi manfaat anda dan keluarga

 

Tingkatkan Pengudaraan

  • Buka semua tingkap, gunakan kipas angin dan biarkan udara segar memasuki kediaman anda.

  • Letakkan tumbuh-tumbuhan yang selamat untuk meningkatkan pembebasan oksigen di dalam rumah anda.



 

Singkirkan Punca Pencemaran

  • Less is more. Elakkan penggunaan perhiasan atau karpet yang boleh memerangkap habuk.

  • Jika anda mempunyai haiwan peliharaan, pastikan ia sentiasa bersih dan tempat tidur, peralatan mainan dan makanannya juga harus bersih.

  • Jangan menggunakan cat dinding bertoksik.

  • Jangan merokok di dalam rumah.



 

Gunakan Produk-produk Yang Selamat

  • Gunakan bahan-bahan pencuci yang mesra-alam dan tidak toksik untuk membersihkan kediaman anda.



 

Gunalah Beyond Microplasma Air Purifier

Beyond Microplasma Air Purifier adalah sistem penulenan udara yang berupaya menyingkirkan asap tembakau, debunga, kulapuk, bakteria, bau, bahan kimia, mikroorganisma dan pelbagai pencemar sekecil 0.3 mikron.



 

      1. PRA-PENAPIS BOLEH CUCI - Menapis zarahan pencemar yang lebih besar seperti debu, habuk, bebulu haiwan dll.

      2. PENAPIS NANO PERAK DENGAN TINDAKAN PENSTERILAN-SENDIRI DAN TITANIUM DIOKSIDA - Menyingkirkan bakteria, virus dll yang telah ditapis.

      3. PENAPIS KARBON BERGRANUL TERAKTIF - Menyahbau dan menapis zarahan bersaiz mikro.

      4. PENAPIS TRUE-HEPA (High Efficiency Particulate Arrestance) - Menapis zarahan mikro sekecil 0.3 mikron seperti asap, debu, debunga, alergen dsb.



Bagaimana Penjana Ion Mikroplasma Beyond membasmi bakteria, kuman dan virus?

 

Apabila berada lama di dalam rumah dengan kualiti udara yang tidak baik, lama-kelamaan kesihatan anda sekeluarga akan mulai terjejas, bahkan produktiviti kerja atau aktiviti harian akan turut merosot. Kesan yang lebih teruk akan dialami oleh mereka yang lebih berusia, wanita hamil, bayi/kanak-kanak serta mereka yang mempunyai tahap kesihatan yang lemah…

 

 

 

Hirup udara bersih, segar dan selamat di dalam kediaman anda!


Comments (0)