Bagaimana untuk Kelihatan LEBIH MUDA berbanding Usia Anda yang Sebenar!
  • 1831
  • 0
  • 0

Penuaan adalah suatu proses yang kita menerimanya secara intelek tetapi menentangnya secara emosi. Walaupun kita memperolehi kebijaksanaan yang hadir seiring usia, namun ramai di antara kita tidak menyukai apa yang usia itu lakukan terhadap kesihatan dan penampilan kita. Yang mendukacitakan, kita tidak mungkin dapat memutarkan kembali waktu mahupun membekukan masa. Hanya satu yang dapat kita lakukan iaitu mengikut arus perubahan tersebut dan melakukan sesuatu untuk sekadar mengawal perubahan pada tubuh kita sedaya mungkin.

Adakah anda ingin kelihatan secantik yang mungkin untuk tempoh selama yang mungkin? Di sini adanya beberapa petua untuk menampilkan diri yang lebih muda berbanding usia sebenar, bukan hanya untuk kelihatan muda, tetapi untuk rasa seakan muda.

 

 

 

Teliti Apa Yang Anda Makan

Kita seringkali mendengarnya iaitu anda adalah apa yang anda makan. Anda seharusnya mengamalkan pemakanan berkhasiat yang menyihatkan. Pemakanan bernutrisi yang elok adalah kunci untuk kelihatan terbaik dan menikmati kehidupan yang sihat berpanjangan. Sekiranya anda berlapar secara sengaja untuk mengurangkan berat tubuh bagi kelihatan lebih muda, maka besar kemungkinannya anda akan gagal. Nasihat kami, makanlah secara bersederhana untuk mendapatkan khasiat yang seimbang sambil menguruskan berat tubuh anda dengan senaman yang teratur dan suplemen yang baik.

 

 


 

Singkirkan Berat Berlebihan

Jika anda jelas kelihatan mempunyai berat berlebihan, maka mengurangkan berat badan adalah pilihan sihat untuk anda mempunyai potongan badan yang lebih muda dan langsing. Berat berlebihan sebenarnya menunjukkan usia anda, kerana ia adalah tanda jelas metabolisme tubuh anda semakin menurun. Tangani kesan penuaan daripada berat berlebihan ini dengan menyingkirkan sedikit demi sedikit berat badan anda dan melakukan senaman bagi memejalkan otot anda. Jangan sekali-kali menurunkan berat badan terlalu banyak dalam tempoh terlalu singkat, atau anda akan menghadapi masalah kedutan tambahan pula. 

 

Bersenam Secara Berkala untuk Memperbaiki Bentuk Tubuh dan Kepejalan Otot

Bersenam secara teratur dapat menolong anda membentuk otot yang lebih kuat, mencegah penyakit kronik dan menjadikan pakaian terletak lebih cantik di tubuh anda. Jumlah senaman yang sederhana pun akan dapat mengurangkan beberapa tahun daripada penampilan anda. 
 

 

Kekalkan Penghidratan Dalaman dan Luaran Kulit Anda

Minum lebih banyak air! Air membantu penyingkiran toksin daripada tubuh dan memainkan peranan penting bagi mengekalkan kulit yang sihat dan muda. Selain itu, kekalkan penghidratan dalaman kulit anda dengan menggunakan pelembap kerana kulit yang kering akan menua dengan lebih pantas.  

 

Kekalkan Kesihatan Kulit Anda dan Elakkan Sinar Matahari yang Berbahaya

Lindungilah kulit anda daripada sinaran UVA / UVB yang berbahaya terhadap kulit kerana ia menolong proses penuaan dengan memecahkan kolagen. Oleh itu, pastikan anda mengambil suplemen kolagen bagi mengekalkan kemudaan dan kesihatan kulit  serta memakai losyen pelindung suria sekurang-kurangnya satu jam sebelum anda melangkah ke luar. 

 

Rapikan Diri Anda

Menukar gaya dan warna rambut serta menukar gaya berpakaian mungkin akan memberikan penampilan yang lebih muda. Jika anda ingin kelihatan lebih muda, sama ada di rumah ataupun ketika di luar, tatariaskan wajah anda secara sederhana.  

 

Dapatkan Tidur Secukupnya, Berehatlah Apabila Terasa Letih

Tidur dan rehat adalah cara bagi tubuh untuk mengecas semula sistemnya. Ia mempunyai kesan bermanfaat dengan mengurangkan masa tindakbalas terhadap hal-hal seharian dan menolong anda mencegah penyakit berkaitan usia.  Tidur juga adalah pencegah stres yang bagus, iaitu satu lagi faktor proses penuaan.  

 

Hilangkan Stres untuk Mengawal Peningkatan Usia

Stres yang tidak terurus dan kronik mengkucar-kacirkan tubuh anda dan menjadikannya tua sebelum masa.  Ia telah dikaitkan dengan tekanan darah tinggi, penyakit, jantung, obesiti dan radang kulit. Stres juga telah menunjukkan menyekat sistem imun kita, lalu menjadikan kita lebih terdedah kepada kesakitan dan penyakit. Apa jua yang anda lakukan untuk menghilangkan stres akan meninggalkan kesan yang positif terhadap penampilan dan bagaimana anda rasa dengan peningkatan usia.  

 

Otak Anda: Gunakan Sebaiknya

Kita tidak seharusnya hanya mengekalkan tubuh yang muda, bahkan kita juga perlu mengekalkan minda yang peka dan aktif. Sebarang aktiviti yang dapat menstimulasi minda secara berterusan dan membolehkan anda sentiasa belajar perkara baru adalah bermanfaat untuk mengekalkan otak yang aktif. Sukar untuk kekal kelihatan muda jika anda seolah-olah masih berada di abad yang lalu dan tidak mengambil tahu tentang dunia moden yang baru pada hari ini.  

 

Belajar Memupuk Sikap yang Positif dan Senyum-senyumlah Selalu 

Cara anda berfikir membiaskan penampilan anda. Mengerutkan dahi akan membuatkan anda berkedut lebih pantas berbanding mengukirkan senyuman, dan menjadikan anda kelihatan kurang menarik. Senyum-senyum selalu, bergembiralah dan nikmatilah kehidupan ini sepenuhnya…Senyuman yang dikuntum akan memadamkan beberapa tahun daripada usia anda.  Jangan lupa untuk mengekalkan penjagaan gigi yang sihat dan nafas yang segar untuk anda mengukirkan senyuman berseri dan yakin sentiasa! 

Comments (0)