Beras Yis Merah ~ Penawar semula jadi bagi merendahkan kolesterol!
  • 4166
  • 0
  • 0

 

Sekiranya keputusan pemeriksaan perubatan menunjukkan LDL (kolesterol tidak baik) anda adalah melebihi tahap normal, apakah yang perlu dilakukan?  Anda semestinya sedia maklum, kolesterol yang tinggi berkemungkinan meningkatkan risiko anda terhadap serangan jantung dan strok.  Jika anda mencari alternatif semula jadi, kini terdapat produk semula jadi yang dapat menolong menurunkan kolesterol - Beras Yis Merah.

 

 

RYR telah digunakan sekian kurun di China sebagai makanan dan juga ubat.  Ia diperbuat daripada penapaian sejenis yis yang dikenali sebagai Monascus Purpureus di atas beras merah.  RYR mengandungi sebatian yang dikenali sebagai monacolin K, yang menyediakan kesan seakan ubat statin yang dipreskripsikan - menghentikan tindakan enzim di dalam tubuh yang menolong pembentukan kolesterol.  

 

 

 

Terbukti Secara Klinikal oleh Kajian Saintifik

Satu kajian telah dijalankan di UCLA School of Medicine melibatkan 83 orang dengan tahap kolesterol tinggi.  Mereka yang mengamalkan RYR melebihi tempoh 12 minggu telah merendahkan jumlah tahap kolesterol, LDL dan trigliserida berbanding mereka yang mengambil plasebo.  Tahap HDL tidak berubah bagi kedua-dua kumpulan. 

 

 

Merendahkan Kolesterol Secara Semula Jadi

Sebuah kajian yang dibentangkan kepada Persatuan Jantung Amerika menunjukkan RYR merendahkan kolesterol LDL. Di dalam kajian tersebut, 187 orang mempunyai tahap jumlah kolesterol dan LDL sederhana ke sederhana tinggi. Kajian menunjukkan dengan pengambilan beras yis merah dapat merendahkan jumlah kolesterol sehingga lebih 16%, LDL sehingga 21% dan trigliserida sehingga 24%. HDL juga meningkat sehingga 14%. Di dalam sebuah kajian 8-minggu yang lain ke atas 446 orang dengan kolesterol tinggi, mereka yang mengambil RYR mendapat penurunan tahap kolesterol berbanding mereka yang mengamalkan plasebo. Jumlah kolesterol menurun sehingga 22.7%, LDL sehingga 31% dan trigliserida sehingga 34% di dalam kumpulan beras yis merah. HDL meningkat sehingga 20% juga di dalam kumpulan beras yis merah.

 

 

Berkesan Menurunkan Tahap Kolesterol Tanpa Kesan Sampingan Statin

RYR mengandungi monacolin K hanya dalam jumlah yang kecil dan selamat di mana kesan merendahkan kolesterolnya turut dirangsang oleh sebatian lain di dalam RYR, termasuklah sterol tumbuhan, asid lemak mono tak tepu, antioksidan dan isoflavon.  Oleh itu, ia tidak mempunyai kesan sampingan statin seperti kesakitan otot, kehilangan memori, kelesuan tidak menentu, kekebasan anggota tubuh dll.

 

 

GreenLex MonaCol

Formulasi GreenLex MonaCol terdiri daripada beras yis merah yang diperbuat daripada yis (Semen Monascus Purpureus) yang tumbuh pada beras. Beras yis merah merupakan suplemen tradisional Cina yang dimakan bagi meningkatkan tahap kesihatan tubuh. Secara semula jadinya, ia mengandungi beberapa sebatian yang dikenali sebagai monakolin, yang baik untuk tubuh badan.

 

Comments (0)