Tidur adalah penting agar tubuh anda dapat berfungsi dengan optimum dan mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan yang cemerlang sepanjang hayat anda. Tidur juga penting bagi proses-proses di otak dan tubuh anda. Lihatlah tip-tip mudah berikut untuk tidur malam yang sewajarnya...
Kitaran Tidur-Jaga Semula Jadi
Cuba tidur dan bangun tidur pada masa yang sama setiap hari – walaupun di hujung minggu.
Pencahayaan Semula Jadi
Melatonin adalah hormon yang wujud semula jadi bagi menolong anda mengawalatur kitaran tidur-jaga anda. Otak anda merembeskan lebih melatonin dalam keadaan gelap, lantas anda rasa mengantuk dan merembeskan kurang melatonin dalam persekitaran cerah yang membuatkan anda lebih peka. Elakkan juga cahaya terang daripada telefon pintar, iPad, televisyen anda, dll dalam 1-2 jam sebelum waktu tidur anda.
Bergerak Aktif Di Siang Hari
Bersenam secara teratur membantu anda tidur malam dengan lebih baik; kurang mengantuk di siang hari; memperbaiki simptom insomnia dan apnea tidur; meningkatkan tempoh tidur mendalam di peringkat pemulihan. Bersenam mempercepatkan metabolisme, meningkatkan suhu tubuh, dan menstimulasi hormon seperti kortisol. Jangan bersenam terlalu hampir dengan waktu tidur anda.
Tenangkan Minda
Anda akan dapat tidur lebih nyenyak dengan belajar menguruskan masa, menangani tekanan secara produktif, dan mengekalkan pandangan yang tenang dan positif. Lihatlah kehidupan dari sudut yang lebih positif.
Teliti Pengambilan Makanan & Minuman
Hadkan pengambilan kafein dan nikotin (rokok) bagi mengelak gangguan tidur. Elakkan mengambil alkohol, hidangan makan yang besar atau terlalu banyak cecair terutamanya hampir dengan waktu tidur anda.
Persekitaran Tidur Mendamaikan
Hadkan bilik tidur anda hanya untuk berehat dan tidur. Kekalkan bilik anda dalam keadaan kelam, sejuk dan senyap bagi mengisyaratkan kepada otak anda bahawa sudah tiba masanya untuk mendapatkan tidur yang merehatkan.
Pastikan katil anda selesa
Sekiranya anda kerap bangun pagi dengan sakit di belakang badan atau lenguh di tengkuk, jelas sekali anda tidak tidur menggunakan kelengkapan tidur superior dari ZHULIAN ~ Lapik Tilam Terapiutik Bio-Ion, Bantal Saintifik dan Bantal Peluk Saintifik Contiago. Dapatkan set lengkap buat diri anda dan insan tersayang demi tidur yang dipertingkatkan dan berkualiti, setiap malam!