Berikan Manfaat Kesihatan Kepada Tubuh Melalui Air Yang Anda Minum
  • 2748
  • 0
  • 0

Semua sel dan organ tubuh memerlukan air untuk berfungsi dengan lancar. Air mengandungi sifar kalori dan tanpa nutrien organik namun ia penting bagi fungsi biologi tubuh. Tubuh berfungsi sepanjang hari, dan air sentiasa tersingkir atau lenyap daripada tubuh melalui aktiviti-aktiviti harian seperti perpeluhan dan pembuangan air kencing, bahkan ketika kita bernafas juga. Oleh itu, air perlu sentiasa diganti semula dan tabiat mudah tetapi penting seperti meminum air memberikan sumber terbaik cecair kepada tubuh.

 

Berikut adalah antara manfaat air kepada tubuh anda:

 

Melincirkan Sendi

Rawan yang terdapat pada sendi dan antara disk tulang belakang mengandungi kira-kira 80% air.

Kekurangan air jangka panjang boleh mengurangkan keupayaan tubuh menahan hentakan pada sendi lantas menyebabkan sakit-sakit sendi berlaku.

 

Membentuk Air Liur dan Mukus

Cecair menolong untuk mencerna makanan dan mengekalkan kelembapan mulut, hidung dan mata.

Air liur dan mukus mencegah geseran dan kerosakan.

Meminum air juga membantu untuk mengekalkan kebersihan mulut dan mengurangkan kerosakan gigi.

 

Merangsang Kesihatan dan Kecantikan Kulit

Kekurangan air akan menyebabkan kulit menjadi lemah, tidak bermaya dan kedutan pra-matang turut kelihatan.

 

Melindungi Otak, Tulang Belakang dan Tisu Sensitif Lain

Pendehidratan boleh menjejaskan struktur dan fungsi otak.

Ia juga melibatkan penghasilan hormon dan pengutus saraf. Bahkan, pendehidratan berpanjangan menjurus kepada gangguan pemikiran dan pertimbangan.

 

Mengawalatur Suhu Tubuh

Air yang tersimpan di lapisan tengah kulit akan meresap keluar daripada permukaan kulit sebagai air peluh.

Dan apabila air peluh ini tersejat, proses ini akan menyejukkan tubuh.

 

Melancarkan Sistem Pencernaan

Usus memerlukan air untuk berfungsi dengan lancar.

Pendehidratan boleh menyebabkan masalah pencernaan, sembelit, dan perut berasid.

 

Melancarkan Penyingkiran Bahan Buangan

Air diperlukan untuk proses perpeluhan dan penyingkiran air kencing dan tinja.

 

Mengawal Tekanan Darah

Kekurangan air menyebabkan darah semakin pekat lantas meningkatkan tekanan darah.

 

Melancarkan Laluan Udara

Ketika pendehirdatan, laluan udara disekat oleh tubuh bagi mengurangkan kehilangan air. Proses ini akan menjadikan masalah asthma dan alahan semakin teruk.

 

Memudahkan Pengedaran Mineral dan Nutrien

Mineral dan nutrien yang larut air dapat diedarkan ke seluruh bahagian tubuh.

 

Mencegah Kerosakan Buah Pinggang

Buah pinggang mengawalatur cecair tubuh. Kekurangan air menjurus kepada pembentukan batu ginjal dan lain-lain.

 

Merangsang Prestasi Semasa Bersenam

Ahli sains mencadangkan bahawa pengambilan lebih banyak air mungkin meningkatkan prestasi bagi aktiviti lasak.

 

Menurunkan Berat Badan

Air mungkin membantu penurunan berat bedan, berbanding pengambilan minuman manis. Meminum air sebelum menikmati hidangan makanan membantu untuk mengelakkan makan berlebihan dengan mewujudkan rasa kekenyangan.

 

 

 

Air minuman adalah cecair yang membawa setiap nutrien, mineral, vitamin, protein, hormon dan pengutus kimia ke pelbagai destinasi tubuh. Oleh itu, penting untuk anda meminum air yang bebas pencemar dan berkualiti seperti Air Hidup Semula Jadi Beyond Water! Air paip biasa mempunyai saiz gugusan air di antara 10-12 molekul, manakala Beyond Water mempunyai saiz gugusan yang lebih kecil di antara 4-5 molekul setiap gugusan. Saiz yang lebih kecil ini akan menyerap masuk ke dalam sel dan tisu tubuh dengan lebih baik, justeru memberikan manfaat lebih ketara dari segi penghidratan, juga membantu tubuh menguraikan serta menyingkirkan toksin yang terkumpul di dalamnya!

 

 

 

BEYOND WATER menawarkan air yang melalui pelbagai medium penapis di mana ia ditapis, ditulen dan diaktifkan ~ menghasilkan air minuman kaya oksigen, mineral dan mikronutrien yang baik untuk mengoptimumkan fungsian tubuh anda!


Comments (0)