BEYOND WATER Air Berkualiti untuk Kehidupan Sihat
  • 289
  • 0
  • 0

 

AIR = KEHIDUPAN

Air adalah elemen penting untuk kewujudan kehidupan. Air disingkirkan dari tubuh melalui air kencing dan perpeluhan, dan ia perlu ditambah kembali secara kerap. Tidak ramai orang yang minum air secukupnya lantas menyebabkan mereka terdehidrat, menunjukkan simptom seperti sakit kepala dan hilang daya tumpuan. Pendehidratan kronik boleh menjurus kepada beberapa masalah kesihatan termasuklah sembelit, kelesuan dan batu karang ginjal.

 

Hari ini, para pengguna semakin peka dan bimbang akan kualiti air yang diminum serta bagaimana ia bertindak sebagai komponen kritikal bagi menentukan kualiti kehidupan yang kita lalui. Memandangkan sehingga 70% tubuh manusia terdiri daripada air, maka jenis dan kualiti air yang kita minum adalah amat penting terhadap kesihatan kita.

 

 

BAHAYA MEMINUM AIR YANG TIDAK MENYIHATKAN LAGI TERCEMAR DARI PAIP

Di dalam alam semula jadi yang bersih, air semula jadi adalah aktif dan hidup. Namun, air yang diperolehi daripada paip amat mudah terkena pelbagai pencemar berbahaya. Pertimbangkan: Kita memaksa air melalui salur paip yang lurus dan sempit berbatu-batu panjangnya di mana boleh berlakunya pertambahan bakteria. Lalu, kita tambahkan klorin kepadanya, yang membunuh bakteria jahat dan juga bakteria baik, tetapi membiarkan sista kriptosporodium dan protozoa giardia. Sepanjang proses ini, tidak terkira banyaknya bahan kimia dan logam berat termasuklah toksin, bahan kimia industri dan pencemar berbahaya lain yang akan memasuki air tersebut melalui kebocoran atau cara lain yang menyebabkan keracunan plumbum dan pelbagai keadaan serius lain.

 

 

ANCAMAN BAHAYA MENANTI DI SEBALIK AIR MINUMAN ANDA

Sebelum air sampai ke paip pengguna, ia akan bersentuhan dengan bermacam-macam bahan, termasuklah jirim organik dan tak organik, bahan kimia dan pencemar berbahaya lain. Kebanyakan sistem air awam biasanya merawat air dengan klorin yang boleh mewujudkan hasil sampingan yang jelas membawa risiko kesihatan.

 

 

ADAKAH SEMUA SISTEM RAWATAN AIR MEMBERIKAN AIR MINUMAN YANG SELAMAT DAN BERKUALITI TINGGI?

Pada hari ini, rawatan air minuman di Titik-Kegunaan (Point-Of-Use) bukan lagi satu kemewahan tetapi ia adalah keperluan penting. Para pengguna semakin memikirkan tentang kualiti air yang diminum oleh mereka dan keluarga setiap hari, dengan memasang sistem air minuman yang diyakini memberikan air yang semula jadi, bersih dan lebih sihat. Namun begitu, kepentingan memilih sistem air yang betul demi kualiti air terbaik kekal menjadi cabaran sukar kepada ramai pengguna.

 

 

SISTEM PEMULIHAN AIR BIO-AKTIF YANG HEBAT!

BEYOND WATER dicipta daripada Teknologi Pemulihan Air yang paling maju pada hari ini. Lebih penting lagi, BEYOND WATER didedikasikan ke arah membekalkan para pengguna kualiti tertinggi Air Hidup Semula Jadi yang lazat, tulen dan teraktif. Prestasi yang hebat, tahan lasak dan berkecekapan tinggi BEYOND WATER memastikan Air Hidup Semula Jadi yang jernih, bersih dan berkualiti tinggi setiap kali anda perlukannya dengan jangka hayat kebuk penapis yang tahan lama yang boleh menapis, menulen, mengaktifkan dan memagnetkan isipadu air yang melebihi prestasi semua piawaian penapis lain! Kini, BEYOND WATER model generasi kedua yang berbentuk serba baru ini tersedia dengan ciri-ciri yang lebih dipertingkatkan untuk memberikan lebih banyak kebaikan termasuklah penggunaan Bebola Anti-Bakteria Nano Perak bergred terbaik lagi berkuasa yang meningkatkan penyingkiran mikroorganisma dan bakteria yang tidak dapat ditanding oleh sistem penapis dan penulenan lain. Model generasi kedua ini juga mempunyai medium penapisan baru - Bebola Seramik Alkali Kalsium untuk menggalakkan prestasi handalan sistem pemulihan air bio-aktif berteknologi tinggi dan meningkatkan kualiti unik Air Hidup Semula Jadi.

 

Keupayaan unik dan terbukti SISTEM PEMULIHAN AIR BIO-AKTIF BEYOND WATER membenarkannya menghasilkan Air Hidup Semula Jadi berkualiti tertinggi yang tidak sama seperti air yang dihasilkan oleh sistem air pesaing-pesaing lain. Air Hidup Semula Jadi mengandungi ciri-ciri unik yang menjadikannya air minuman ideal bagi menyuburkan tubuh yang sihat dan meningkatkan tahap kecerdasan dan tenaga harian.

 

Ciri-ciri Unik dan Kebaikan Air Hidup Semula Jadi: 

• Ia merupakan Air Hidup Semula Jadi.

• Ia terdiri daripada gugusan air mikro

   (4-5 molekul setiap gugusan berbanding 10-12 molekul air paip biasa).

• Ia membantu meningkatkan penyesuaian sel terhadap stres dan persekitaran bertekanan.

• Ia kaya mineral semula jadi.

• Ia membantu meningkatkan kapasiti pembawaan oksigen.

• Ia memberikan sifat antioksida yang dipertingkatkan.

• Ia membantu menggalakkan penyingkiran bahan buangan sel dengan cekap.

• Gugusan-mikro molekul air membantu meningkatkan fungsi sel.

• Ia membantu mengimbangkan pH tubuh.

• Ia merupakan air yang paling hampir dengan air di dalam tubuh manusia.

• Ia membantu penyerapan nutrien dengan lebih baik.

• Ia memperbaiki dan meningkatkan rasa makanan dan minuman secara amnya.

 

 

 

 

Comments (0)