Bolehkah KOLOSTRUM meningkatkan IMUN anda?
  • 9276
  • 1
  • 0

Kolostrum adalah cecair kaya nutrien yang dirembeskan daripada payu dara wanita atau mamalia betina sejurus selepas melahirkan, dan ia sarat dengan faktor imun dan faktor pertumbuhan.  Kolostrum menolong perkembangan sistem imun anak yang baru dilahirkan.  Ia mengandungi sejumlah besar komponen pelengkap yang bertindak sebagai agen anti-mikrob semula jadi bagi menstimulasi kematangan sistem imun bayi secara aktif.

 

Bolehkah MANUSIA mengambil kolostrum BOVIN (LEMBU)?

Oleh kerana kolostrum manusia terhasil dalam kuantiti yang sedikit sahaja, alternatif terbaik adalah mengambil kolostrum bovin (lembu) yang menyerupai kolostrum manusia kerana ia juga kaya vitamin, mineral, karbohidrat dan protein spesifik (antibodi, yang melawan agen penyebab penyakit).  Bahkan kolostrum bovin didapati memiliki faktor penggalak imun yang lebih tinggi berbanding kolostrum manusia.  Selain itu, tahap antibodi kolostrum bovin adalah 100 kali lebih tinggi berbanding susu lembu biasa.  

Apakah PRP?

Polipeptida Kaya-Prolin (PRP) telah dikaji meluas kerana kesan hebat modulasi imunnya yang pelbagai.  PRP telah menunjukkan keupayaan melawan banyak jenis jangkitan serta membantu penyakit autoimun seperti alahan dan lelah – lantas memudahkan modulasi dan toleransi sistem imun kita.

 


Secara asasnya, kita mengambil kolostrum kerana ia mengandungi antibodi (Imunoglobulin) yang dapat melindungi tubuh daripada bakteria, kulat, kulapuk dan virus, dll.  Kolostrum juga diambil bagi merangsang sistem imun tubuh.  Kandungan Polipeptida Kaya-Prolin (PRP) yang terdapat di dalam kolostrum bertindak menstimulasi sistem imun yang lemah dan membantu untuk mengeimbangkan kembali sistem imun yang terlampau aktif.  Dan, memandangkan PRP tidak spesifik kepada spesis tertentu maka PRP daripada bovin (lembu) membawa manfaat kepada semua mamalia, termasuklah manusia.   Jadi, bolehkah manusia mengambil kolostrum bovin?  Boleh! 

 

 

Sesungguhnya KOLOSTRUM memiliki PELBAGAI KELEBIHAN.  Antaranya...

 

Mencegah alahan dan jangkitan

– menolong untuk mencegah jangkitan di saluran gastrousus.                                                                                                                                                                                      

 

 

 

 

 

         

Menguatkan perut

– mengandungi antibodi dan laktoferin yang menolong untuk menguatkan dan menyembuh lapisan gastrousus. Ia juga mencegah keadaan dikenali sebagai sindrom usus bocor.

 

 

 

 

 

                   
                   
 

  

Merangsang metabolisme

– menolong untuk memperbaiki enzim hati dan toleransi glukosa sambil mengekalkan kadar metabolisme ke tahap normal.

 

 

     
                   
   

Melegakan keradangan

– mengandungi tinggi Polipeptida Kaya-Prolin yang membantu untuk mengembalikan fungsi sel yang seimbang.

 

 

 

ZHULIAN mempunyai produk berasaskan kebaikan kolostrum iaitu Campuran Susu Skim Dan Kolostrum COLOSKIM.  Dapatkan maklumat lanjut mengenai COLOSKIM di: http://www.zhulian.com.my/campuran-susu-skim-dan-kolostrum-coloskim

 

 

 

Comments (0)