Sepertimana kebanyakan perniagaan, pemasaran berbilang tingkat (MLM) melibatkan penjualan produk atau perkhidmatan anda. Namun, kelebihan lain perniagaan sebegini adalah anda dapat mengajak orang ramai menyertai anda dan pada masa yang sama menolong mereka mengembangkan perniagaan mereka sambil turut mengembangkan perniagaan anda sendiri. Dan, ketika mereka menjual produk serta memperolehi pendapatan, anda juga dapat menikmati keuntungan atas jualan mereka.
Dalam perniagaan MLM, sesungguhnya rangkaian perniagaan yang meluas dan mendalam adalah penting bag memajukan perniagaan anda. Sekiranya anda masih mencari bagaimana membina atau mengukuhkan rangkaian anda, maka panduan berikut pasti boleh membantu anda.
1. Bukan semua Downline anda berminat menjalankan perniagaan
Realitinya bukan semua yang menjadi ZBO adalah serius dalam menjalankan perniagaan ini. Sebahagiannya hanya mahukan diskaun melalui Harga Pengedar. Anda sepatutnya bersyukur kerana sekurang-kurangnya mereka mahu menjadi pelanggan, lantas jangan dipaksa melakukan perniagaan yang mereka tidak mahu lakukan. Bezakanlah antara yang bersungguh-sungguh dengan yang tidak berminat supaya lebih mudah untuk anda merencanakan tindakan seterusnya. Jangan membuang masa ke atas mereka yang tidak berminat untuk membuat jualan.
2. Jangan mendesak
Cuba gunakan strategi tarikan dan bukannya strategi tolakan. Fahami titik keluhan mereka serta tujuan mereka dengan bertanyakan soalan yang betul bagi menarik minat mereka dan bukannya menekan mereka dengan pendapat anda. Anda boleh bertanyakan soalan-soalan seperti berikut untuk memahami mereka:
• Mengapakah anda mendaftar sebagai ahli?
• Apakah yang anda harapkan?
• Adakah anda benar-benar ingin mencapainya?
3. Mengotakan kata-kata
Daripada cuba memotivasi kumpulan anda dengan sekadar kata-kata, sebaiknya anda memberikan inspirasi kepada mereka dengan tindakan anda. Seorang pemimpin sejati adalah seorang yang memimpin melalui teladan dan mengotakan apa yang dikatakan. Sesungguhnya bertindak adalah lebih baik daripada hanya bercakap. Tindakan anda adalah faktor motivasi terbaik.
4. Tidak mementingkan diri
Seorang pemimpin tidak perlu menjadi perhatian, sebaliknya melorongkan peluang kepada orang lain untuk muncul menyerlah. Anda perlu belajar mengundur diri untuk memberikan laluan agar mereka mampu menyerlahkan potensi diri mereka. Berkongsilah pengetahuan dan pengalaman anda bersama mereka serta berikan mereka sokongan dan dorongan bagi meningkatkan keyakinan mereka agar mereka dapat belajar daripada anda untuk menjadi seorang Pemimpin kelak. Ingatlah! Jika anda mempersiapkan Downline anda untuk mencapai kejayaan, kelak anda akan lebih berjaya.
5. Latihan: Kurang lebih baik
Lebih banyak latihan tidak semestinya menyebabkan perolehan pendapatan atau rangkaian yang lebih besar. Pengisiannya adalah lebih penting. Satu jam seminggu melalui perjumpaan Zoom, webinar atau perkongsian secara langsung sudah memadai. Kenapa? Kerana anda perlu menguruskan masa anda dengan baik dan memperuntukkan masa anda bagi memaksimumkan aktiviti menjana pendapatan anda dan pasukan anda seperti pengambilan ahli baru, termasuk juga semakan susulan terhadap prospek atau menolong seseorang ahli pasukan anda membuat tindakan susulan. Memberi latihan demi latihan sahaja tidak akan mengembangkan pasukan sebaliknya menjemput lebih ramai orang untuk menyertai perniagaan ini adalah tindakan lebih baik.
6. Menyatukan orang-orang anda
Wujudkan persekitaran bersesuaian yang memupuk kesepakatan, keseronokan, rasa kekitaan and penghargaan di kalangan pasukan anda. Menggalakkan sokongan bersama dan kemesraan di kalangan ahli pasukan bagaikan sebuah keluarga adalah kunci untuk memastikan mereka kekal bersama perniagaan ini.
7. Memanfaatkan kekuatan setiap ahli
Sebagai seorang Pemimpin, jangan beranggapan anda lebih tahu berbanding orang lain. Namun, terdapat Pemimpin yang tidak menyedari bahawa kurang molek untuk memberikan nasihat kepada orang-orang lain tanpa memikirkan sama ada mereka mahukannya ataupun tidak. Ingat ya, setiap individu dalam pasukan anda memiliki kekuatan berbeza-beza. Seorang Pemimpin sejati perlu mengenalpasti keupayaan yang pelbagai di kalangan ahli pasukannya dan memanfaatkan kekuatan-kekuatan tersebut bagi menjanakan sinergi dalam pasukan.
8. Limpahkan kasih sayang, berikan pengiktirafan
Semua orang suka dihargai dan diiktiraf. Apabila anda memberikan kasih sayang dan keprihatinan terhadap ahli pasukan atau Downline anda, serta memberikan pengiktirafan selayaknya ke atas usaha mereka maka mereka tidak akan berhenti atau meninggalkan rangkaian anda. Melibatkan mereka sambil menjaga mereka dengan baik adalah rahsia bagi menyatupadukan pasukan.
9. Berikan lebih perhatian untuk menarik ahli baru
Anda perlu memberikan lebih perhatian kepada ahli baru dalam pasukan anda. Ketahui lebih lanjut mengenai harapan dan matlamat mereka. Sesungguhnya individu berbeza mempunyai perspektif berbeza. Dengarkan apa yang perlu mereka perkatakan bagi mewujudkan pemahaman. Jangan berjanji kosong bagi memenuhi segala jangkaan mereka kerana semestinya sentiasa ada jurang antara jangkaan dan kenyataan. Pastikan mereka faham mengenainya.
10. Bersama-sama berusaha dan berjaya
Sebagai ketua pasukan, anda seharusnya peka bahawa pengiktirafan bukanlah semata-mata untuk anda. Jika anda terus-menerus membolot segala pujian di atas usaha pasukan anda, kelak pasukan anda akan berasa tidak bermotivasi. Bagi memastikan kejayaan rangkaian anda, maka anda perlu memberikan pengiktirafan selayaknya kepada pasukan anda dan mengembangkan tenaga bagi menginspirasi dan memperkasakan mereka ke arah kejayaan berterusan.
Kesimpulannya, menguasai rahsia pertumbuhan rangkaian adalah kunci bagi membuka peluang kejayaan yang tiada batasan di dalam dunia perniagaan MLM yang dinamik. Membina rangkaian yang kukuh lagi berkembang maju melalui aktiviti pengambilan ahli baru dan penajaan yang diatur dengan teliti memerlukan kombinasi perancangan yang strategik, komunikasi yang berkesan dan pembinaan hubungan yang tulen. Dengan menumpukan kepada memupuk kepercayaan, memberikan sokong yang berharga dan berterusan memupuk kemahiran kepimpinan anda, maka anda berupaya menghasilkan sebuah rangkaian yang tidak hanya bertahan tetapi berkembang dari masa ke masa.