Bagaimanakah kuman tersebar?
  • 1040
  • 0
  • 0

Mencuci tangan adalah tindakan mudah yang harus dijadikan amalan agar penyebaran kuman dapat dibendung. Tangan yang kekal bersih sentiasa memastikan kita tidak menyumbang kepada penyebaran kuman yang dapat menjejaskan keselamatan dan kesihatan diri, keluarga, masyarakat setempat mahupun penduduk global! Marilah kita fahami bagaimana kebiasaannya kuman tersebar agar kita lebih peka untuk memelihara kebersihan tangan masing-masing!

 

  • Tangan menyentuh mana-mana permukaan berkuman di tempat awam
    Ketika berada di luar, permukaan-permukaan seperti tombol pintu, butang lif, troli pasaraya, butang di mesin ATM, dll telah disentuh oleh bermacam-macam orang dengan pelbagai tahap kesihatan dan amalan kebersihan!

 

 

  • Tangan menyentuh hidung, mulut atau mata berkuman kemudian menyentuh orang lain
    Jika menekup mulut dan hidung ketika bersin atau batuk, atau menggosok tangan ke mata, kuman yang hinggap di tangan mungkin beralih ke ahli keluarga atau rakan-rakan terdekat.

 

  • Tangan berkuman menyentuh makanan
    Pengendali makanan yang tidak mencuci tangan (contoh: selepas ke tandas) akan memindahkan kuman ke makanan. Kuman tersebut akan melekap pada mereka yang makan makanan tersebut.

 

  • Tangan menyentuh makanan mentah berkuman kemudian menyentuh makanan lain
    Kuman dipindahkan daripada makanan mentah seperti daging ayam atau makanan laut ke tangan pengendali makanan ketika penyediaan hidangan makanan. Lalu kuman tersebut tersebar pula ke makanan-makanan lain yang mungkin disentuh seperti salad dan ulam. Kuman pada makanan mentah akan mati apabila dimasak namun bagaimana dengan makanan mentah seperti ulam dan salad?

 

  • Tangan tercemar menyentuh orang-orang berjangkit atau berpenyakit kemudian menyentuh individu lain
    Kuman mungkin beralih dari pesakit ke penjaganya dan sebaliknya. Jika penjaga tidak mencuci tangannya, kuman yang terdapat di tangan akan tersebar ke individu-individu lain pula.

 

  • Haiwan ke tangan manusia
    Cuci tangan selepas membelai haiwan peliharaan atau menyentuh mana-mana permukaan yang disentuh oleh haiwan tersebut bagi mencegah penyebaran kuman.

 

 

Dalam situasi wabak penyakit yang melanda dunia kini, jadikan kebersihan sebagai keutamaan setiap masa. Cucilah tangan sekerap yang boleh pada masa-masa yang sesuai dan jadilah contoh yang terbaik terutamanya buat anak-anak kita agar generasi masa depan turun menjadikan kebersihan sebagai sebahagian daripada kehidupan mereka dan bukan sekadar satu tabiat bermusim!

 

Pada waktu-waktu di mana air dan sabun tidak didapati untuk mencuci tangan, Pusat Kawalan Dan Pencegahan Penyakit (CDC) menyarankan penggunaan pensanitasi tangan berasaskan alkohol dengan sekurang-kurangnya 60% kandungan alkohol sebagai alternatif berkesan. ZHULIAN baru sahaja melancarkan Pensanitasi Tangan PurelyZ yang semestinya memudahkan anda mengekalkan kebersihan tangan di mana jua! Dapatkan maklumat lanjut mengenai PurelyZ di: https://bit.ly/PurelyZ

 

 

 

Comments (0)