Bagaimanakah Periuk Tekanan Berfungsi?
  • 2581
  • 0
  • 0

Di tempat yang tinggi, tekanan adalah rendah, maka air akan mendidih pada suhu yang rendah tetapi mengambil masa yang lebih lama kerana kekurangan tekanan.  Manakala bagi periuk tekanan, wap panas di dalam periuk tekanan meningkatkan tekanan di dalam periuk yang tertutup rapat.  Tekanan yang tinggi ini meningkatkan suhu didih melebihi 100°C, dan wap yang terperangkap tersebut juga membantu menyingkatkan masa memasak!  Prinsip di sebalik pengoperasian periuk tekanan adalah mudah...tempoh memasak lebih pantas dengan penggunaan tenaga yang kurang, dan makanan dimasak tanpa kehilangan  khasiat semula jadinya!

 

JANGAN TERTEKAN KETIKA MENGGUNAKAN PERIUK TEKANAN

Pelbagai periuk tekanan yang terdapat di pasaran hari ini adalah selamat sekiranya digunakan mengikut saranan dan panduan pengilangnya.

 

 

 

1 Baca manual arahan dan langkah-langkah

keselamatannya dengan teliti.

 

                   
                   
 

 

2  Pastikan periuk tekanan dalam

keadaan yang baik sebelum digunakan. 

 

 

3  Jangan mengisi bahan masakan

melebihi tahap selamat.

 

 

 

1/3 penuh

Ramuan mudah mengembang

 

2/3 penuh

Ramuan-ramuan lain

 

 

PERINGATAN!

Jangan menggunakan periuk tekanan untuk memasak ramuan:

Natrium bikarbonat

Minyak berlebihan

Alkohol

Ramuan yang pekat dan likat

 

 

4  Memasak menggunakan cecair secukupnya. 

Jangan melebihi tahap MAX yang ditetapkan.

                   
                   
 

 

5  Jangan cuba membuka Penutup periuk tekanan selagi sisa tekanan di dalamnya belum dibebaskan sepenuhnya.  Bebaskan tekanan secara betul dan selamat. 

 

 

6  Pastikan periuk tekanan dicuci dengan teliti dan bersih setiap kali selepas digunakan.

     

 

Melalui rangkaian kelengkapan memasak COOKLINE X, ZHULIAN telah memperkenalkan periuk  tekanannya sendiri.  Dapatkan maklumat lanjut mengenai COOKLINE X Premium Kitchen Cookware 8 Litre di: http://www.zhulian.com.my/cookline-x-premium-kitchen-cookware-8-litre-periuk-tekanan

 

 

 

Comments (0)