MISAI KUCING HERBA MENAKJUBKAN
  • 8623
  • 0
  • 0

Teh yang disedia menggunakan daun Misai Kucing membekal kaedah paling mudah untuk memperbaiki kesihatan dan untuk merawat ginjal, radang pundi kencing, gout dan kencing manis. Penyelidikan terbaru mendapati bahawa herba Misai Kucing berpotensi merawat kanser.

 

Fungsi Peredaran Kita Merosot Dengan Peningkatan Usia

Dengan peningkatan usia, keberkesanan fungsi tubuh kita mungkin merosot. Misalnya, fungsi peredaran yang merosot mungkin menyebabkan penghantaran nutrien dan oksigen ke pelbagai bahagian tubuh serta penyingkiran bahan buangan daripada tubuh berjalan secara tidak efektif. Akibatnya, ada di antara kita yang mengalami peningkatan tekanan darah, pembentukan batu karang di dalam ginjal atau pundi kencing, atau mendapan asid urik di anggota-anggota bawah tubuh yang menjurus kepada keadaan yang dikenali sebagai gout, dan penakungan air pada kaki lantas menyebabkan semua jenis masalah penakungan air.

 

 

 

Penyelidikan menunjukkan bahawa kebanyakan keadaan kesihatan sebegini boleh dikurangkan dengan pengambilan ekstrak Misai Kucing secara kerap. Teh yang disedia menggunakan daun Misai Kucing membekal kaedah paling mudah untuk memperbaiki kesihatan dan untuk merawat buah pinggang, radang pundi kencing, gout dan kencing manis.

 

 

 

Misai Kucing Membantu Menggalakkan Sistem Peredaran Yang Sihat

Pengambilan teh Misai Kucing secara kerap memberikan kebaikan kepada keseimbangan tekanan darah. Herba ini juga mengandungi fitokimia yang boleh menyebabkan pengembangan (kerehatan) otot dinding organ dan saluran darah, lalu ia juga dapat menolong memperbaiki fungsi peredaran. Kerehatan otot pada saluran darah dapat membantu penyerapan tekanan dan meningkatkan aliran darah. Kesan ini amat bermanfaat bagi pengawalan tekanan darah. Penjelasan yang sama juga digunakan bagi masalah berkaitan kencing di mana kerehatan otot ureter dari buah pinggang hingga ke pundi kencing dapat membantu pengaliran air kencing yang lebih senang serta menolong mengumbah keluar zarah batu (Englert and Harnischfeger, 1992). Sebatian yanng ditemui di dalam ekstrak Misai Kucing yang dikenali sebagai Metilripariokrom A didapati mempengaruhi peningkatan aliran air kencing dan rembesan ion natrium (Schut and Zwaving, 1993). Kesan diuretik juga menjelaskan penggunaan Misai Kucing secara tradisional bukan untuk masalah saluran air kencing semata-mata tetapi untuk gout, batu ginjal dan tekanan darah tinggi.
 

 

 

Potensi peranannya bagi rawatan kanser

Perkembangan terkini, sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia telah menunjukkan bahawa ekstrak Misai Kucing mempunyai potensi untuk digunakan bagi rawatan kanser (keratan akhbar, The Star dan The Sun, 22 Oktober 2009). Ekstrak yang dihasilkan daripada herba ini mengandungi sifat antioksidan tinggi yang berkeupayaan merencatkan pertumbuhan lanjut saluran darah di sekeliling sel-sel tumor. Pertumbuhan sel tumor bergantung sepenuhnya pada bekalan oksigen dan makanan yang diterima dari aliran darah. Apabila sel kanser tumbuh, ia menstimulasikan pertumbuhan saluran darah baru, dan beginilah bagaimana sel kanser merebak kepada tisu dan organ lain. Penemuan ini mengujakan terutamanya buat pesakit kanser payudara yang sedang mengikuti rawatan kemoterapi.

 

 

Minum Campuran Minuman Herba Teh Hitam dengan Misai Kucing dan Jasmin AFRICANA’S Untuk Kepuasan dan Kesihatan!

Misai Kucing tidak mempunyai kesan sampingan yang diketahui. Walaupun ekstrak Misai Kucing digunakan di dalam formulasi perubatan oleh beberapa syarikat Eropah dan Amerika Syarikat, Teh Herba Misai Kucing seperti Campuran Minuman Herba Teh Hitam dengan Misai Kucing dan Jasmin AFRICANA’S harus diperkenalkan bukan sahaja sebagai minuman harian yang memberikan kenikmatan, juga sebagai minuman berfungsi. Ia disyorkan buat mereka yang mempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit yang disebutkan di atas, dan buat mereka yang mementingkan kesihatan. Nikmati minuman teh ini sebagai minuman yang ringkas, selamat dan semula jadi untuk kesihatan yang baik. Minumlah secawan atau dua setiap hari dan anda pasti menghargai rasa beraromanya serta rangkaian kebaikan kesihatan yang ditawarkan.

 

Rujukan

  • Englert J, and Harnischfeger G.Diuretic action of aqueous Orthosiphon extract in rats. Planta Med 1992; 58: 237-238.
  • Schut GA, Zwaving JH , Pharmacological investigation of some lipophilic flavonoids from Orthosiphon aristatus..Fitoterapia 1993; 64: 99-102.
  • News clippings ?The Star and The Sun, 22 October 2009, page 8, nation.

 

Comments (0)