Bagaimana magnet mempengaruhi tubuh?
  • 3307
  • 0
  • 0

Darah adalah cecair dalam tubuh manusia yang beredar melalui jantung, arteri, kapilari dan vena. Ia menghantar zat dan oksigen ke tisu-tisu tubuh, dan mengangkut bahan buangan dan karbon dioksida daripadanya. Magnet dan medan magnet dipercayai menolong untuk menyembuhkan pelbagai keadaan kesihatan kronik sejak beribu tahun lalu lagi dan masih digunapakai sehingga hari ini. Ia melibatkan pengaplikasian magnet atau medan magnet kepada tubuh manusia bagi tujuan penyembuhan atau manfaat kesihatan dengan melancarkan aliran darah ke seluruh tubuh.

 

Memperbaiki Aliran Darah

 

Aliran darah yang mengalir di dalam kapilari ibarat kayu balak yang hanyut di dalam sungai. Jika kayu balak terpisah antara satu sama lain, ia akan mengalir lancar untuk sampai ke destinasi. Jika kayu balak melekat antara satu sama lain, alirannya akan terhalang. Apabila dikenakan pada tubuh, magnet menolong untuk memisahkan darah, meningkatkan luas permukaan bagi mempercepatkan penghantaran lebih banyak oksigen dan nutrien ke seluruh tubuh. Apabila tubuh dalam kesakitan dan keradangan, aplikasi magnet membenarkan lebih banyak darah mengalir ke kawasan yang cedera, membantu dan mempercepatkan penyembuhan dengan mengurangkan kesakitan, merawat kerosakan, menyingkirkan toksin, merangsang sistem imun, dll. Ia tidak berfungsi jika magnet adalah lemah dan medan magnetnya tidak berupaya menembusi kulit, apatah lagi untuk sampai ke bahagian-bahagian lain tubuh yang sakit. Ia mestilah jenis magnet yang berupaya membantu penyembuhan.

 

Bukan Sebarang Magnet!

Terdapat tiga jenis magnet iaitu magnet sementara, magnet kekal dan elektromagnet yang dikategorikan menurut sumber kemagnetannya.

 

 

 

Magnet Sementara termagnet dengan kehadiran medan magnet dan akan kehilangan kemagnetannya beransur-ansur apabila medan magnetnya dialihkan. Klip kertas, paku, penukul boleh berfungsi sebagai magnet sementara.

 

 

 

Magnet Kekal mungkin adalah unsur yang semula jadi (unsur nadir bumi), atau sebatian kimia dan ia sentiasa kekal termagnet. Contoh magnet kekal termasuklah neodimium dan ferit/seramik.

 

 

 

Elektromagnet memerlukan sumber elektrik dan medan magnetnya boleh dihidupkan (ON) atau padamkan (OFF). Kemagnetannya bergantung pada aliran elektrik yang berterusan.

 

Bercakap mengenai magnet yang menolong penyembuhan dan meningkatkan kesihatan, kita tidak merujuk kepada sebarang magnet biasa, dan pastinya bukan magnet peti sejuk dan sebagainya! Industri perubatan adalah salah satu daripada pelbagai industri yang menggunapakai manfaat daripada penggunaan magnet kekal. Magnet kian dibuktikan amat membantu dalam bidang perubatan.

 

Ia adalah magnet yang dikilangkan bagi tujuan penyembuhan. Ia tidak akan berkesan sekiranya magnet tersebut adalah lemah dan medan magnetnya tidak berupaya menembusi kulit apatah lagi untuk sampai ke bahagian-bahagian tubuh yang kesakitan.

 

 

Tingkatkan penampilan anda dengan rekaan M-belt yang menawan sambil memupuk kesejahteraan!

 

M-belt memiliki sebutir Magnet Kekal Berprestasi Ultra Tinggi Bio-utara berkuasa 1700 gauss yang terdapat di bahagian belakanag gancu aloinya yang licin berkilat. Memakai M-belt di paras pinggang membenarkan gelombang magnetik menembus terus ke kawasan abdomen. Kawasan ini dikenali dalam Chi Kung dan Tai Chi sebagai salah satu daripada "Dan Tian" (Kepala-Jantung-Abdomen) atau "pintu-pintu tenaga" yang dapat mengawalaturkan tenaga tubuh.

 

Apa Itu GAUSS?

Gauss merujuk kepada kekuatan medan magnet. Satu unit Gauss adalah garisan fluks dalam luas permukaan 1cm persegi. Lebih tinggi nilainya, lebih banyak garisan kemagnetan yang dipancarkan oleh magnet tersebut.

 

 

Comments (0)