Ketidakseimbangan Estrogen – Adakah Anda Melaluinya?
  • 2782
  • 0
  • 0

 

 

Kita semua, terutamanya wanita sudah tentu pernah mengalami situasi sebegini – mudah resah, kecewa dan emosi terganggu, yang kadangkalanya tidak bersebab. Selalunya kita akan menyalahkan hormon. Sebenarnya, ia bukanlah alasan yang lemah; hormon sememangnya memainkan peranan yang amat penting terhadap kesihatan wanita. Apabila tahap hormon turun-naik, ia akan mempengaruhi mood, sistem tubuh serta kesejahteraan kita secara umum.

 

 

Gangguan Tidur

Estrogen adalah hormon penggalak tidur. Gangguan estrogen pada peringkat perimenopaus dan menopaus adalah lumrah, dan apabila tubuh anda tidak lagi menghasilkan estrogen secukupnya, maka anda tidak akan dapat lena secukupnya ketika tidur malam.

 

 

 

Jerawat

Ramai wanita dihinggapi jerawat sebelum kedatangan haid. Jerawat Menstruasi bermula apabila tahap estrogen mulai merosot iaitu sekitar pertengahan tempoh kitaran haid, dan ia semakin teruk hampir kepada permulaan hari haid iaitu ketika tahap estrogen mulai meningkat. 

 

 

Kekaburan Memori

Adakah anda seorang pelupa? Di mana anda campakkan kunci kereta anda atau pukul berapakah anda perlu berjumpa rakan anda? Jika anda mudah lupa, besar kemungkinan ia adalah masalah hormon. Estrogen dikatakan membantu untuk merangkaikan antara sel-sel saraf, menggalakkan keupayaan saraf berkomunikasi antara satu sama lain.

 

 

Sentiasa Rasa Lapar

Bolehkah anda menonton TV tanpa mengunyah makanan? Makan dan bersenam secara sihat adalah penting namun gangguan hormon boleh menyebabkan anda seolah-olah kemaruk kepada makanan.

 

 

Masalah Pencernaan

Jika anda mengalami Sindrom Gangguan Usus (IBS), ia mungkin akibat tahap estrogen yang berubah-ubah.

 

 

Sentiasa Kelesuan

Kelesuan adalah tanda ketara ketidakseimbangan hormon wanita, jelas kelihatan semasa perimenopaus dan menopaus, kebanyakan disebabkan oleh tahap estrogen yang rendah.

 

 

Mood Berubah-ubah dan Kemurungan

Ramai wanita di usia pertengahan mengalami mood yang berubah-ubah dan rasa resah di dalam situasi yang dahulunya dapat dihadapi dengan tenang sahaja. Kemungkinan ini berlaku adalah kerana ketidakseimbangan hormon.

 

 

 

Penambahan Berat Tubuh

Semakin wanita meningkat usianya, mereka cenderung untuk menganggap penambahan berat tubuh kerana peningkatan usia tidak dapat dielak. Tetapi masalah yang tersembunyi mungkin disebabkan oleh tahap estrogen yang rendah. Semasa dan selepas menopaus, lemak tubuh wanita akan tersebar semula ke bahagian-bahagian sekitar abdomen, pinggul dan paha.

 

 

Sakit Kepala dan Migrain

Migrain menstruasi mungkin berhubungkait dengan kekurangan tahap estrogen atau tahap hormon berubah-ubah yang normal bagi kitaran haid, di mana kedua-duanya akan semakin berlebih-lebihan berlaku semasa peringkat perimenopaus.

 

 

Panas Memerah dan Perpeluhan di Waktu Malam

Penurunan tahap estrogen "mengelirukan" hipotalamus (bahagian otak depan), menyebabkan ia celaru mengesan haba berlebihan pada tubuh. Hipotalamus akan bertindak dengan menghantar mesej kepada tubuh untuk “menyejuk” lantas menyebabkan berlaku kemerahan kulit, perpeluhan dan lain-lain yang dikaitkan dengan rantaian tindakbalas yang dialami wanita, yang dikenali sebagai “panas memerah”.

 

 

Payu Dara Mengendur

Apabila tubuh anda kurang menghasilkan estrogen, ia turut kurang menghasilkan kolagen. Kolagen penting bagi mengekalkan keanjalan tisu dan kulit payu dara. Penurunan estrogen juga menjejaskan tisu tubuh, termasuklah tisu payu dara lantas mengurangkan saiz dan kepadatan payu dara.

 

 

Kekeringan Faraj

Estrogen adalah hormon yang menolong anda mengekalkan tisu faraj dalam keadaan berpelincir dan sihat. Semakin menghampiri menopaus, penghasilan tahap estrogen menyebabkan perubahan dinding faraj dan menjurus kepada kekeringan faraj yang mengganggu libido (syahwat).

 

 

 

Mengimbangkan Estrogen secara Semula Jadi dengan IsoF’rm & GreenLex ManjaLady!

Sekiranya anda mengesyaki diri anda mengalami mana-mana keadaan berkaitan ketidakseimbangan estrogen, anda semestinya memerlukan!

 

 

IsoF'rm

IsoF’rm adalah minuman botani formulasi istimewa yang mengandungi ekstrak tumbuhan yang kaya fitoestrogen dan antioksidan seperti jus buah delima dan ekstrak Pueraria Mirifica, isoflavon soya, manjakani dan buah elderberi. Formulasi menakjubkan ini mengimbangkan hormon estrogen serta memperlahankan proses penuaan serta memberikan penampilan tubuh yang mantap dengan kulit yang lebih lembut dan cantik. Tahap estrogen yang lebih seimbang juga bermakna ia menyediakan kelegaan daripada ketidakselesaan menopaus – memungkinkan satu peralihan menopaus yang sihat.

 

 

GreenLex ManjaLady

GreenLex ManjaLady adalah formulasi ekstrak-ekstrak yang diperolehi daripada Ubi Bidadari Putih, Manjakani dan Kacip Fatimah yang sarat dengan isoflavon yang menyokong keseimbangan kesihatan wanita. Produk penyelidikan saintifik moden ini mengandungi ramuan untuk mengekalkan kesejahteraan wanita, memperbaiki aliran haid dan meningkatkan kesihatan selepas bersalin.

 

 

Terbalikkan simpton-simptom yang dinyatakan di sini dengan mengambil IsoF’rm & GreenLex Manjalady mulai hari ini!

Comments (0)