Meningkatkan Kesihatan Menyeluruh dengan Suplemen KOLAGEN!
  • 3032
  • 0
  • 0

Kolagen adalah struktur bahan terpenting di dalam tubuh kita, selain air. Ia adalah sejenis protein yang ditemui di dalam tisu penghubung yang berperanan penting bagi memperbaharui sel dan proses penyembuhan kulit. Ia juga adalah blok binaan bagi kuku, rambut, gigi, organ, dll. Ia mengikat ligamen, tendon, tulang dan otot. Apabila kita meningkat tua, penghasilan kolagen kita menyusut dan dengan berkurangnya kolagen, kulit kita akan semakin berkedut dan tubuh kita akan mulai merosot...

 

 

 

Memperbaiki Kulit, Kuku, Rambut dan Gigi

Menambahkan kolagen ke dalam pemakanan harian anda membantu kulit kelihatan lebih pejal, muda dan lembut; menggalakkan pertumbuhan kuku, rambut dan gigi yang lebih kuat dan sihat, selain membantu sel memperbaharui dan memulih secara normal.

 

 

 

Mengurangkan Kesakitan Sendi

Jika anda pernah merasai sendi, tendon dan ligamen anda seakan-akan mengeras, kurang anjal dan sakit apabila bergerak, semua ini adalah kerana anda mengalami kekurangan kolagen.  Dengan struktur yang seakan gel dan lembut yang melitupi dan mengikat tulang bersama, ia menolong agar sendi lebih mudah digerakkan, mengurangkan kesakitan akibat penuaan dan mengurangkan risiko kemerosotan sendi.  

 

 

 

Membantu Penyembuhan Usus Bocor

Jika anda mengalami sindrom usus bocor (keadaan di mana toksin menembusi saluran pencernaan, terus ke dalam saluran darah), kolagen dapat menolong “menutup dan menyembuh” dengan memecahkan protein, merawat lapisan usus, membentuk tisu penghubung dan menyembuhkan dinding sel yang rosak.  

 

 

 

Merangsang Otot dan Metabolisma

Pengekalan jisim otot adalah penting apabila anda semakin meningkat usia kerana ia menolong menyokong postur, kesihatan tulang dan membakar lebih banyak kalori berbanding lemak.  Kolagen merangsang keupayaan tubuh untuk menghasilkan protein daripada asid amino lain, yang penting bagi memulihkan tisu otot dan merangsang metabolisma.

 

 

 

Mengekalkan Jantung dan Hati yang Sihat

Asid amino menolong dinding arteri anda membebaskan lemak terkumpul di dalam aliran darah, mengecilkan lemak di dalam arteri dan mengurangkan pengumpulan lemak, lantas membantu mengawal tekanan darah.  Kolagen menolong arteri dan vena kekal lembut dan mudah lentur. 

 

 

Hasil yang dapat dilihat oleh orang lain, tetapi hanya dirasai oleh diri anda!

Terdapat pelbagai suplemen kolagen di pasaran, tetapi suplemen terbaik semestinya adalah yang memberikan kesan sinergi segala ramuan di dalamnya.

 

Campuran Minuman Jus Buah Pic Dengan Kolagen Marin Terhidrolisis dan Elastin Marin COLLAGEN 2 diformulasi istimewa dengan kolagen marin terhidrolisis, elastin marin, ekstrak sel stem epal, ekstrak seramida beras, vitamin C dan jus buah-buahan bagi menolong untuk menstimulasi sintesis kolagen semula jadi anda dan menggalakkan pertumbuhan dan pemulihan kulit, tisu penghubung dan otot yang sihat. 

 

Campuran Kolagen Marin Terhidrolisis Dan Elastin Marin Dengan Ekstrak Buah-buahan ISO.3 sarat dengan kolagen marin terhidrolisis, elastin marin, ekstrak ceri acerola, kompleks karotenoid, serbuk buah-buahan campuran dan ekstrak yis semula jadi yang bertindak sinergi untuk menyuburkan, melindungi serta memudakan kembali kulit, selain menyumbang kepada kesihatan menyeluruh pada tulang, rawan, gusi, rambut dan kuku.

Comments (0)