Apakah Di Dalam Mandian Tubuh Anda?
  • 1034
  • 0
  • 0

Saban hari, anda mandi tanpa terlalu memikirkan rutin 10 minit yang membosankan ini. Kulit adalah organ terbesar tubuh, dan anda seringkali lebih banyak memikirkan tentang ramuan yang terdapat pada produk penjagaan kulit wajah dan rambut, namun bilakah anda mempertimbangkan apa yang disapu ke atas kulit dan tubuh ketika mandi? Mandian tubuh mungkin mengandungi bahan-bahan yang berupaya melegakan dan menyuburkan kulit, dan ia mungkin juga mengikis minyak semula jadi kulit dan tahap pH, menyebabkan kekeringan, keradangan, dll.

 

Pada asasnya, anda harus melihat senarai kandungan mandian tubuh yang akan digunakan dan mencari apa yang berkesan buat anda. Paling penting adalah selamat pada kulit tetapi kuat menentang kuman untuk tubuh yang bersih. Tiba masanya untuk anda melupakan sabun-sabun sampel daripada hotel yang anda bawa pulang ke rumah dan laburkan wang pada mandian tubuh yang baik untuk tubuh dan kulit anda!

 

 

 

Sabun Buku VS Mandian Tubuh

Sabun buku pada kebiasaannya mengandungi sedikit ramuan berbanding mandian tubuh yang menawarkan aneka bahan yang bermanfaat bagi tubuh dan kulit, sama anda bagi membersihkan, menghidrat, mencergaskan, menyuburkan, melegakan dan pelbagai kebaikan lagi. Mandian tubuh menjadi pilihan kerana ia dianggap lebih bersih berbanding sebuku sabun yang diletakkan di dalam bekas sabun yang mungkin membiakkan bakteria berbahaya, lalu dikongsi oleh lebih daripada satu orang.

 

Bayangkan jika ada yang mengalami jangkitan kulit dan anda berkongsi sabun buku yang sama? Mandian tubuh secara amnya tidak sekasar sabun buku, dan mereka yang mengalami kulit kering atau sensitif akan kurang mengalami kemerahan dan kerengsaan melalui penggunaannya.

 

 

 

Gel Mandian VS Mandian Tubuh

Gel mandian dan mandian tubuh secara amnya mencapai matlamat membersihkan tubuh yang sama sahaja. Namun, perbezaan utamanya adalah pada ketekalan dan kepekatan bahannya. Gel mandian adalah seperti ketekalan gel dengan bahan-bahan lebih agresif, lantas lebih mengeringkan kulit. Pada kebiasaannya, mandian tubuh adalah lebih cair, lebih lembut dan lebih menghidratkan dengan bahan lebih menyuburkan, lalu lebih baik bagi mengekalkan kelembapan kulit.

 

Anda perlu lebih teliti memilih bahan-bahan di dalam mandian tubuh yang anda gunakan kerana ia akan meliputi keseluruhan kulit tubuh setiap kali anda mandi. Apa yang anda aplikasikan pada kulit akan diserap terus ke sel. Maknanya, jika tersalah pilih akan menyebabkan kerosakan dan menjejaskan kesihatan anda.

 

Jika kulit anda terasa kering selepas mandi, besar kemungkinan mandian tubuh anda mencuci lebih daripada hanya kuman. Namun, pastikan bahan-bahan yang digunakan turut melembapkan, bukan hanya menghidratkan. Dan mereka yang mengalami ekzema perlulah berhati-hati agar tidak menggunakan mandian tubuh melebihi pH 7.

 

 

Dapatkan PurelyZ Antibacterial Body Wash daripada ZHULIAN, SEKARANG!

 

ZHULIAN berbangga memperkenalkan tambahan baru yang ditunggu-tunggu bagi rangkaian produk PurelyZ ~ PurelyZ Antibacterial Body Wash. Mandian tubuh ini diformulasi khusus bagi membasmi 99.99% kuman dan bakteria berbahaya yang mungkin anda bawa pulang atau tersentuh. Sama ada anda gemar mandi di awal pagi atau di malam hari, mandian tubuh ini pastinya sesuai buat anda sekeluarga. Antara bahan-bahan yang dipilih teliti bagi PurelyZ Antibacterial Body Wash adalah: 

 

 

Ekstrak Aloe Vera ~ Melegakan, melembapkan, dengan ciri-ciri anti-keradangan dan antioksidan

Formula ini diperkaya dengan jus daun aloe barbadensis, yang mengandungi ciri-ciri melembap dan menyembuh berkuasa. Jus daun aloe barbadensis diperolehi daripada sejenis tumbuhan berair, yang terdiri daripada 98% air dan ia hebat memerangkap lembapan pada kulit, melembutkan kulit yang mengeras, dan merapatkan pori-pori. Ia kaya antioksidan serta vitamin A, C dan E, serta ia sungguh melegakan kulit, kerana ia telah digunakan secara tradisional sebagai pemulih kulit terbakar, terguris ataupun luka. Ia juga bagus jika anda mengalami kulit yang kering, merekah atau terengsa.

 

 

Ekstrak Halia ~ Ciri antioksidan & anti-penuaan

Ekstrak halia adalah satu lagi ramuan yang menakjubkan. Tahukah anda halia telah dikaji sebagai agen anti-penuaan yang melindungi daripada tekanan oksidatif dan keradangan? Ia turut menawarkan ciri antioksidan bagi menentang radikal bebas dan keradangan, sambil membantu untuk mengekalkan kebersihan dan kemudaan kulit. Ciri anti-keradangannya mungkin menolong untuk melegakan kulit yang mudah mengalami akne.

 

 

Pelembap semula jadi daripada Bijian Jagung ~ Penghidratan mendalam yang tahan lama

Jagung adalah kaya vitamin C, sejenis antiaoksidan yang menolong untuk melindungi sel daripada kerosakan. Ia dipercayai sarat ciri penghidratan dan berupaya menolong untuk mengekalkan kelembapan kulit untuk jangka lama yang panjang (sehingga 72 jam!), yang memberikan perlindungan kulit terhadap pendehidratan.

 

 

Vitamin E ~ Ciri antioksidan

Vitamin E diketahui melegakan, melembapkan dan melembutkan kulit. Ia mudah menyerap ke dalam kulit dan berkemungkinan memberikan manfaat untuk mengurangkan kerosakan akibat sinar UV.

 

 

PurelyZ Antibacterial Body Wash memiliki haruman lembut yang sesuai buat semua jantina, yang menyuntik pengalaman mandian yang amat menyegarkan buat wanita dan lelaki, tua dan muda. Bacaan pH 4.8 menolong untuk melindungi daripada kekeringan dan iritasi, alahan dan mikroorganisma berbahaya. Gunakanlah bersama rangkaian produk PurelyZ yang lain untuk kekal bersih dengan mudah!

Comments (0)