Berlian Hitam ARANG BULUH
  • 1491
  • 0
  • 0

 

 

 

Berlian Hitam ARANG BULUH

Tekstil yang menawarkan fungsian tambahan, lebih daripada tekstil konvensional, kian mendapat tempat di hati pengguna. Dikenali sebagai “Berlian Hitam” di Jepun dan Asia Tenggara, serat arang buluh semakin menonjol di kalangan industri fesyen dengan para pengilang yang mahukan kombinasi fesyen yang berfungsi. Arang buluh dihasilkan dengan memanaskan arang sehingga 800 darjah kemudian arang tersebut diproses dan dicampurkan ke dalam fabrik sebagai sebahagian daripada bidang nanoteknologi yang semakin berkembang.

 

Pelbagai kualiti positif fabrik arang buluh, termasuk:

 

 

Sifat Radiasi Inframerah Jauh

Oleh kerana serat arang buluh mengandungi unsur logam seperti kalium, magnesium, bahan terkarbon kalsium (K 0.85, Na 0.01, Ca 0.05, Mg 0.04, Fe 0.01, Mn 0.05), ia memiliki sifat radiasi inframerah jauh. Fabrik ini menyebarkan radiasi sinar inframerah jauh bagi mengaktifkan sel manusia, meningkatkan tenaga sel, memesatkan kelajuan aliran darah, serta menggalakkan dan meningkatkan metabolisme tubuh.

 

 

Fungsi Pemancar Ion Negatif

Serat arang buluh mengandungi kalium, kalsium dan mineral-mineral lain, dan pemancaran ion negatifnya adalah pada tahap tinggi yang bersamaan kepekatan ion di kawasan pinggir bandar, dan ia bermanfaat bagi kesihatan manusia.

 

 

Keupayaan Penyerapan & Penyahbauan Handalan

Ciri ini disumbangkan oleh struktur sangat berliang pada fabrik buluh ini. Kandungan karbon pada arang buluh adalah sekitar 93% ~ 96%, dan sifat ini mengupayakannya menyerap sebatian berasaskan sulfur, sebatian berasaskan nitrogen dan sebagainya.

 

 

Fungsi Anti-mikrob

Serat arang buluh berkesan mengurai mikroorganisma yang melekap pada permukaannya serta di dalam udara persekitarannya. Menurut kaedah ujian dan piawaian ASTME2149 (The American Association for Testing and Materials), serat arang buluh mempunyai kadar anti-mikrob 84%.

 

 

Pengawalaturan Lembapan

Benang arang buluh mempunyai keratan rentas yang terdiri daripada pelbagai lubang-mikro dan liang-mikro, maka jika dibandingkan dengan fabrik konvensional, ia menyerap lembapan dan memberikan pengudaraan yang lebih baik. Fabriknya memastikan si pemakai sentiasa kering dan selesa walaupun pada hari yang panas.

 

 

Pengawalaturan Haba

Sifat arang buluh yang sangat berliang juga membolehkannya bertindak sebagai penebat bagi kesejukan sambil mengekalkan haba. Fungsi ini membantu bagi menggalakkan metabolisme dan pembakaran lemak yang lebih baik.

 

 

Ketahanan Superior

Oleh kerana zarahan arang buluh bertatah di dalam fabrik, bukan di permukaannya sahaja, maka fabrik ini boleh dicuci berulang kali tanpa menjejaskan kualitinya.

 

 

Tampil menawan dengan pemakaian Sasherra yang diperbuat dari ‘berlian hitam’! ZHULIAN memperkenalkan SASHERRA BODY SHAPER! Diperbuat dari 40% Arang Buluh, 40% Nilon dan 20% Spandeks yang ditatahi zarahan bioseramik yang memancarkan Sinar Inframerah Jauh (FIR) dan Ion Negatif, menawarkan kesan menakjubkan yang merubah bentuk tubuh anda dengan pelbagai manfaat yang ditawarkan oleh arang buluh, FIR dan Ion Negatif! Pasti anda ingin menyarungnya sepanjang masa! Ketika bekerja, berehat mahupun tidur, ia bagaikan kulit kedua. Anda dapat merasai perbezaannya melalui tahap kecergasan mahupun keyakinan anda!

 

Comments (0)