Cecair Kumur Cool Mint SMILEON
Rasa pudina, dingin dan menyegarkan. Cecair kumur tanpa-alkohol ini dirumus khas dengan ramuan semula jadi yang berkesan menyingkirkan nafas berbau, melegakan gusi sensitif dan mencegah kerosakan gigi!
- Dirumus dengan minyak tea tree dan minyak eucalyptus yang mengandungi sebatian utama iaitu Trepenoid dan Eucalyptol, yang kaya agen germasida dengan sifat antiseptik.
- Mengandungi Setil Piridium Klorida dan Xylitol yang berkesan mengurangkan jumlah bakteria.
- Tidak memedihkan rongga mulut dan menyegarkannya dengan lembut. Kandungan menthol, minyak peppermint dan minyak spearmint menolong untuk membersihkan mulut anda sebersih-bersihnya serta memberikan anda nafas yang segar sepanjang hari!