Larutkan Kopi Pracampur dengan Kolagen & Kacip Fatimah ZHULIAN dengan air panas.
Di dalam mangkuk yang besar, pukul bersama Fruktosa Kristal Asli Homsweet, kuning telur dan mentega, kemudian masukkan campuran kopi tadi dan adun sebati sehingga terbentuk adunan tanpa gumpalan.
Ayak tepung dan serbuk koko ke atas adunan dan kaup balikkan menggunakan spatula (Jangan terlebih gaul kerana akan menyebabkan gluten di dalam tepung mengeras dan menjadikan biskut keras).
Uli doh kepada bentuk membujur, anggaran 6 g setiap satu dan gariskan permukaan tengah doh dengan menggunakan pisau tajam atau pisau roti.
Susun ‘biji-biji kopi’ di atas dulang pembakar yang dialaskan dengan kertas parchment atau alas silikon.
Masukkan ke dalam ketuhar yang dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170°C dan bakar selama 20 minit.