Kemerosotan Kognitif dan Kesihatan Mood
  • 3292
  • 0
  • 0

Keadaan fikiran anda boleh menjejaskan kehidupan anda dalam pelbagai cara tanpa mengira usia, dan kemerosotan minda bukan lagi hasil sampingan proses penuaan yang tidak dapat dielakkan.  Banyak penyelidikan telah dijalankan terhadap fungsi otak di mana para saintis telah menemui kandungan herbal yang berupaya meningkatkan kecekapan otak serta membantu untuk mengekalkan ketajaman dan kecergasan minda sepanjang hidup kita 

 

 

 

 

Di dalam dunia hari ini, kita disogokkan dengan tahap stres yang lebih tinggi serta desakan memori dan pemikiran; dari tugasan-tugasan sukar seperti mengimbangi antara keluarga dan kerja, berdepan dengan majikan yang mendesak, menghadapi peningkatan kos tenaga dan penjagaan kesihatan, menyesuaikan diri dengan masyarakat yang dipacu oleh penerapan teknologi, kerisauan malapetaka alam semula jadi dan sebagainya.  Lantas, kita memerlukan kapasiti mental yang lebih tinggi.  Keperluan mengekalkan kapasiti mental yang tinggi bukan sahaja bagi golongan tua, kerana sebenarnya otak golongan dewasa yang lebih muda lebih memerlukan penjagaan lanjutan bagi hidup sejahtera di dalam dunia yang penuh persaingan ini.

 

 

Memori dan Mood

Apabila jalinan di antara sel-sel saraf otak diperkuatkan, memori akan terhasil.  Namun begitu, penghasilan memori berlaku paling berkesan di dalam otak yang mengandungi gangguan aktiviti sinaps yang minimum.

Dimensia, atau nyanyuk disebabkan oleh beberapa faktor.  Jenis dimensia yang terkenal adalah sejenis penyakit yang dikenali sebagai Penyakit Alzheimer yang dikenalpasti oleh pembentukan progresif plak amiloid (sejenis neurotoksin) yang menyebabkan kemerosotan kronik sinaps.  Kemerosotan ini menjejaskan mekanisme pelancaran neuron yang terlibat semasa pembentukan memori, lantas menyebabkan kehilangan dan ketaksempurnaan penghasilan memori.  Menerukkan lagi kerosakan ini, otak dengan arteri yang menyempit juga mengalami kekurangan pengedaran darah, menyebabkan pengurangan bekalan nutrien dan oksigen kepada tisu otak.

 

 

Kapasiti dan emosi kognitif mempengaruhi antara satu sama lain dan kedua-duanya boleh membawa implikasi kesihatan fizikal.  Individu dengan masalah kesihatan kognitif seringkali mengalami masalah emosi.  Tanda-tanda kesihatan mental yang merosot termasuklah depresi serta simpton seperti hilang minat atau keinginan, rasa bersalah atau rendah diri, tidur atau selera makan terganggu, lemah tenaga dan penumpuan.

 

Memperkenalkan Ramuan Herba dengan Kebaikan Modulasi Memori

BacoMind®, merupakan ekstrak herba Bacopa yang berdaftar.  Bacopa monnieri adalah ramuan nutraseutikal bagi pemulihan kesihatan mental, dan telah digunakan sebagai nutraseutikal anksiolitik (Kasture et al, 2007).  Bacopa telah digunakan di dalam sistem perubatan Ayurveda berabad yang lalu sebagai“tonik otak” untuk meningkatkan fungsi pembangunan memori, pembelajaran dan penumpuan.  Penyelidik ke atas haiwan telah menunjukkan bahawa Bacopa menurunkan kegelisahan dan depresi yang disebabkan oleh peningkatan atau modulasi kesan asetilkolina neuropemancar (Kasture et al, 2007). Ia diperolehi melalui keupayaan istimewa ekstrak tersebut untuk mengembalikan aktiviti sinaps yang telah rosak pada neuron otak yang disebabkan oleh kesan kemerosotan akibat penuaan.  Ekstrak Bacopa juga didapati mempunyai aktiviti antioksidan penting pada otak, selain daripada kesan-kesan yang dapat membantu melindungi sel otak.

 

 

Dua lagi nutraseutikal otak yang terkenal adalah Ekstrak Ginkgo Biloba dan Ashwagandha.  Ginkgo telah menunjukkan peningkatan aliran darah serebrum ke otak (Mashayekh et al), lalu membantu untuk meningkatkan bekalan nutrien dan oksigen. Bermakna, Ginkgo membantu penghasilan memori dan melambatkan penurunan ketaksempurnaan kognitif dengan peningkatan usia.  Ashwagandha menggandakan kesan modulasi memori dan peningkatan mood dengan merangsang keupayaan tubuh untuk menghadapi stres, memupuk kerehatan dan kepekaan, ramuan bagi keadaan otak yang optimum untuk pembelajaran dan penumpuan.

 

 

Kombinasi ketiga-tiga ramuan ini membantu untuk mengekalkan lintasan neuron spesifik yang berkesan pada otak bagi meningkatkan kepantasan pemprosesan kognitif dan mental jangka panjang demi fungsi otak yang cergas dan penting, terutamanya kapasiti memori.  Bagi mood, dengan kepekaan kognitif yang lebih baik dan lebih segar, seseorang individu akan rasa lebih baik dan lebih fokus melakukan sesuatu kerja.  Sesungguhnya, prestasi minda dapat memainkan peranan penting bagi menentukan kejayaan anda, mencapai matlamat anda dan melakukan sepenuh keupayaan anda.

 

 

Capailah kesihatan kognitif dengan GREENLEX MEMO COMPLEX: formulasi nutraseutikal yang menyatukan kebaikan Ekstrak Bacopa monnieri, Daun Ginkgo dan Ashwagandha.

 

Comments (0)