Adunkan mentega bergaram dan Fruktosa Kristal Asli Homsweet sehingga sebati.
Masukkan telur, adun 60 saat sehingga tekstur menjadi ringan dan gebu.
Campur tepung, Nutrium dan serbuk penaik, lalu adunkan lagi sehingga sebati.
Bulatkan adunan menjadi doh. Masukkan ke dalam beg plastik dan gelek adunan sehingga senipis 0.5 cm. Sejukkan selama 30 minit dalam peti sejuk.
Gunakan acuan berbentuk 'hati' untuk menerap adunan.
Bakarkan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 160°C selama 15-20 minit. Kemudian, biarkan di dalam ketuhar 10 minit agar biskut betul-betul kering sebelum dikeluakan.
Simpanlah biskut di dalam balang setelah ia sejuk.