Nutrium Mochi Bites
Ramuan
- 1 cawan Tepung Pulut
- 1 cawan Air
- 1 sudu besar Tepung Ubi
- 1 sudu besar Minyak Jagung
- 1 sacet Minuman Bijirin Segera Berkhasiat NUTRIUM
Cara-cara
- Campurkan kesemua ramuan (kecuali NUTRIUM) sehingga membentuk adunan yang sebati.
- Tuangkan adunan ke dalam dulang pengukus 8" dan kukus di dalam periuk pengukus selama 30 minit dengan api sederhana.
- Setelah masak, biarkan sejuk sebentar.
- Gaulkan semula sehingga sebati dan kenyal.
- Potong mengikut saiz yang diingini.
- Salutkan dengan serbuk Minuman Bijirin Segera Berkhasiat NUTRIUM sebelum dihidang.