Penghantaran & Pemulangan

Penghantaran

Sekatan Penghantaran
Kami menghantar ke alamat di Malaysia Barat sahaja, terhad ke alamat perumahan atau komersial dan bukan ke Peti Surat Persendirian (P.O. Box).  Sila pastikan alamat yang betul dan nombor telefon yang boleh dihubungi disediakan apabila membuat pesanan.

Jangkaan Masa Penghantaran
Tarikh penghantaran adalah dianggarkan berdasarkan ketersediaan barang anda, destinasi anda dan perkhidmatan penghantaran yang anda pilih.  Emel notifikasi yang anda terima akan menyatakan syarikat perkhidmatan penghantaran (courier service provider) dan maklumat jejak (tracking).  Jangkaan masa penghantaran adalah berdasarkan  1-5 hari bekerja setelah ia dikirimkan keluar daripada gudang kami.  Berikutan impak Covid-19, semua syarikat perkhidmatan penghantaran mengalami jumlah penghantaran dan kelewatan yang tidak dijangkakan.  Oleh itu, pesanan anda mungkin mengambil masa yang lebih panjang untuk sampai ke destinasinya.  Kami menghargaai kesabaran dan pemahaman anda dalam tempoh ini. 


Caj Kiriman

Kiriman PERCUMA tertakluk kepada pesanan melebihi RM300.

Bagi kiriman kurang daripada RM300, caj kiriman akan dikenakan berdasarkan berat produk dipesan serta destinasi kiriman anda:

1 kg atau kurang = RM4.50, 1-2 kg = RM9.50, 2-3 kg = RM13.50 dan RM4.00 per kg bagi setiap kg berikutnya.

Caj kiriman di atas tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis, mengikut budi bicara kami.

 

Hilang atau Rosak Semasa Dalam Penghantaran
Sekiranya timbul sebarang masalah penghantaran pesanan anda, sila laporkan kepada team Perkhidmatan Pelanggan kami dan kami akan menghubungi syarikat penghantaran bagi menyelesaikan permasalahan tersebut secepat mungkin dan semudah mungkin buat anda.

 

Pemulangan

Anda perlu memeriksa produk-produk dan mengesahkan pesanan produk tersebut semasa penghantaran, dan memaklumkan kepada kami dalam tempoh TUJUH (7) hari daripada tarikh anda menerima produk yang salah atau rosak, dengan melengkapkan maklumat yang berkenaan di laman “Return Merchandise Authorisation” pada “Return” di bawah menu “My Account”.  Kami hanya menerima pemulangan produk, tertakluk kepada berikut:

-              Produk boleh dipulangkan di Malaysia Barat sahaja.

-              Produk boleh dipulangkan sekiranya ia telah rosak atau cacat ketika diterima oleh anda. 

-              Produk boleh dipulangkan sekiranya terdapat kepincangan antara pesanan dan penghantaran. 

-              Produk mesti dipulangkan dalam keadaan tidak rosak dan dalam bungkusan asal (bagi produk yang tersalah hantar).

-              Anda perlu menanggung kos kiriman pulangan produk kepada kami.

Nota:    Anda tidak boleh menolak untuk menerima produk hanya disebabkan ia tidak dihantar pada tarikh yang telah ditetapkan. 

Sekiranya produk yang anda beli terdapat kecacatan bahan disebabkan oleh pihak kami, maka kami mungkin akan menawarkan pertukaran mengikut budi bicara kami yang bersesuaian menurut terma-terma ini dalam tempoh 7 hari daripada tarikh kami menerima pulangan produk daripada anda.

 

Namun, jaminan penggantian ini tidak meliputi keadaan kerosakan atau pencemaran disebabkan tamat tempoh, kecuaian atau tindakan yang disengajakan.

 

Anda bertanggungjawab ke atas semua produk sehingga ia selamat sampai kepada kami.  Sebagai perlindungan anda sendiri, kami sarankan anda menggunakan perkhidmatan penghantaran yang boleh dijejak yang memberikan jaminan kepada anda ke atas nilai produk yang dikirim.  

 

Sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut bagi menguruskan pemulangan pesanan tersebut, sila hubungi Team Perkhidmatan Pelanggan kami di Tel: 604-6162083 /6162084 (Waktu Urusan: 9:00 am - 5:00 pm, Isnin - Jumaat).