Polisi Pemulangan
POLISI PEMULANGAN
ZHULIAN MARKETING (M) SDN. BHD. (186058-T)
Anda perlu memeriksa produk-produk dan mengesahkan pesanan produk tersebut semasa penghantaran, dan memaklumkan kepada kami dalam tempoh TUJUH (7) hari daripada tarikh anda menerima produk yang salah atau rosak, dengan melengkapkan maklumat yang berkenaan di laman “Return Merchandise Authorisation” pada “Return” di bawah menu “My Account”. Kami hanya menerima pemulangan produk, tertakluk kepada berikut:
- Produk boleh dipulangkan di Malaysia Barat sahaja.
- Produk boleh dipulangkan sekiranya ia telah rosak atau cacat ketika diterima oleh anda.
- Produk boleh dipulangkan sekiranya terdapat kepincangan antara pesanan dan penghantaran.
- Produk mesti dipulangkan dalam keadaan tidak rosak dan dalam bungkusan asal (bagi produk yang tersalah hantar).
- Anda perlu menanggung kos kiriman pulangan produk kepada kami.
Nota: Anda tidak boleh menolak untuk menerima produk hanya disebabkan ia tidak dihantar pada tarikh yang telah ditetapkan.
Sekiranya produk yang anda beli terdapat kecacatan bahan disebabkan oleh pihak kami, maka kami mungkin akan menawarkan pertukaran mengikut budi bicara kami yang bersesuaian menurut terma-terma ini dalam tempoh 7 hari daripada tarikh kami menerima pulangan produk daripada anda.
Namun, jaminan penggantian ini tidak meliputi keadaan kerosakan atau pencemaran disebabkan tamat tempoh, kecuaian atau tindakan yang disengajakan.
Anda bertanggungjawab ke atas semua produk sehingga ia selamat sampai kepada kami. Sebagai perlindungan anda sendiri, kami sarankan anda menggunakan perkhidmatan penghantaran yang boleh dijejak yang memberikan jaminan kepada anda ke atas nilai produk yang dikirim.
Sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut bagi menguruskan pemulangan pesanan tersebut, sila hubungi Team Perkhidmatan Pelanggan kami di Tel: 604-6162083 /6162084 (Waktu Urusan: 9:00 am - 5:00 pm, Isnin - Jumaat).