Adun semua ramuan (kecuali mentega bergaram) dan uli 15 minit.
Bulatkan, campur mentega bergaram dan uli 10 minit hingga tahap 'windowpane'.
Tumbuk doh.
Canai jadi leper, gulung dan letak ke dalam loyang pembakar roti.
Tunggu 30 minit hingga capai ketinggian 2 kali ganda.
Masuk ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150°C selama 2 minit dan seterusnya bakar pada suhu 165°C selama 25-30 minit, sehingga keperangan.
Setelah masak, keluarkan daripada loyang pembakar roti dan biarkan sejuk sepenuhnya sebelum dipotong.