Siapa yang paling memerlukan suplemen KALSIUM?
  • 1042
  • 0
  • 0

Siapa yang paling memerlukan suplemen KALSIUM?

Suplemen kalsium menjadi keperluan buat individu tertentu dengan pelbagai faktor yang menyebabkan ketidakcukupan pengambilan mineral penting ini melalui pemakanan biasa sahaja. Berikut adalah kumpulan spesifik orang-orang yang paling memerlukan suplemen kalsium:

 

 

1. Wanita Pasca-menopause:

Wanita pasca-menopause menghadapi peningkatan risiko osteoporosis (tulang rapuh) yakni keadaan yang dicirikan oleh tulang yang melemah. Tahap estrogen yang merosot selepas menopause menjurus kepada kemerosotan kepadatan tulang. Suplemen kalsium dapat menolong untuk mengurangkan kehilangan jisim tulang serta risiko tulang patah.

 

 

2. Individu Berusia:

Penuaan dikaitkan dengan penurunan kepadatan tulang, menjadikan individu yang lebih tua lebih rentan kepada tulang patah dan osteoporosis. Suplemen kalsium, juga vitamin D, sering disarankan bagi menyokong kesihatan tulang pada warga tua dan mencegah kehilangan jisim tulang yang berkaitan dengan usia.

 

 

3. Kanak-kanak dan Remaja:

Semasa tempoh pertumbuhan pesat seperti di usia kanak-kanak dan remaja, permintaan tubuh terhadap kalsium adalah tinggi. Pengambilan kalsium yang tidak mencukupi dalam tempoh kritikal ini boleh merencatkan pertumbuhan tulang yang optimum. Suplemen kalsium memberi manfaat kepada individu yang tidak mendapat pemakanan kalsium secukupnya atau mereka yang mengalami keadaan perubatan tertentu yang menghalang penyerapan kalsium.

 

 

4. Wanita Hamil dan Menyusui Bayi:

Kehamilan dan penyusuan meningkatkan permintaan bagi penyimpanan kalsium wanita. Kalsium penting bagi pertumbuhan tulang dan gigi bayi. Jika pengambilan kalsium pemakanan tidak mencukupi, maka suplemen disarankan bagi memastikan kesihatan ibu dan bayi dalam kandungannya.

 

 

5. Individu yang Intolerans Laktosa:

Intorelans laktosa boleh menyebabkan kurang pengambilan produk tenusu, iaitu sumber utama kalsium pemakanan. Individu yang intolerans laktosa mungkin akan memperolehi manfaat daripada pengambilan suplemen kalsium bagi mengekalkan secukupnya tahap mineral ini untuk kesihatan tulang.

 

 

6. Mereka yang Mengalami Keadaan Perubatan Tertentu:

Individu dengan keadaan perubatan yang mempengaruhi penyerapan kalsium seperti penyakit radang usus (IBD - inflammatory bowel disease), penyakit seliak (gangguan autoimun) atau pembedahan gastrousus tertentu, mungkin memerlukan suplemen kalsium. Keadaan penyakit sebegini boleh mengganggu keupayaan tubuh menyerap kalsium daripada makanan.

 

 

7. Mereka yang Mengamalkan Pemakanan Vegan atau Pemakanan Tertentu:

Individu yang mengikuti pemakanan vegan atau pemakanan terlarang lain yang tidak mengandungi produk tenusu mungkin menghadapi kesukaran untuk mendapatkan kalsium secukupnya daripada sumber berasaskan tumbuhan sahaja. Suplemen kalsium penting bagi memenuhi keperluan harian serta mencegah kekurangan ini.

Nota: Namun, kalsium tambahan tidak sesuai buat semua, seperti mereka yang mengalami hiperkalsemia (kandungan kalsium tinggi dalam darah). Sila rujuk doktor anda sebelum menambahkan suplemen kalsium ke dalam pemakanan.

 

 

Meskipun kalsium tersedia meluas di dalam pelbagai makanan, namun gaya hidup dan tabiat pemakanan pada masa kini seringkali tidak dapat memenuhi pengambilan kalsium harian yang disarankan. Misalnya, makanan terproses dan segera biasanya adalah rendah kalsium. Bagi mereka yang mengalami intolerns laktosa atau mengamalkan pemakanan tertentu (seperti vegan) juga lebih cenderung mengalami kekurangan kalsium. Aktiviti sedentari di dalam bangunan serta penggunaan pelindung suria mungkin menghadkan pendedahan kepada sinar matahari yang menyebabkan kurang penghasilan vitamin D, lantas menjejaskan keupayaan tubuh menyerap kalsium.

 

 

Ringkasnya, suplemen kalsium menyediakan pengelesaian yang baik bagi golongan tertentu dengan keperluan nutrisi yang meningkat atau sukar memperolehi kalsium secukupnya melalui pemakanan biasa mereka. Menyedari kepentingan kesihatan tulang yang menyeluruh, kami teruja memperkenalkan produk baru - NUTRiLEX CALCIUM PLUS. Ia adakah suplemen kalsium yang diformulasi teliti bukan hanya kalsium tetapi sinergi vitamin penting, vitamin D3 dan vitamin K2. Suplemen inovatif ini menyasarkan untuk meningkatkan penyerapan kalsium, menggalakkan pemineralan tulang yang optimum dan menyumbang kepada kesejahteraan menyeluruh.

 

Comments (0)