Bekas Penyimpanan Makanan SMARTSEAL
Kekalkan kesegaran makanan anda lebih lama dengan Bekas Penyimpanan Makanan SMARTSEALyang kedap udara dan anti-bocor yang ideal untuk apa jua makanan seperti hidangan harian mahupun kudapan dan lain-lain!
- Diperbuat daripada polipropilena berkualiti tinggi dan bahan Getah Elastomer Termoplastik (TPER) yang dipilih teliti dan tidak bertoksik agar memenuhi piawaian keselamatan antarabangsa dan ianya disahkan oleh U.S. Food and Drug Administration (FDA) serta Korea Environment & Merchandise Testing Institute (KEMTI) untuk kebersihan dan keselamatan.
- Ciri-ciri kemasan pengedap dan kunci berdetap memastikan bekas kedap udara, anti-bocor dan tidak mudah rosak.
- Boleh dipanaskan sehingga 100°C dan disejukkan sehingga -20°C.
- Boleh digunakan di dalam Ketuhar Gelombang Mikro (tanpa penutup).
- Selamat digunakan di dalam Peti Penyejuk Beku dan Mesin Pencuci Pinggan.
- Ideal sebagai bekas menyimpan apa jua makanan seperti hidangan harian, kudapan, buah-buahan, kekacang dan macam-macam lagi.