Tentukan Saiz Cincin Anda

Cetak CARTA SAIZ CINCIN pada sekeping kertas bersaiz A4 dan letak cincin anda pada bulatan saiz cincin yang berkenaan.  Apabila bulatan dan diameter dalaman cincin anda terletak sepadan, maka anda telah menemui saiz cincin yang betul. 

Nota:  Sila pilih penetapan mesin cetak anda pada “100%” atau “Actual Size” (jangan pilih “Scale to Fit”) dan cetak pada sekeping kertas penuh bersaiz A4.

 

Jika anda ingin menggayakan sebentuk cincin sahaja pada satu jari

Ukur menggunakan cincin yang bersaiz hampir sama sepertimana cincin yang ingin anda beli, kerana saiz cincin anda mungkin berbeza-beza bergantung kepada kelebaran batang cincin tersebut. 

 

Jika anda ingin menggayakan beberapa cincin pada satu jari

Apabila berhasrat mengenakan lebih daripada satu cincin pada satu jari, sila pertimbangkan cincin dengan satu saiz lebih besar berbanding saiz biasa anda. 

Carta Saiz Cincin