Jenama
ZHULIAN - Nama Yang Sinonim Dengan Kebolehpercayaan dan Kualiti
Nama ZHULIAN berasal daripada tulisan Cina速远 (Sù Yuǎn), yang bermaksud tumbuh pesat (Sù 速) dan berpandangan jauh . Apabila digabungkan, nama Zhulian mencerminkan maksud berkembang dengan pantas, bergerak maju dari sudut pertumbuhan, perkembangan dan inovasi. Dengan suntikan warna hijau, yang mewakili pertumbuhan alam semula jadi yang indah, maka nama Zhulian mencerminkan pertumbuhan Zhulian yang pantas serta berterusan menggapai kejayaan di dalam setiap perkara yang dilakukan.
Jenama ZHULIAN sinonim dengan kebolehpercayaan dan kualiti. Kedudukan jenamanya yang kukuh telah melayakkannya memperolehi pelbagai anugerah dan pengiktirafan. Antara penghargaan terbaru yang diterima ialah anugerah BrandLaureate Brand Icon Leadership Awards 2018 bagi kategori Industry Champion ~ Fashion Jewellery, Health & Wellness Products. Anugerah ini adalah bukti membanggakan usaha berterusan Kumpulan bagi menyumbang ke arah kecantikan dan kesejahteraan penduduk rantau in melalui kepimpinan jenama dan tadbir urusnya, serta komitmennya untuk menawarkan produk berkualiti terbaik buat para pelanggannya.