Syarikat
Pemerkasaan Insan, Pengkayaan Kehidupan
Zhulian telah diasaskan pada tahun 1989 oleh En. Teoh Beng Seng dengan wawasannya untuk menawarkan peluang dan kejayaan yang sama selaku pemilik perniagaan kepada mereka yang berimpian dan berusaha ke arah kejayaan. Dipacu oleh keinginan dan kepercayaan bahawa produk hebat yang disokong oleh semangat keusahawanan yang hebat, pasti membuahkan kejayaan yang menakjubkan, Syarikat telah berjaya menyatukan pelbagai lapisan masyarakat melalui model perniagaannya yang unik ini. Syarikat telah berkongsi dan mengembangkan falsafah perniagaan yang unik ini dengan insan-insan yang berpandangan seiring dengan mereka untuk membangunkan Syarikat ini kepada jenama yang melambangkan kualiti, inovasi dan diyakini yang dikenali ramai di rantau ini.
Pada hari ini, Zhulian Marketing (M) Sdn. Bhd adalah salah sebuah subsidiari di bawah Zhulian Corporation Berhad - sebuah syarikat yang tersenarai awam di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad. Sehingga kini, perniagaan MLM Zhulian memiliki jaringan Agensi Bertauliah dan rangkaian Pengedar yang tersebar luas merentasi Malaysia, Thailand dan Cambodia. Dengan menghulurkan peluang perniagaan yang unik ini, kami telah membantu ribuan insan-insan yang berhasrat menggenggam kejayaan dan memiliki kebebasan kewangan. Anda juga, mampu menggapai kejayaan tanpa batasan sekiranya anda menyematkannya di minda, dan kami berjanji untuk menawarkan peluang-peluang yang sama sepertimana yang telah dinikmati ribuan insan lain.
Jenama Diyakini, Produk Hebat
Sebagai sebuah syarikat tempatan yang bermula pada 1989 secara sederhana di Pulau Pinang, kami telah berkembang maju sebagai salah sebuah jenama yang kukuh di rantau Asia Tenggara. Komitmen kami untuk menghasilkan produk-produk berkualiti hebat jelas digambarkan melalui pengeluaran rangkaian produk menyeluruh dengan formulasi sendiri dan menjana kehidupan yang sihat.
Pembangunan inovasi dan pengilangan berkualiti lebih dari 3 dekad membolehkan kami menjadi perintis pertumbuhan dalam pelbagai cara – dengan produk teras kami iaitu barangan kemas saduran emas, yang dipelbagaikan ke rangkaian produk menyeluruh seperti produk kediaman, kesihatan dan peribadi; kehadiran kami di empat negara dengan jaringan melebihi 300 Agensi dan ratusan ribu Pengedar di rantau Asia Tenggara, selain kapasiti pengilangan berlipat-ganda melalui 3 bangunan kemudahan pengilangan di Bayan Lepas, Pulau Pinang, di mana salah sebuahnya bersijil GMP dan diiktiraf HACCP sementara kesemuanya menjalankan proses pengeluaran yang diiktiraf dengan persijilan ISO 9001:2008.
Misi Kami
Misi Zhulian sentiasa untuk membantu insan-insan berimpian agar dapat membebaskan sepenuhnya potensi diri mereka, memiliki kebebasan kewangan dan meniti kehidupan yang diimpikan dengan memformulasikan dan menghasilkan produk-produk berkualiti dan peningkat kesihatan yang bernilai cemerlang.