ZHULIAN melancarkan pemanis baru - HomsweetPlus!
Khamis, 13 April 2023

 

Dengan bangganya kami mengumumkan pelancaran HomsweetPlus pada hari ini! HomsweetPlus ialah pemanis semula jadi yang diperbuat daripada Eritritol, Fruktosa Kristal dan Sukralosa, dan ia dirumus istimewa untuk menawarkan alternatif yang lebih sihat berbanding gula putih biasa.

Semakin meningkatnya kebimbangan terhadap implikasi kesihatan dengan pengambilan terlalu banyak gula, para penguna tercari-cari alternatif yang bukan sahaja baik tetapi sedap. HomsweetPlus menyediakan kedua-duanya, di mana ia menawarkan 4 kali kemanisan gula biasa dengan kalori yang rendah dan indeks glisemik yang rendah, menjadikannya pilihan hebat buat mereka yang ingin mengekalkan gaya hidup sihat. 

Siapa yang tidak mahukan produk sebegini? Jika anda mementingkan kesihatan dan risaukan risiko pengambilan terlalu banyak gula, maka dapatkan HomsweetPlus sekarang dari mana-mana Agensi Bertauliah kami ataupun melalui laman web ZHULIAN. HomsweetPlus menyediakan 100 sacet 2 g di dalam setiap kotak. Ia sesuai digunakan bagi pelbagai tujuan, termasuklah untuk membakar kek, memasak mahupun sebagai pemanis kopi dan teh.

Sila klik laman produk atau e-katalog untuk maklumat lanjut mengenai HomsweetPlus.

Sila klik http://bit.ly/ZHULIANDistributionCentre-DistrictAgent untuk menghubungi Agensi Bertauliah ZHULIAN berhampiran anda.

Comments (0)