PEMAKANAN berwarna-warni, KEHIDUPAN lebih berseri!
  • 2965
  • 0
  • 0

Tidak perlu disangkal lagi dengan pengambilan tiga ke lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari akan meningkatkan kesihatan anda. Namun lebih ramai pakar yang mengatakan bahawa pemakanan sihat bukan sekadar berapa banyak hidangan yang diambil. Ia juga berkenaan kepelbagaian yang dipilih.

 

Warna berbeza membekalkan nutrien berbeza

Apakah kaitan warna dengan pemakanan? Kuncinya terletak pada kandungan fitokimianya. Sebatian ini wujud secara semula jadi di dalam tumbuh-tumbuhan dan menyumbang manfaat kesihatan lebih daripada yang disediakan oleh nutrien-nutrien penting lain. Warna, sepertimana yang menjadikan beri biru berwarna biru, menunjukkan bahawa sebatian ini, yang dianggap dapat bertindak secara sinergi dengan vitamin, mineral dan serat (yang hadir di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran) di dalam makanan lengkap bagi menggalakkan kesihatan yang baik serta merendahkan risiko penyakit. Menurut maklumat daripada Produce for Better Health Foundation (PBH), fitokimia berkemungkinan bertindak sebagai antioksidan, melindungi dan menjanakan nutrien-nutrien penting, dan / atau bertindak untuk menyahaktifkan sebatian penyebab kanser.

 

RAMUAN ISO.7 KEBAIKAN

Anggur Merah, Krenberi, Epal, Strawberi, Ceri, Tomato, Buah Zaitun

Fitokimia: Likopena / Antosianin

Membantu untuk mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, tekanan darah tinggi, penyakit Alzheimer serta kanser kulit, payu dara dan prostat.

 

 

 

Oren, Limau Gedang, Betik, Aprikot, Nanas, Lobak Merah

Fitokimia: Beta-karotena / Bioflavonoid

Membantu untuk mengurangkan risiko kanser dan serangan jantung, merangsang imun dan mengekalkan penglihatan yang baik serta tulang / gigi / kulit yang kuat.

 

 

 

 

Anggur Hijau, Teh Hijau, Brokoli, Kobis Hijau, Timun, Asparagus, Germa Gandum

Fitokimia: Indola / Sulforafan

Membantu untuk meningkatkan keupayaan tubuh terhadap jangkitan dan mengurangkan risiko kanser. 

 

 

  

  

 

Elderberi, Anggur Hitam, Bilberi

Fitokimia:Antosianin / Fenolik

Membantu untuk menguatkan pertahanan terhadap kanser, mengurangkan risiko kehilangan memori akibat penuaan, mengawal tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko komplikasi kencing manis dan serangan jantung.

 

 

Bawang Besar, Bawang Putih

Fitokimia: Alisin / Fitonutrien

Membantu untuk merendahkan kolesterol dan tekanan darah.

 

  

 

 

ISO.7 - Sarat nutrien berwarna-warni di dalam sacet menyenangkan

Dengan ISO.7, anda dapat menikmati pemakanan beraneka warna dengan pelbagai makanan berfungsi secara mudah lantas membebaskan pelbagai faedah kesihatan untuk ‘Protect’ (Lindung) dan ‘Revive’ (Pulih) fungsian tubuh anda, terutamanya sisten imun anda.

 

Comments (0)