FIKIRKAN SEMULA APA YANG ANDA MINUM!
  • 2696
  • 0
  • 0

Keselamatan dan kesenangan memperolehi air untuk diminum kini menjadi kebimbangan di seluruh dunia lantaran pencemaran serius terhadap sumber-sumber air yang sedia ada. Risiko terhadap kesihatan mungkin meningkat dengan pencemaran air yang mengandungi agen berjangkit, bahan kimia bertoksik dan bahan radiologi berbahaya.

 

 

 

Adakah semula jadi bererti baik?

Air yang mengalir berbalik-balik di atas batu-batu dan bahan mineral semula jadi lain, menyebabkan ia mengalir mengikut aliran arah tertentu dan meresap tenaga dari bumi, yang dikenali sebagai ”Air Hidup”. Sumber terbaik air hidup semestinya datang dari mata air semula jadi. Sayang sekali kebanyakan sumber mata air semula jadi mengandungi bahan kimia berbahaya, pencemaran dan mikroorganisma penyebab penyakit, lantas menjadikan sumber ini tidak lagi selamat untuk diminum.

 

 

 

Adakah air paip selamat untuk diminum?

Meskipun air telah melalui segala proses yang perlu dilalui di loji rawatan air, ia masih boleh tercemar lagi semasa disalurkan ke kediaman dan industri melalui paip-paip di dalam tanah. Klorin yang digunakan untuk menyahjangkit air bertindak balas dengan bahan organik yang terlarut di dalam air, membentuk bahan kimia yang dikenali sebagai Hasil Sampingan Pembasmi (Disinfectant By-Products - DBPs) yang lebih 100 kali ganda bertoksik berbanding klorin. Hasilnya, ia mungkin mengandungi logam berat berbahaya, bahan kimia bertoksik atau bahan pencemar berbahaya lain, yang sangat memudaratkan kesihatan. Oleh itu, anda seharusnya mengelak daripada meminum air paip, terutama sekali kanak-kanak, orang tua dan mereka yang mempunyai masalah sistem imun terkompromi.

 

 

 

Adakah anda minum Air Mati?

Air mati adalah air yang tidak mengandungi mineral-mineral yang penting terhadap kesihatan, seperti kalsium dan magnesium. Air Osmosis Berbalik (Reverse Osmosis – RO) sebenarnya adalah air mati. Menurut laporan yang diterbitkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization - WHO), mereka yang minum air mati mengalami antaranya kekurangan magnesium (dan mungkin juga kalsium) akut yang akan menyebabkan gangguan kardiovaskular, kepenatan, kelemahan atau kekejangan otot. Air sebegini juga melarutlesapkan mineral daripada tubuh. Ia bermakna, mineral yang diperolehi daripada makanan dan vitamin disingkirkan melalui air kencing. Pengambilan mineral yang menurun, dengan lebih banyak mineral pula disingkirkan menimbulkan kesan sampingan negatif yang serius dan masalah kesihatan yang lebih meruncing.

 

 

 

BEYOND WATER Air Hidup Semula Jadi di dalam Keselesaan Kediaman Anda!

Air Hidup penting bagi kesihatan sel kerana ia mengalir melalui setiap satu sel di dalam tubuh anda. Apabila sel kekurangan air hidup, ia mempengaruhi setiap sistem tubuh anda, menyebabkan kelesuan dan masalah kesihatan lain. Dalam keadaan di mana air tercemar, air paip dan air mati menyumbang kepada kemerosotan kesihatan anda, air hidup pula adalah salah satu penawar terhebat. Jika anda mahukan air hidup yang sentiasa sedia mengalir sebagai air minuman harian anda, maka disarankan agar anda memasang sistem pemulihan air yang berkeupayaan menghasilkan air hidup semula jadi yang sihat dan teraktif di kediaman anda sendiri.

Penyakit bawaan air disebabkan oleh organisma patogen di dalam air minuman, namun sistem rawatan air handalan yang berfungsi menapis, menulenkan, mengaktifkan dan memagnetkan air seperti BEYOND WATER berkeupayaan menangani masalah tersebut. Dengan BEYOND WATER, anda dapat menikmati Air Hidup yang selamat, bersih, tulen dan bertenaga untuk mengekalkan kesihatan tubuh anda di tahap yang optimum.

 

 

 

Bagaimana Air Hidup Semula Jadi superior dihasilkan?

Unit BEYOND WATER menggunakan Sistem Aliran Selari Pelbagai Kebuk, Pelbagai Peringkat unik yang menyalurkan air melalui 7 kebuk penapis termaju dan canggih, dan pemagnet peringkat akhir berkuasa untuk menyingkirkan serangkaian meluas pencemar air, mengurangkan saiz gugusan molekul air dan mengaktifkannya dengan Bio Tenaga Hidup untuk menghasilkan semula Air Hidup Semula Jadi.

Air Hidup Semula Jadi BEYOND WATER yang tulen, lazat dan jernih dapat bertindak lebih berkesan menyahtoksik, membawa oksigen dan memperbaiki penyerapan nutrien ke dalam tubuh dengan gugusan air kecil yang bercas Bio Tenaga Hidup.


BEYOND WATER ~ Setiap kediaman memerlukannya!

 

 

Comments (0)