HANOI, VIETNAM MENANTIKAN KUNJUNGAN ANDA DI TAHUN 2024!
Thursday, January 5, 2023


Kami berbesar hati mengumumkan bahawa Hanoi, Vietnam telah terpilih sebagai satu daripada dua destinasi bagi Insentif Pelancongan 2023 ini. Satu lagi destinasi luar negara yang lebih jauh pula akan diumumkan dalam suku ketiga tahun ini.

Hanoi menawarkan adunan menarik budaya Vietnam yang kaya pengaruh budaya Cina dan Perancis, selain dikelilingi bangunan pencakar langit moden dan juga senibina tradisional ratusan tahun, serta aneka pemandangan alam yang indah.

Tetapkanlah matlamat anda untuk kelayakan Insentif Pelancongan 2023 agar anda berkesempatan menyertai keseronokan percutian Hanoi pada tahun 2024 dan menikmati pengalaman penuh bermakna bersama para Usahawan luar biasa lain!

Untuk mengetahui lebih lagi, sila klik: https://bit.ly/TravellingIncentive2023. Untuk maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan bagi Insentif Pelancongan, sila rujuk Manual Perniagaan ZHULIAN di muka surat 33-34.

Klik http://bit.ly/ZHULIANDistributionCentre-DistrictAgent untuk menghubungi Agensi Bertauliah ZHULIAN berhampiran anda.

Comments (0)