Ingin menyediakan kopi hebat di rumah atau ketika di luar?
  • 3700
  • 0
  • 0

Apakah yang anda lakukan bilamana mengidamkan kopi dan memerlukan rangsangan kafein? Adakah anda memilih untuk membeli di kedai kopi butik, menikmatinya di kafé atau menyediakannya sendiri di rumah? 

Siapa sahaja yang tidak menggemari kopi berkualiti? Di kafé, anda meyakini kepakaran barista dan peralatan canggihnya lantas membayar pada harga premium. Mengapa tidak menyediakannya sendiri? Ingin menikmati rasa kopi tulen dalam keselesaan rumah anda sendiri, atau ketika berpergian? Di sini rahsianya yang pasti membuatkan kopi yang anda hirup rasa lebih lazat tidak kira di mana jua anda berada. Baca lagi untuk mengetahui lanjut! 

 

 

 

Menyediakan kopi di rumah ~ Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan

Ramai penggemar kopi berkira-kira adalah lebih menguntungkan bagi jangka panjang jika membeli mesin pembuat kopi. Namun, adakah ia keputusan yang bijak?

Bayangkan, anda telah membelanjakan sejumlah wang untuk membeli sebiji mesin pembuat kopi di rumah tetapi kelak menyedari bahawa anda tidak menggunakan sekerapnya kerana melecehkan. Tambahan pula, anda perlu bersusah payah mencari sendiri biji kopi yang berkualiti. Dan lagi, anda juga harus memikirkan penyelenggaraan mesin tersebut serta jangka hayat biji kopi yang dibeli. Bermakna, ia melibatkan keberkesanan masa dan kos.

 

 

 

Bagaimana dengan kopi segera di rumah?

Kopi segera menyenangkan untuk disediakan di rumah. Ia dibungkus berasingan di dalam sacet. Hanya koyakkan sacet, dan tambahkan air panas untuk anda nikmati secawan kopi secara serta-merta. Anda boleh menikmatinya dengan mudah di rumah, juga di luar. Hanya simpan satu sacet di dalam poket atau beg anda.

Rasa kopi segera tidak cukup lazat?

Ramai di kalangan anda yang mungkin beranggapan bahawa kopi segera bukanlah kopi yang hebat kerana kopi segera menggunakan biji kopi Robusta sebagai ramuannya selain tambahan krimer bukan tenusu dan gula.

Bahkan, kini pengeluar kopi segera turut menawarkan kopi premium mahal yang diperbuat daripada biji kopi Arabika berkualiti tinggi.

Maka, jika anda mengidamkan rasa kopi asli, dapatkanlah kopi segera biji kopi Arabika.

 

Izinkan kami membentangkan cara yang menyenangkan dan mudah untuk membuat kopi hebat di mana jua anda berada…  

 

 

Produk revolusioner hebat yang diformulasi istimewa buat para pencinta kopi yang inginkan kesenangan!  

 

 

 

Diperbuat daripada biji kopi Arabika 100% daripada Colombia dan Ethiopia

Kopi Titis ZHULIAN ingin menyangkal penyataan tadi. Menggunakan kopi berkualiti Arabika 100%, yang dipanggang perlahan sehingga sempurna dengan tekstur yang lebih halus berbanding kopi pesaing, Kopi Titis ZHULIAN adalah kopi segera terbaik yang menawarkan ketulenan rasa yang sukar dilupakan.

 

 

 

Kopi Titis ZHULIAN adalah pilihan terbaik buat anda…

Anda mungkin terfikir…."Apa?! Kopi segera?" Tetapi Ya, ia terbaik buat para pencinta kopi yang mahukan kesenangan serta nilai yang berbaloi dengan wang yang dibelanjakan.

Alasannya sungguh mudah:

  • Anda tidak perlu membeli mesin pembuat kopi yang mahal.
  • Anda tidak perlu membayar lebih bagi kopi premium daripada kedai kopi butik.
  • Anda boleh menikmati rasa yang tulen, asli, penuh citarasa Kopi Arabika.
  • Pantas dan mudah, hanya 2 minit, dan anda hanya memerlukan cawan dan air panas.
  • Sungguh praktikal, anda dapat membru dan menikmati kopi di mana jua, bila-bila masa.

 

 

 

Ya!!! Memang benar. Anda boleh menyediakan kopi berkualiti barista yang menawarkan rasa asli Kopi Arabika 100% yang memuaskan di rumah, di pejabat atau di mana jua tanpa perlu membeli mesin pembuat kopi yang mahal atau berbelanja lebih untuk membeli kopi di kafé butik.

 

 

 

BUAT PILIHAN ANDA – MEDIUM ROAST ATAU DARK ROAST

Kopi Titis ZHULIAN disediakan dalam 2 rasa berbeza untuk kenikmatan anda - Medium Roast diperbuat daripada biji kopi Ethiopian Arabica 100% manakala Dark Roast dihasilkan daripada biji kopi Colombian Arabica 100% – maka anda boleh memilih rasa dan kepekatan pilihan anda.

ZHULIAN MEDIUM ROAST DRIP COFFEE – ETHIOPIA BLEND

Adunan mengagumkan ini dihasilkan daripada kopi yang berasal dari Ethiopia, Afrika iaitu tempat kelahiran kopi. Kopi Ethiopia digemari kerana rasa yang seimbang dan jelas serta rasa kacang dan coklat gelap yang beraroma.

Biji kopi Africa-Arabica dipanggang melepasi retakan pertama. Warnanya lebih perang berbanding kopi panggangan gelap. Jika anda gemarkan rasa kopi yang kurang pekat, Kopi Titis ZHULIAN - Medium Roast pastinya pilihan ideal buat anda untuk memberikan 'ummph' yang anda perlukan.

ZHULIAN DARK ROAST DRIP COFFEE – COLOMBIA BLEND

Diformulasi dengan biji kopi terbaik yang berasal dari pergunungan Andes yang menakjubkan di Colombia, Kopi Titis ZHULIANDark Roast memiliki rasa pahit manis, buah-buahan dan gula hangus daripada kaedah panggangannya, yang mendedahkan kemewahan rasanya.

Hanya melalui satu hirupan, selera anda akan terpukau dengan rasa yang enak dan nyata. Penghujung rasanya adalah sedikit kepahitan yang menjadikannya minuman gourmet sempurna untuk dinikmati bila-bila masa, di mana-mana!

Comments (0)